Percubaan pertama k.fiezz masak sup ikan merah ni. For info k.fiezz & mr hubby tak pernah makan pun ikan merah ni. Tak tahu pun rasa dia sedap ke idak?tapi k.fiezz rasa sedap sebab harga dia mahal juga sekilo. hehe. Asyik masak ayam, daging, sotong, udang..Ikan pun selalunya k.fiezz beli ikan sardin atau ikan kembong je. Lepas tu buat goreng je. Kita tukar lah selera, cuba ikan merah. Masak Sup Ikan Merah. Selalu k.fiezz nampak, ikan merah ni orang buat masak resipi ikan merah sup. Kebetulan masa nak beli bahan mentah, mr hubby yang cadang suruh beli ikan merah ni, buat sup. hehe. So why not try kan?

Resipi asal dari resipi ikan merah Azie Kitchen.. 

Jom tengok cara masak sup ikan merah ni.

sup ikan merah, resipi sup ikan merah,resepi ikan merah,resepi ikan merah sup,resepi ikan merah azie kitchen

Sup Ikan Merah

RESIPI SUP IKAN MERAH

Bahan - Bahan : 
  • Beberapa ketul Ikan Merah 
  • 1 Bawang Besar Merah (Hiris)
  • 2 Ulas Bawang Putih  (Hiris)
  • Sedikit halia (Hiris kasar)
  • 2-3 Cawan Air
  • 1 Batang Kulit Kayu Manis
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 1 Biji Ubi Kentang
  • 1/2 Batang Lobak Merah
  • 1 Sudu Kecil Lada Hitam (Tumbuk Kasar)
  • 1 Kiub Ayam 
  • Garam
  • Daun Sup/Daun Bawang
Cara Masak :
  • Panaskan minyak & tumis bahan hiris (bawang merah, bawang putih) bersama kulit kayu manis, bunga lawang sampai naik bau.
  • Masuk air mengikut kuantiti yang dikehendaki untuk kuah sup. Kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah & masak ubi hingga separuh empuk.
  • Bila ubi kentang dah separuh empuk, masukkan ikan, garam, lada hitam, kiub ayam. Kemudian biarkan sehingga ubi empuk.
  • Lepas ubi empuk, baru tabur daun bawang/daun sup untuk hiasan. Kalau ada bawang goreng pun boleh untuk tambahan hiasan. 
  • SIAP.
SELAMAT MENCUBA!!

Untuk k.fiezz & mr hubby yang pertama kali makan ikan merah ni, sedap rupanya rasa ikan ni. Patut lah selalu nampak orang masak ikan merah ni buat sup lah, kari lah. Lepas ni selalu lah k.fiezz beli ikan merah ni buat sup. hehe. K.fiezz memang suka masakan jenis sup macam ni. Sedap..Makan dengan nasi panas-panas..Walaaahhh..layan weiii...

Cuma sayangnya masa sahur, sup ikan merah ni dah basi. tak tahu lah pasal apa. Mungkin k.fiezz letak balance yang tak habis masa berbuka bercampur yang dalam periuk..my mistake. take note in future. Kalau ada balance sup ikan merah ni jangan campur sekali dengan dalam periuk.


5 Comments