Entry ni k.fiezz nak kongsi dengan korang satu lagi produk kecantikan dari Korea yang k.fiezz beli kat (rujuk link atas ni)..Ada dua item kat dalam gambar..yang mana satukah k.fiezz? yang dalam botol tu..Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist (150ml)..Aloe Vera Soothing Gel Mist ni gunakan Aloe Vera organik yang mendapat pengiktirafan dari California (CCOF) dan sesuai untuk semua jenis kulit. 

time bila nak pakai ALOE VERA 92% SOOTHING GEL MIST ni?

anytime you want, baby..hehe..sebelum mekap..lepas mekap..time panas lit lit..time rasa kulit kering..anytime anywhere gitu..letak je dalam beg..bila perlukan, keluar..spray je kat muka korang...

APA FUNGSI ALOE VERA 92% SOOTHING GEL MIST ni k.fiezz?

fungsi utama Nature Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist ni untuk melembapkan kulit, menyejukkan & memperbaiki struktur kulit..bila kulit lembap, baru la kulit sentiasa sihat dan tegang je...dan juga, Aloe Vera 92% Soothing Gel ni memperbaiki peredaran darah dan sekali gus kurangkan kesan parut serta kedut....

www.fiezasani.xyz

Kandungan Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist 

Ekstrak Aloe vera - Menenangkan, menyejukkan dan memperbaiki struktur kulit


Hyaluronic acid - Menghidrat untuk memastikan kulit sentiasa tegang


Ekstrak Bunga Calendula Meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan kesan parut dan kedut

www.fiezasani.xyz

Cara guna ~

Halakan botol 10-15cm dari muka dan sembur (spray) pada muka.. Dan dap dap secara perlahan-lahan untuk penyerapan yang lebih baik.


Nah bagi video tutorial cara guna..hehe..hover benor...nak tutorial bagai k.fiezz oooiii..
tengah rajin la kisahnya...

K.fiezz guna okey ke idak?

Setakat ni k.fiezz guna aloe vera soothing gel mist ni elok je..tak ada la effect yang tak best...lagi best ada lah sebab rasa kulit lagi moist..dan nampak segar..terutama dalam pejabat yang berhawa dingin dari pagi-petang...haih, kering kulit..satu lagi tips nak bagi kulit sentiasa lembap, kena banyak minum air putih..boleh la nak minum air putih bebanyak tapi kalau dah sibuk sangat, kadang lupa nak minum...so nasib la ada aloe vera soothing gel mist ni..kita spray2 je kat muka..

Aloe Vera Soothing Gel Mist ni k.fiezz letak kat ofis..Lepas solat, sebelum nak make up k.fiezz spray dulu muka ngan aloe vera soothing gel mist ni untuk bagi kulit basah-basah dulu..then baru apply mekap...Biarkan kering atau sampai ekstrak aloe vera dah masuk dlam lapisan kulit,baru start sesi mekap..

Lepas tu korang boleh nampak kulit jadi lebih lembap-lembap dan nampak segar dengan bantuan aloe vera soothing gel mist ni..

tq aloe vera soothing gel mist...Harap boleh bantu k.fiezz untuk kurangkan kesan parut jerawat dan melambatkan proses kedut-kedutan juga..hehe..

kalau korang yg nak cuba aloe vera soothing gel mist ni, boleh check it out link kat bawah...

Nak Beli kat mana Aloe Vera Soothing Gel Mist ni

0 Comments