Time bulan puasa ni, kadang tak berapa selera nak makan berat-berat waktu bersahur. ataupun rushing sebab terlambat bangun untuk sahur. haha. ataupun makanan untuk bersahur basi. haha. Tak kisah yang mana satu, pilihan tepat dalam situasi-situasi di atas ni, adalah bersahur dengan bubur nasi segera. Cuma kalau nak sediakan bubur nasi homemade macam terkejar-kejar. Yea tak?Pukul berapa nak masak. Pukul berapa baru nak sahurnya. Terkejor weiii...So pilihan lagi ringkas dan senang untuk disediakan adalah Vesbo Instant Porridge

VESBO Instant Porridge Bird Nest

Produk keluaran tempatan & ada sijil HALAL, GMP, HACCP. Vesbo Instant Porridge ni ada 2 jenis. Satu dalam kotak & satu lagi dalam cawan macam dalam gambar di bawah. Untuk dalam kotak tu ada 4 sachet. 

Kandungan Vesbo Instant Porridge

Bahan dalam Vesbo Instant Porridge ni terdiri daripada Bubur Segara (Beras), Oat Segera, Maltodekstrin, Garam, Gula, Rumpai Laut, Lada Putih, Serbuk Saderi, Serbuk Yis, Daun Bawang, Serbuk Bawang, Serbuk Halia & Sarang Burung. 

Disebabkan kandungannya ada sarang burung, Vesbo Instant Porridge ni ada collagen & ini menjadikan bubur nasi ni lain dari bubur nasi segera yang ada di pasaran. 

Makan..makan..dan untuk cantik sekali..hehe..

vesbo instant porridge,bubur nasi segera

Cara Penyediaan Vesbo Instant Porridge

- Ambil 1 sachet (30g) & tuang dalam mangkuk
- Kemudian tambahkan air panas ke dalam mangkuk
- Gaul sehingga sebati
- Kalau nak tambah hiasan, boleh letak mengikut citarasa sendiri. 
K.fiezz letak sikit cendawan shitake & daun sup untuk hiasan.



Video Cara penyediaan VESBO Instant Porridge


vesbo instant porridge,bubur nasi segera

SIAP untuk makan..Yummy!!dap dap..

Review K.fiezz

Rasa bubur nasi segera Vesbo ni memang sedap. Cukup segala rasa. Untuk k.fiezz bubur nasi segera macam ni cara penyediaan yang mudah dan ringkas untuk bersahur. Kebetulan baru-baru ni masa sahur, makanan untuk sahur kitaorang basi. haha. Nak masak menu lain memang tak cukup masa lah ceritanya. Masa bangun tu pun dah pukul 5pagi. Nak masak yang simple macam nasi goreng pun tak boleh sebab nasi kena masak lain. Haih..nasib baik ada Vesbo Instant Porridge ni. Penyelamat gitu.  K.fiezz bersahur dengan bubur nasi segera & Mr hubby makan maggi.. Mr hubby kureng sikit bubur-bubur nasi ni. 

Alhamdulillah, walaupun bersahur dengan Bubur Nasi Segera, k.fiezz boleh tahan sampai berbuka. Kira tak lapar sangat sebab bubur nasi segera ni macam menu light je. Jadi risau juga lapar tapi alhamdulillah, tak. Macam makan berat waktu sahur. Perut mampu bertahan. 

Korang yang kurang selera makanan berat waktu sahur, boleh cuba Vesbo Instant Porridge ni. Menu ringan yang mengenyangkan & ringkas untuk disediakan.

5 Comments

  1. Senang untuk persediaan, dan mengenyangkan. Takde perlu berlama-lama di dapur. Memudahkan.

    ReplyDelete
  2. bubur nasi vesbo ni ade tak kat pasar raya ? nampak sedap 🤤nak order dari shopee rasa macam lambat sangat dah

    ReplyDelete
  3. wah menarik sangat ni. setakat ni belum jumpa lagi jenama ni :D

    ReplyDelete
  4. tak nampak lagi produk ni kat kedai. tapi sekarang mama bukan ke kedai sgt pun hiihii

    ReplyDelete