Macamana cara nak hilangkan parut jerawat. Mau makan masa nak hilangkan parut jerawat ni weiii..jom kita kupas sikit macamana cara nak hilangkan parut jerawat ni. Jerawat bila naik kat muka, bukan main sakan kita picit dengan jari jemari & akibatnya terhasil lah bekas-bekas jerawat yang susah nak hilangkan dari muka. Time keluar kena tepek bedak tebal-tebal untuk hilangkan parut-parut jerawat ni. Nak cover dengan bedak tu boleh tapi tak boleh tebal sangat. Kang obvious perbezaan tona warna kulit muka dengan tangan. Badan tak pe lah, orang tak nampak sebab pakai baju. Tapi tangan, haruslah nampak.

Jadi jom tengok ada tak cara nak hilangkan parut jerawat ni?

Petua Hilangkan Parut Jerawat

>> Aloe Vera @ Daun Lidah Buaya
Daun lidah buaya ni mengandungi vitamin yang boleh memudarkan parut-parut jerawat secara perlahan-lahan dan membantu pulihkan kulit muka.

Kalau tak ada Daun Lidah Buaya di rumah, cari je Gel Aloe Vera di farmasi. Senang je nak cari. Banyak dah ada di pasaran.

>> Baking Soda
Selain berfungsi sebagai serbuk penaik untuk buat kuih atau kek, baking soda ni ada fungsi lain juga iaitu boleh menghilangkan parut jerawat. 

Baking soda menjalankan fungsi dengan masuk ke dalam kulit untuk bersihkannya dan mengelakkan jerawat baru naik. 

Amalkan 2 hari sekali dan setiap kali lepas gunakan baking soda, sapukan moisturizer pada kulit.

>> Minyak Kelapa Dara
Tak perlu diragui lagi, minyak kelapa dara lebih berkhasiat dari minyak kelapa biasa kerana penghasilan minyak kelapa dara tidak gunakan haba. Cuma titiskan minyak kelapa dara pada tangan kita & biar seketika di tangan untuk panaskan dengan suhu badan kita. Lepas tu sapu & urut perlahan-lahan pada muka & biarkan seketika, lebih kurang setengah jam untuk bagi minyak kelapa dara bekerja memulihkan kulit muka kita dari parut jerawat.  Selepas tu, cuci dengan pencuci muka. 

>> Timun
Ada kadar air yang tinggi serta Vitamin A, C & Magnesium. Kesemua sumber ni terbukti baik untuk kulit kita. 

Cara - Hiris timun & letakkan pada kawasan muka yang berparut. Biarkan seketika lebih kurang setengah jam. Lepas tu bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sampai parut hilang.

>> Madu
Cari madu asli yang tak di proses seeloknya. Yang ada di pasaraya kebanyakan telah dicampur dan khasiatnya telah hilang. 

Cara - Ambil sikit madu asli dan sapu di kawasan muka sambil urut perlahan-lahan. Biarkan seketika. 

>> Lemon
Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya untuk pertumbuhan kulit baru dan sekaligus kurangkan parut jerawat.

Cara - Perah sikit jus lemon dalam bekas. Kalau kulit sensitif, campurkan sikit dengan air sejuk. Kalau tak ada masalah, terus je ambil perahan jus lemon  & sapukan ke muka dan biarkan kering. Lepas kering, baru basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

>> Bedak Sejuk
Cara paling popular dari dulu lagi, bedak sejuk adalah cara tradisional untuk kecantikan kulit. Fungsi bedak sejuk menyerap minyak.

Cara - campurkan beberapa biji bedak sejuk dengan air & gaul sekata. Tepek di muka semalaman, esok pagi baru bilas dengan air biasa. Amalkan selalu untuk dapatkan hasil yang diingini.

>> Vitamin E
Ramai sedia maklum Vitamin E bertugas sebagai penjaga kulit. Jadi cara ni paling senang, cari Vitamin E di mana-mana farmasi & kebiasaannya dijual dalam bentuk minyak. Cuma lumurkan minyak vitamin E pada kawasan kulit yang berparut. Biarkan 15 minit & kemudian cuci. 

Malas nak buat tips-tips kat atas ni?

Tapi kalau korang jenis malas nak buat tips-tips atas ni iaitu cara nak hilangkan parut jerawat di muka, guna je Obsess Foundation. hehe. Salah satu fungsi Obsess Foundation selain untuk menutup parut-parut jerawat, ia juga boleh hilangkan parut-parut di muka. Tapi tak lah harini guna, esok parut-parut tu hilang. Ambil masa tapi yang penting, KONSISTEN. Dan paling penting lebih senang. cuma dap dap saja dengan Obsess Foundation. tak perlu nak bancuh bagai. K.fiezz tahu bukan semua sejenis rajin.  

Ni antara testimoni dari customer Obsess Foundation yang berjaya hilangkan parut di muka.


www.fiezasani.xyz


So atas ni antara tips cara nak hilangkan parut jerawat. Terpulang pada kerajinan korang. Tapi kalau korang jenis malas, hah wazup je k.fiezz, cakap 'k.fiezz, kita nak order Obsess Foundation' >> 60172579077

3 Comments

  1. Tq sys.. Wajib cuba ni..dah bersepah sgt jerawat dtg melawat... Hehehe

    ReplyDelete
  2. faham sangat perasaan orang yg ada bekas parut jerawat ni. dulu penah kena, dalam masa setahun jugak lah nak hilang :(

    ReplyDelete
  3. Part aloe vera dan bedak sejuk tu saya setuju kak. Memang mujarab hilangkan parut jerawat. Bukan parut jerawat je tapi segala parut pun berkesan. Kalau malas nak tenyeh muka dengan bahan bahan ni beli je cushion fd obsess kan kak fiezz.. Terus hilang parut tuh hah. Kan kan

    ReplyDelete