Sapa layan citer pink malam tadi kat TV 2..kita geng...best sangat jalan citer dia..k.fiezz bagi 10/10...jalan citer yang best, tak perlu babak nyanyi..tak perlu hero yang hensem..cukup  jalan citer yang best..suspense & bagi kita berteka teki..dah boleh buat k.fiezz melekat tengok citer hindustan sampai habis...dulu2 k.fiezz memang kaki hindustan..tapi sejak kawen, k.fiezz dah kureng sikit citer hindustan...kalau tengok pun, k.fiezz nak tahu sinopsis dia dulu...macam citer pink ni semalam, pasan ada yang share kat facebook..tapi lupa plak ditayangkan kat TV2 malam tadi..nasib baik abis citer melayu kat tv3, k.fiezz duk cari channel lain..terbuka tv2 ni..baru teringat citer pink..harus la tengok...

citer pink bollywood ni, absolutely lain sangat jalan citer dia...

www.fiezasani.xyz

SINOPSIS CITER PINK

Cerita ni berkisarkan diskriminasi terhadap kaum wanita..

3 orang gadis (Minal, Falak & Andrea) teman serumah dan juga berkerjaya yang cuba mempertahankan maruah mereka sebagai wanita yang telah dihina di mahkamah disebabkan satu kejadian yang menimpa mereka semasa sedang berhibur dengan Rajvir Singh dan rakan-rakannya...Disebabkan Rajvir singh merupakan anak orang ternama dan mempunyai kuasa & duit, Rajvir singh dan rakan-rakannya membuat laporan polis atas dakwaan pelacuran dan cubaan membunuh oleh Minal, Falak & Andrea. Sebelum Minal di tangkap, Minal, Falak & Andrea berterusan di ganggu oleh Rajvir dan rakan-rakannya disebabkan kejadian pada malam tersebut..Rajvir cedera di bahagian muka disebabkan oleh Minal dan Rajvir Singh dan rakan-rakannya berdendam dengan Minal..

Minal, Falak & Andrea cuba membuat laporan polis tetapi tak dilayan bila polis dapat tahu aduan dibuat untuk Rajvir Singh,anak orang kenamaan..

dan sebaliknya Minal yang ditangkap selepas Rajvir membuat laporan palsu kepada polis bahawa Minal, Falak & Andrea yang cuba menggangu dan menggoda mereka pada malam kejadian yang menyebabkan Rajvir Singh cedera di bahagian muka..dalam erti kata lain Rajvir membuat tuduhan Minal, Falak & Andrea adalah pekerja s**s..

Deepak Sehgal (Amitabh Bachan) seorang peguam yang telah bersara dan juga jiran kepada 3 orang gadis ni cuba membantu atas dasar simpati..walaupun beliau sendiri ada masalah kesihatan & menjaga isterinya yang sakit..Pada mulanya Deepak menasihatkan Falak & Andrea mengupah seorang peguam lain tetapi tak ada peguam yang nak terima kes mereka bertiga...

Semasa di mahkamah, paksaan dari peguam Rajvir Singh yang mengeluarkan hujah2 bertentangan membuatkan 3 orang gadis ni tertekan dan menyebabkan Falak membuat kenyataan seperti dikehendaki oleh peguam Rajvir..

Dan nasib baik dengan kepakaran Deepak menyoal balas Rajvir (mangsa kejadian..kononnya), memberi soalan2 tekanan pada Rajvir yang mendedahkan personaliti sebenar Rajvir..

My Review -

K.fiezz suka sangat jalan citer dia..babak banyak dalam mahkamah..kenyataan & soal balas dari dedua peguam sangat best..yang si botak (peguam Rajvir) masa beri tekanan pada Minal, Falak & Andrea memang rasa nak masuk tangan dalam tv, lempang si botak tu..geram sangat tau..sesuka hati dia merendahkan,hina, herdik Minal, Falak & Andrea mengambil duit untuk melakukan hubungan s***s dengan Rajvir dan rakan-rakan.. 

Deepak, peguam Minal sambil memberi hujah,soal balas turut memberikan kenyataan hak-hak wanita..

Hakim untuk kes ni, nampak dia menyebelahi Minal, Falak & Andrea tetapi bukti-bukti yang diberikan lebih memihak kepada Rajvir & rakan-rakan...

Scene paling best masa Deepak mengenakan polis wanita yang menangkap Minal..padan muka...konon macam tegas sangat..padahal dah kena bayarrr...

overall citer ni berkisarkan diskriminasi terhadap kaum wanita serta layanan, peraturan tidak adil bagi wanita..

Rate k.fiezz bagi 10/10 untuk pink...kalau nak tengok, cuba la intai-intai kat google/you tube..seriusly sangat best...

5 Comments

  1. lahhh tak tahu pun ada dkt tv. kena cri online la gayanya. nak tgokk sebb jalan cerita best

    ReplyDelete
  2. ok nnt nak layan, memang menarik jalan cerita ni..
    saya tak layan hindustan sgt, tapi cerita yang best2 tu saya tengok .

    ReplyDelete
  3. Ala.. ada nampak iklannya ari tu tapi lepas tu terlupa.. huhuhu.. ramai yang review filem nie kata best..

    ReplyDelete
  4. Ammi pun suka cerita ni...lagi-lagi watak Amitabh Bachan tu. Kalau dah minat tu...dia kentut busuk pun kita kata wangi ahaksss

    ReplyDelete
  5. Menarik jalan ceritanya. Ingat PINK cerita Barat tadi

    ReplyDelete