Total Pageviews

Berjaya Masak Breakfast Di Hari Bekerja

11:42

Yeay.. Berjaya masak di pagi hari, hari bekerja..fuhhh..bukan senang benornya ni nak bangun awal pagi utk masak...haritu k.fiezz dah cuba buat, tak berjaya..terlambat bangun..haha...hari isnin & selasa baru ni, k.fiezz dah bangun awal..tapi duk mengadap handphone..memang tak jadi kerja la..duk scroll atas bawah IG la, FB la..kul 6 baru bangun dari katil...

masak apa nya dah kul 6..terus gi bilik air, mandi la jawabnya...siap2 nak gi keja..

tue k.fiezz selalunya tak pernah masak breakfast di hari bekerja..sebab MALAS..haha

MELAWAN PERANGAI MALAS

tapi harini berjaya jugak melawan perangai MALAS tu...kul 5.30 bunyi alarm je, terus bangun..eh..idak la terus bangun...duk ngadap handphnone jap dalam 5 minit..5.35 terus bangun..pi dapur, keluarkan segala bahan-bahan yang k.fiezz dah sesiap potong macam sayur, ayam..bawang merah, bawang putih & cili kering, memang dah siap kisar gak..so jimat masa di situ...



www.fiezasani.xyz

SESI MEMASAK DI AWAL PAGI

panaskan minyak..dan bermula la sesi memasak di awal pagi untuk bawa bekal ke pejabat & mr hubby breakfast sebelum gi kerja..wahhh..tetiba feeling isteri mithali gitu..hehe...

so tadaaa menu sarapan pagi harini, mee goreng..Resipi, k.fiezz amik yang bihun goreng punya resipi cuma tukar dari bihun ke mee...actually ni mee sanggul..tapi nampak cam kuew tiow pulak..mana-mana la yeak..yang penting, rasa dia sedap...

hope berterusan & konsisten la kerajinan k.fiezz nak masak di awal pagi ni...

KENAPA MASAK DI AWAL PAGI?

Bila turun ke cafe/kantin, dah tak tau nak makan apa..menu sama je...Tapi beli jugak sebab kang lapar plak kalau tak breakfast...tapi tak abis sebab tekak dah selalu makan menda yang sama...rasa nak muntah je nak abiskan...

Pas tu, mr hubby plak macam dah tak boleh lambat makan..macam semalam, mr hubby bitau tangan dia dah mengigil sebab tak breakfast...t/hari time kitaorang nak ke DBKL jap, mr hubby suh k.fiezz beli roti & air kat kafe ofis k.fiezzz..

Dan selain dari sebab kat atas ni, boleh la berjimat sikit duit belanja..gituuu...

Ni reason kenapa k.fiezz tetiba rajin nak masak di awal pagi....

Baca juga <<mihun goreng simple resipi mak mertua>>

You Might Also Like

5 Comment

  1. Uikk...SA kena rajin masak time pagi la mcm ni ..Fiez dh buat dh..SA ntah bila ntah ni

    ReplyDelete
  2. alamak kita sarapan simple-simple jew tergoda pulak tengok mee sedap akak tu

    ReplyDelete
  3. Tahniah berjaya masak di awal pagi. Kadang2 saya pun masak pagi2 jugak. Cepat setel masak boleh masuk opis cepat.

    ReplyDelete
  4. Kalau mcm mrs pip, mmg hari2 bangun awal utk siapkan sarapan anak2 ... jam 4.30am dah bangun, tapi alarm set punya banyak, haha .. 3am, 3.30am, 4am ... siap masak dah kena ready subuh, kat sini azan awal 4.45am gitew ... tp mmg mencabar kan bangun awal ... Mee tu nampak sedap .. Hope terus buat bfast, lepas ni kena siap2 fikir nak buat menu apa kan ...

    ReplyDelete