Total Pageviews

Konvoi Ke Langkawi - Singgah di Penang Cari Nasi Kandar dan Pasembur

12:44

Hello oktober...Jom k.fiezz nak kongsi kat sini cuti2 konvoi yang k.fiezz & mr hubby joint baru-baru ni ke Langkawi dengan kawan-kawan gamers mr hubby dari Group ArmA Malaysia...Kalau tak silap k.fiezz bawah ArmA Malaysia ni ada beberapa group..Group Mr Hubby ni 5th Division, ArmA Malaysia...

Kat FB & IG Story, k.fiezz ada share pasal cuti-cuti konvoi ni..kat FB story, k.fiezz kongsi makanan kat kedai-kedai yang kitaorang singgah makan..kat IG story, tempat yang kitaorang pi sepanjang trip konvoi kitaorang ni...

Trip konvoi ni 1 van, 1 navarra & 2 kereta..Naik feri dari Kuala Perlis...otw nak ke jeti kuala perli, kitaorang akan singgah kat beberapa pit stop untuk singgah makan & jumpa geng gamers mr hubby yang joint trip konvoi ni..

tempat pertama yang kitaorang singgah...

Singgah di Penang..

Memandangkan masa kitaorang gerak dari Kay Ell dah petang..lepas tu on the way nak ke utara, ada menyinggah beberapa tempat sebab nak jumpa ngan member gamers mr hubby yang nak joint trip konvoi ni gak...jadi perjalanan agak makan masa sikit..but sokay..chill je..kata pun nak bercuti..kitaorang gerak dari Kay Ell dalam 3ptg lebih kurang...pit stop beberapa tempat macam yang k.fiezz beritahu kat atas tadi..so rombongan kitaorang akan bermalam untuk 1 malam di Penang..Penginapan kat sini homestay..rate tak pasti..dah masuk dalam bayaran yang dah dibayar..nanti k.fiezz share homestay ni..tapi tak ada alamat tau..sebab tak tau kat mana..ikut je orang bawak..haha...

Sampai kat Penang, terus pi makan dulu..masa sampai pun dah pukul 9 lebih kalau tak silap...terus ke Deen'S Maju (dalam gambar ni) untuk makan malam..katanya kat sini Nasi Kandar dia SEDAP & MURAH...jom try sedap ke idak?

Kalau tak silap k.fiezz, nampak banner dalam kedai Deen's Maju ni, kedai dibuka dari pukul 2ptg - 10malam..masa kitaorang sampai sini memang banyak lauk dah abis..kedai ni paling hot kata salah sorang wife member group mr hubby ni...dia orang penang...kalau datang siang, beratur weiii kat sini..tapi masa kitaorang datang tu dah nak tutup, barisan idak la panjang...kitaorang je la yang beratur sebab ramai...

lauk pun dah tak banyak pilihan..

www.fiezasani.xyz
Kedai dia kat depan jalan...parking kena menyeberang depan sikit dari kedai ni...rasa jalan tu sibuk..tapi masa kitaorang sampai ni dah malam..dah tak baper banyak kenderaan lalu lalang...

www.fiezasani.xyz
Group gamers mr hubby...

www.fiezasani.xyz

pilihan k.fiezz kat Deen's Maju...kuah kari campur...lauk - amik daging seketul (tapi size dia sederhana..idak la jenis kecik2 macam yg kita masak kat rumah)..memula ingt nak amik ayam..sekali ayam dah abis....kata wife member mr hubby, kat sini ayam dia yang paling hot...alaaaa..nk kena repeat la lain kali...

Mr hubby pilih lauk telur ikan...size pun sederhana besar ..mr hubby amik 4-5 ketul,kalau tak silap...

Total - K.fiezz punya RM4.00 & mr hubby RM10.00


www.fiezasani.xyz
Tengah makan, cameraman suh posing..kita posing la...

overall makanan kat sini memang sedap..bukan k.fiezz je cakap..semua cakap yang sama...ingat balik dari Langkawi nak singgah..tapi memang tak dan la citer dia..sebab nak singgah kat tempat lain...next time ke Penang, boleh la repeat kedai nasi kandar Deen's Maju ni...kita cuba ayam dia yang hot katanya tu...


Cari Pasembor kat Padang Kota 

Lepas makan kat Deen's Maju ni..ke Padang Kota plak..cari Pasembor...
allah...k.fiezz memang rasa tak leh nak masuk makanan lagi sebab baru lepas tolak nasi..tapi dah sampai tu, kita makan la slow-slow..haha..

Kat sini macam food court tau..once ko duduk je, berderet pekerja-pekerja dari setiap gerai datang, tanya nak makan apa..haha..pening jap..nak order kat siapa...ikut la selera memasing yea...nak goreng-goreng pun ada..tapi kat sini paling glamour, pasembor...

www.fiezasani.xyz

Sesambil tunggu order sampai..kita snap la gambar sekeping dua...


www.fiezasani.xyz

Ni dari kamera jurugambar...suka la gambar ni sebab k.fiezz nampak berisi..haha..orang lain nak kurus..kakak ko nak gemuk..haha...


www.fiezasani.xyz

Yeay sampai dah order k.fiezz & mr hubby...dia punya portion..malas nak cakap..banyak weiiii..mr hubby mintak RM20.00

satu tips kat sini, kalau nak order pasembor - bitau nak berapa ringgit..nanti dorang akan bagi ikut jumlah yang kita mintak..kalau korang nak pilih sendiri, pun boleh je..cuma tanya dulu harga sebelum amik..kat sini harga, ehem ehem sikit..


www.fiezasani.xyz

RM20 untuk 4 orang makan tapi kitaorang makan ber2 je..jenuh weiiii nak perabiskan
k.fiezz amik sesikit je..majoriti, mr hubby yang perabiskan..dia suka la rojak2 ni..k.fiezz kureng sikit...


www.fiezasani.xyz


k.fiezz makan ke tidor..haha...tak pasan sis, cameraman nak amik gambar..

next entry kita sambung pasal homestay yang kitaorang menginap kat Penang..nanti k.fiezz cuba tanya info homestay ni dari mr hubby...alamat ke..no telefon ke...

You Might Also Like

4 Comment

  1. deen maju mmg femes kak. Ain pun sama suka kaalu amik gmbaq nmpk gemuk hahaha sbb asyik org kata keding je :(

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak g deen maju hari tu..actually byk tmpt makan best kat penang kan?

    ReplyDelete
  3. Sepanjang duk sana dulu tak pernah rasa pasembor tu. Teringin juga cuma sebab ada penyakit M punya pasal sanggup tak pergi hikhik

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan kedai deen tu, mesti menu sedap2 kan.

    ReplyDelete