Jerawat..kakak fiezz yang dah meningkat remaja pangkat senior ni pun masalah jerawat masih ada lagi yea walaupun orang kata selalu umur 30 ke atas, jerawat tak tumbuh lagi. Tapi k.fiezz masih ada masalah jerawat ni terutama bila Cik P menjengah. Apa punca jerawat ni keluar yeak? Jom kita baca sikit sejarah punca jerawat ni.

maksud jerawat, punca jerawat, jerawat pasir, ubat jerawat, masalah jerawat, cara hilangkan jerawat, cara mengatasi masalah jerawat, jerawat di pipi,

PUNCA JERAWAT MUNCUL

Dalam pori kulit kita ada kalenjar minyak yang menghasilkan minyak atau nama gelaran dia adalah SEBUM. Fungsi sebum ini melembap serta melembutkan kulit selain dia sebagai bertindak lapisan pelindung kulit. Jadi macamana jerawat boleh keluar.  Punca jerawat keluar bila kalenjar minyak kita menghasilkan sebum secara berlebihan. Minyak ini yang menjadi punca pori-pori & bakteria membiak dalam folikel liang roma kita dan jadi punca kepada jenis jerawat seperti :
  • Bebintik Hitam - Folikel rambut yang tersumbat bersama minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam ni pula menjadi punca 2 jenis jerawat iaitu Jerawat Hitam dan Jerawat Putih.
  • Jerawat Putih - Pembentukan minyak dan bakteria pada permukaan kulit, Ia menjadi bintik putih kecil. Macam jerawat tapi tidak merah atau meradang. Jerawat putih tak macam jerawat lain yang kita boleh picit & isi dia keluar. Kebiasaan jerawat putih muncul di dahi, pipi atau bawah mata.
  • Jerawat Hitam - Kebiasaannya tumbuh pada orang yang merokok serta yang mempunyai kandungan gula & lemak yang tinggi yang jadi perangsang pertumbuhan jerawat hitam. Kulit yang terlebih kandungan air juga boleh menjadi punca jerawat hitam ini. Jadi untuk yang ada masalah jerawat hitam ini, sila lakukan proses pengelupasan kulit dan tidak melembapkan kulit secara berlebihan.
Bila jerawat muncul, kita mesti rungsing cari ubat jerawat. Kalau jerawat yang tak teruk sangat, tak ada masalah tapi kalau yang merah-merah & ada nanah keluar bila kita picit, hah tu memang menimbulkan kerungsingan. Dah picit tu tak ada masalah tapi nanti tinggalkan parut/bekas hitam pada jerawat. 

Faktor punca jerawat muncul dari pelbagai sudut antaranya cara pemakanan, pemakaian produk penjagaan kulit yang tak sesuai, hormon dan lain-lain. 

CARA HILANGKAN JERAWAT

Ada pelbagai cara untuk hilangkan jerawat. Cara tradisional, cara moden. Terpulang pada masing-masing. Kalau cara tradisonal atau cara semulajadi, ambil masa sikit nak hilangkan jerawat. Nak cepat kita boleh guna kaedah moden. Kaedah moden korang boleh guna krim jerawat yang boleh dibeli di drugstore atau yang berkemampuan boleh berjumpa dengan pakar kulit untuk pakar kenalpasti masalah kulit masing-masing. Dari situ pakar boleh beri ubat mengikut masalah kulit kita. 

Antara kaedah moden lain yang k.fiezz pernah baca untuk hilangkan jerawat, sapu ubat gigi pada jerawat sebab kandungan dalam ubat gigi boleh mengecutkan jerawat. Cuma satu masalahnya menggunakan ubat gigi pada jerawat boleh tinggalkan bekas hitam atau parut. 

Cara tradisional, korang boleh rujuk di SINI << 8 Tips Cara Nak Hilangkan Jerawat / Parut Jerawat>>

CARA MENGATASI MASALAH JERAWAT

Jadi cara mengatasi masalah jerawat yang kerap berulang, ni langkah yang boleh di cuba.
  • Menjaga kebersihan : Pastikan kita kerap mencuci muka dengan pencuci untuk mencegah jerawat selalu muncul. Sebab bila kulit kita kotor yang menjadi punca kepada jerawat selalu timbul. 
  • Kurang pengambilan makan kekacang : Makanan jenis kekacang ni salah satu penyumbang terbesar munculnya jerawat. 
  • Kurangkan makanan masin : Kurangkan pengambilan makanan masin sebab mengandungi garam dan rasa masin yang tinggi. 
  • Kurangkan Pengambilan Makanan Pedas : Kandungan dalam makanan pedas juga menjadi pin point untuk jerawat muncul. 
  • Pakai Toner : Rajin gunakan toner sebab toner ada cecair yang menghilangkan lapisan-lapisan kotoran yang melekat pada wajah kita. Toner juga boleh membersihkan kotoran & sisa make up pada kulit muka. Selain toner juga boleh mengekalkan pH kulit dan mencegah kulit kering serta kurangkan pengeluaran minyak. Dalam masa yang sama boleh mengatasi masalah kulit dan sekaligus boleh merawat masalah jerawat.  
  • Gunakan Pelembap Muka : Jangan skip pemakaian pelembap muka sebab boleh menjaga kelembapan kulit wajah. Keadaan kulit yang lembap akan mengurangkan peningkatan minyak dan mencegah timbulnya jerawat. Untuk kulit yang berjerawat pilih pelembap ada label non-comedogenic & bebas minyak. 
  • Gunakan bahan sumber alam untuk merawat jerawat : Bagi yang ada masalah jerawat, gunakan bahan sumber alami untuk merawat jerawat (contoh seperti ais batu & putih telur)
  1. Ais batu - boleh mengurangkan keradangan pada jerawat dan boleh jadi sumber semulajadi untuk merawat jerawat. Cara merawatnya senang sahaja - balut ais batu dalam kain bersih & lekapkan secara perlahan-lahan pada kawasan yang berjerawat.
  2. Putih Telur - boleh kurangkan radang pada jerawat dan juga menganjalkan kulit serta kurangkan pengeluaran minyak pada kulit. Cara merawat gunakan putih telur - Sapu putih telur pada kawasan berjerawat dan biarkan selama 10 minit. Selepas kering, bilas dengan air.
Jadi untuk sesiapa yang ada masalah jerawat, boleh cuba praktikkan beberapa tips diatas.  

1 Comments

  1. Great tips. I wanted to share my tips tp xde kesempatan lg.

    ReplyDelete