Total Pageviews

Konvoi ke Langkawi - Bermalam Di HNZ Homestay Penang

11:48

Sambung cerita konvoi yang k.fiezz & mr hubby joint minggu lepas ke Langkawi..Sebelum sampai ke Langkawi, pit stop kat Penang jalan-jalan cari makan kat sana..Boleh baca link entry di bawah untuk jalan-jalan cari makan >> Konvoi ke langkawi singgah di penang cari nasi kandar dan pasembur>>..entry ni k.fiezz nak kongsi tempat penginapan kitaorang di Penang pulak..di mana? HNZ Homestay Permatang Pauh, Penang...

Macam yang k.fiezz beritahu dalam entry sebelum ni, segala info pasal homestay di Penang ni, diuruskan oleh salah sorang member gamers mr hubby..Tanya mr hubby, dia pun tak pasti berapa bayaran & alamat homestay di Penang ni..adeh...yang k.fiezz ingat, masa sampai kat homestay ni..ada kolam renang depan homestay & dalam kolam tu ada tulisan besar HNZ Homestay...

Cari info kat google..terus jumpa HNZ Homestay..tengok gambar..yeaa betul la tu..ni homestay yang kitaorang tidur di Penang untuk 1 malam...

HNZ HOMESTAY

Tengok pada gambar dari google, HNZ Homestay ni ada 2 jenis..Pertama - yang macam gambar di bawah ni..Kedua - yang bawah sekali...kolam renang yang k.fiezz cakap tadi, depan penginapan bawah sekali tu...Group kitaorang pilih yang jenis bawah (gambar pertama)...ambil 2 unit..satu untuk lelaki & satu untuk perempuan...sebelah-sebelah..jadi yang mana suami isteri, berpisah la tempat tidur sementara..haha...k.fiezz salah sorang ...Dah la takut nak tidur sorang..Jadi kita kongsi dengan sorang lagi isteri kawan gamers mr hubby & anak dia...


www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Lokai HNZ Homestay ni dalam kawasan yang luas..macam kitaorang haritu beberapa biji kereta konvoi..Memang tak ada masalah parking..Memang kawasan dia besar...Kolam renang kat depan homestay yang jenis ke-2..Lepas setel masukkan barang semua dalam rumah, kitaorang yang perempuan dah mencari katil..nak tidur..sebab dah tengah malam, weiiii..yang lelaki...ada yang pi mandi kat kolam renang...ada yang rehat dalam rumah...

Rumah ni ada 3 bilik & 2 bilik air..Yang rumah untuk perempuan, 2 bilik ada penghawa dingin & 1 bilik lagi kipas..Ruang tamu luas, ada ruang makan, dapur (ada kelengkapan dapur sikit)..

**bilik pertama - katil queen & ada penghawa dingin..tak ada gambar sebab mak & adik salah seorang kawan gamers mr hubby dah cop dulu..takkan nak amik gambar bilik orang..haha..tapi korang boleh bayangkan la bilik dia camne...

www.fiezasani.xyz

Bilik ke-2 yang k.fiezz kongsi dengan sorang lagi isteri kawan gamers mr hubby...bilik ni guna kipas je..tak perlu penghawa dingin pun..sejukkkk weiii...

www.fiezasani.xyz

Bilik ke-3..katil single..memula isteri kawan gamers mr hubby dah pilih bilik ni untuk dia & anak dia..Lepas mr hubby cakap kat dia, k.fiezz takut tidur sorang dalam bilik..jadi dia okey nak kongsi bilik ngan k.fiezz..hehe..tq Asiah & Alia...


www.fiezasani.xyz

Ruang tamu..nampak tak kat tepi tu..ruang makan tu tau...besar gak..lupa plak nak amik gambar...


www.fiezasani.xyz

Dapur..ada kelengkapan sikit..boleh la nak masak-masak ke apa..kat tingkap, dah pasang jaring untuk elakkan ada apa2 yang tak diingini masuk..

www.fiezasani.xyz

Salah satu bilik air...Lagi satu, lupa nak amik gambar...
segan..hehe..yang serumah dengan k.fiezz, dah usyar..dah kenapa ambil gambar bagai ni..haha


www.fiezasani.xyz

Ini satu lagi jenis homestay kat HNZ Homestay ni..depan kolam renang...syok la korang...terus buka baju, lari masuk dalam kolam....haha

Rumusannya penginapan kat HNZ Homestay ni ada 2 jenis - 

Jenis Homestay:
8 buah homestay bersebelahan 3 bilik/2bilik air
Jenis Roomstay:
7 buah bilik dengan bilik air
Berhadapan Swimming Pool
Korang kalau ke Penang nak cari tempat penginapan boleh la bermalam kat HNZ Homestay ni..terutama yang datang dengan keluarga..nak tidur kat hotel, mahal juga tu..baik pilih homestay macam ni...selesa pun selesa...semua ada...lokasi dia pun tak la jauh sangat pun...korang boleh tengok kat bawah ni, antara lokasi yang berdekatan dengan hnz homestay...

LOKASI BERDEKATAN HNZ HOMESTAY

1) Masjid Seberang Jaya & Masjid Batu.
2) Taman Burung, Padang Komplek Sony & Kolam Renang.
3) Safira Club, Sport Planet Futsal.
4) UITM Pulau Pinang, Permatang Pauh
5) Politeknik Seberang Perai
6) USM Pulau Pinang.
7) Hospital Seberang Jaya, Bagan Specialist & KPJ bandar Perda
8) Pusat Bandar Sunway Seberang jaya
9) SP Arena, Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pesta Pulau Pinang, Pusat Perniagaan Permatang Pauh.
10) Highway Utara-Selatan, Jambatan P.Pinang & B’worth-Kulim expressway.
11) Pusat membeli Belah AEON Big , Parkson Sunway Carnival Mall, Pinang Megamall, Tesco & Perda City Mall, Mydin Mall.
12) Terminal Feri Pulau Pinang/ Terminal Bas Butterworth / Stesen Keretapi Butterworth & Bukit Mertajam.
13) Kawasan Perindustrian Perai, Bukit Minyak & Mak Mandin
ALAMAT -
HNZ Homestay Permatang Pauh, Penang
1245 Kampung Belah Dua,
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
Tel: 010-3984067

You Might Also Like

4 Comment

  1. Memang besar lah homestay dia. Kemas elok siap ada swimming pool tu yg best tu!. Perghhh power2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,mmg besar homestay dia ain..boleh muat 3-4 family rasanya...bawak toto n extra selimut..boleh baring kat area ruang tamu ngan ruang makan...

      Delete
  2. Hmm area tempat kita belajar dulu tu kak Fieza cuma kita nak nampak lagi ianya sebelah mana satu. Masjid, UiTM, poli semua tu dah jelas dah hehe

    ReplyDelete
  3. Wahhhh, seronok ada kolam renang, rumah pun besar ..

    ReplyDelete