Total Pageviews

Senang Nak Ke MyTown Naik LRT dan MRT

10:47

Macamana cara nak ke MyTown..argggghh..blur jap k.fiezz semalam masa nak ke MyTown..Patutnya mr hubby yang hantar tapi tak dapat sebab mr hubby tak sihat semalam...huhu..so acane ni nak ke MyTown..K.fiezz duk ingat turun kat LRT Chan Sow Lin pas tu naik grab..tapi dekat ke dari situ nak ke MyTown..eh baper plak tambang grab..risauuu plak kalau mahal..

Pikir punya pikir solution, k.fiezz google..Teringat plak member ofis bitau, husband dia penah ke MyTown naik MRT..tapi dia tak tau detail sebab dia pun tak baper familiar dengan LRT/MRT..husband dia citer gitu je..

so google la cari info macamana cara nak ke MyTown..dan tadaaaa...ada MRT upenya kat MyTown tu..jalan kaki je..dari stesen MRT ke MyTown..Nak confirm kan lagi info yang k.fiezz dapat dari Google tu, k.fiezz tanya ngan sorang ofismate k.fiezz..dia duduk area-area situ so dia lagi tahu dengan tepat...and info dia bagi & yang k.fiezz baca dari Google tu, memang betul..

Setel masalah..lepas kerja, terus laju-laju ke LRT sebab k.fiezz ada appointment pukul 5.30ptg kat MyTown...appointment apa?next entry...hehe

NAIK MRT ke MyTOWN

Kalau yang 1st time macam k.fiezz & tak tahu nak ke MyTown macamana dengan MRT..meh sini, k.fiezz explain..

Route yang k.fiezz bitau ni k.fiezz dari tempat kerja..K.fiezz naik LRT (Ampang) dari Stesen Bandaraya (SOGO), turun kat LRT Maluri..Kat LRT Maluri ada laluan untuk jalan kaki dari situ ke MRT Maluri...Turun je kat LRT Maluri ni, tak payah nak touch keluar..cuba perhatikan ada laluan pejalan kaki yang menghubungkan LRT Maluri dan MRT Maluri..Ikut je laluan tu sampai ke MRT Maluri..dah sampai MRT..Naik MRT (Sungai Buloh)& turun kat Stesen Cochrane..Dah sampai stesen Cochrane, ikut je laluan sampai masuk mall MyTown & Ikea...laluan tu memang terus ke MyTown dulu..Ikea dengan MyTown ni sebelah-sebelah je..Kalau yang nak ke Ikea, cari la laluan ke Ikea plak..

Penerangan secara ringkas untuk laluan LRT & MRT ke MyTown yang k.fiezz explain kat atas ni, malas nak baca panjang-panjang..Tengok yang kat bawah ni

Dari LRT BANDARAYA (SOGO)  - turun di STESEN MALURI - jalan kaki ke MRT MALURI - Dari MRT MALURI - naik MRT (SUNGAI BULOH) - turun di STESEN COCHRANE

Satu stesen je dari Maluri nak ke Cochrane ni...

www.fiezasani.xyz
Laluan pejalan kaki dari LRT Maluri ke MRT Maluri


Note - laluan pejalan kaki kat MRT ni boleh tahan panjang jugak uoll..exercise la sikit..hehe..Dah sampai kat stesen MRT, kalau macam korang pening nak naik platform belah mana..tanya la kat kaunter atau orang yang turun naik MRT..k.fiezz semalam pun duk menanya orang nak ke stesen cochrane tunggu belah mana...nak turun eskalator yang mana satu..agak pening jugak dalam stesen MRT tu..tak familiar MRT ni..biasa naik LRT je..

www.fiezasani.xyz

Escalator untuk turun ke MRT Maluri..boleh tahan panjang gak weiii...


www.fiezasani.xyz

Dah sampai MRT Maluri ni, terus pening..belah mana plak nak turun tunggu trennya...tengok signboard, tak paham..apa lagi..tanya orang yang lalu kat tepi k.fiezz la..hehe..nasib dia tau..kalau idak, kena cari orang lain..tq adik yang tlg guide semalam...


www.fiezasani.xyz

Naik je escalator bila dah sampai Stesen Cochrane, korang cari entrance ni...

Sampai kat Stesen Cochrane ni, jalan kaki sikit & terus masuk dalam MyTown..landmark takut tak ingat nak balik kang lalu mana..Dari Stesen Cochrane & terus masuk MyTown,korang akan nampak FamilyMart..so ingat je la Family Mart tu untuk laluan ke MRT masa nak keluar nanti...

LALUAN MRT UNTUK BALIK RUMAH

Setel urusan kat MyTown..nak balik rumah la..takkan nak tido kat MyTown plak..hehe

Dari MRT (STESEN COCHRANE) - naik MRT (KAJANG ; Platform 1) - turun di (MRT MALURI) - jalan kaki sampai ke LRT MALURI - naik LRT (SENTUL TIMUR) - turun kat CHAN SOW LIN - naik LRT (PUTRA HEIGHT) - Stesen kat rumah k.fiezz...hehe...

Ni ikut laluan balik rumah memasing la yea..k.fiezz cuma explain untuk senang nak faham..

SHOPPING KAT MYTOWN / IKEA

Okey, ni k.fiezz dah tahu ada public transport ke MyTown/Ikea, boleh la pi terjah shopping kat Ikea selalu..hehe..Mr hubby tu kalau ajak, susah sikit kalau nak ke IKEA ni..hehe

Seriusly k.fiezz pun tak tahu ada public transport(MRT) kat MyTown/Ikea ni..ingatkan kena naik keta / bas ke apa..upenya lama dah ada MRT..K.fiezz yang ketinggalan..

TAMBANG NAIK LRT/MRT

K.fiezz pengguna MY100 <<APA TU MY100>>.. K.fiezz cuma touch je mykad turun naik lrt/mrt ni..Untung sangat guna pas perjalanan tanpa had untuk sebulan ni...jimattt...hehe...Pas perjalanan ni untuk semua pengangkutan bawah Rapid..termasuk la  LRT dan MRT...

You Might Also Like

5 Comment

  1. Haaaa..menarik ni...bleh la SA dating ngan Dania ke Mytown nanti...dari KL sentral senang je naik MRT terus ke Stesen Cochrane kan...sekarang mudah naik pengangkutan awam so takde jammed dah

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak naik LRT sejak tukar kerja seremban.
    MRT lagilah huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau lrt dkat dgn rumah...jimat minyak kete hehe

    ReplyDelete
  4. bagus juga ada panduan mcm ni, senang dah ada informasi, semoga berguna kat sesiapa yang nak ke MyTown tu ...

    ReplyDelete
  5. Wah.. mudahlah kalau macam tu.. dari tajung malim nie pun boleh pergi MyTown.. hehehe.. menarik.. menarik..

    ReplyDelete