Total Pageviews

Dua Kali Borang Permohonan Beli Rumah PPR Kena Reject

12:07

k.fiezz & Abah dalam proses nak beli rumah PPR yang kitaorang tinggal skrg ni..PPR ni bawah DBKL..Jadi semua urusan sewa/jual beli, kena la di DBKL...

Borang permohonan, masa awal tahun ritu k.fiezz dah amik kat Tkt.6 Unit Jualan, Pejabat DBKL Kg.Baru...Isi borang & sertakan segala dokumen-dokumen yang DBKL minta (ada senarai semak sekali diberikan)...

Lepas siap isi borang bersama dokumen-dokumen yang diminta..k.fiezz susun ikut susunan dan check dulu..complete semua baru berani nak submit kat DBKL..tapiiii

DBKL REJECT BORANG PERMOHONAN 

sampai kat DBKL, borang kena reject sebab ada dokumen yang tak lengkap kata staff DBKL yang semak borang k.fiezz...huhu..marahhhhnya masa tu..tapi kontrol kontrol...idak la nak marah balik kat staff DBKL tu memandangkan staff dia cakap elok-elok dengan k.fiezz..cuma geram, borang kena reject padahal dah check semua complete...

Turun dari pejabat DBKL, dah nak abis waktu pejabat..so pening nak mencari penyelesaian untuk dokumen yang tak lengkap as inform by staff DBKL tu...

apa yang tak lengkap?


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Ni hah yang tak lengkap..yang di bulatkan tu..
haih..gerammm sangat tau...sebab k.fiezz rasa DBKL ni macam saja je cari salah..huhu...

Tak Lengkap -

- Surat Akuan Sumpah untuk mak k.fiezz yang menyatakan mak tak bekerja.
- Memo Tunggakan Sewa Rumah - yang ni kena ambil kat tingkat bawah DBKL..Boleh tanya kat guard kalau tak tahu..

Ni masa kali pertama cubaan nak hantar borang permohonan. 

so jalan penyelesaian untuk surat akuan sumpah mak k.fiezz yang mengatakan mak tak bekerja, mr hubby bawak kitaorang ke KWSP..dalam tu ada pesuruhjaya sumpah..masa tu dah nak pukul 5ptg...mak & k.fiezz try and error je naik ke pejabat pesuruhjaya sumpah tu, nak tengok buka lagi ke idak...alhamdulillah..masih buka cuma kena tunggu kejap sebab Kapten (Pesuruhjaya Sumpah) tengah solat..sesambil tu k.fiezz tanya dengan wife pesuruhjaya sumpah (ada dalam pejabat masa tu) yang kitaorang nak buat surat  akuan sumpah untuk mak yang mengatakan mak tak bekerja sebab nak mohon beli rumah DBKL...wife pesuruhjaya sumpah tu bagi borang kat bawah ni..ayat dalam borang ni, dah ada contoh..cuma ikut je..dan k.fiezz tambah sikit kat bahagian bawah tu...lepas siap ni, tunggu kejap..tak lama lepas tu Kapten (Pesuruhjaya Sumpah) sampai..dia cop & sign..Setel...

Memo tunggakan rumah - k.fiezz dah amik kat pejabat DBKL di tingkat bawah, Kg.Baru...Kalau korang masuk kat bangunan DBKL Kg.Baru ni ada dua side pejabat belah bawah..satu bahagian bayaran (sewa rumah, bil air)..yang satu lagi tu untuk amik memo tunggakan rumah ni...tak ingat yang ni jabatan apa..tak pasan..tapi for sure memang tingkat bawah bahagian luar...masuk dalam bgn DBKL..ada dua side pejabat DBKL tingkat bawah..kalau pening nak cari..tanya la ngan guard DBKL yg memang ada je kat tingkat bawah tu...

SIAP yang ni..


www.fiezasani.xyz

Surat Akuan Sumpah yang mengatakan mak tak bekerja...

www.fiezasani.xyz

Memo tunggakan rumah..
Nak mohon pembelian rumah DBKL ni, kena pastikan tiada tunggakan sewa rumah...

CUBAAN KALI KE-2 HANTAR BORANG PERMOHONAN DBKL

Selasa baru ni (16.7.2019), cubaan kali kedua hantar borang permohonan DBKL..
K.fiezz & mr hubby pi time tenghari..Minta permission bos k.fiezz, nak keluar jap sebab nak gi pejabat DBKL...mr hubby amik kat pejabat..sampai kat DBKL ni, k.fiezz je naik sebab malas nak parking kat basement DBKL..mr hubby tunggu dalam keta...

Naik tingkat 6 (Unit Jualan Rumah), ada 2-3 orang staff DBKL kat kaunter..Mula staff tu mintak k.fiezz arrange ikut susunan..Memang k.fiezz dah sesiap susun ikut susunan...Salah sorang staff DBKL amik borang k.fiezz & semak..anddddd again reject....

kali ni apa plak yang tak kena?

Kad Pesara Abah k.fiezz hat lama punya...so

staff DBKL suruh k.fiezz dapatkan penyata bank atau penyata pencen abah k.fiezz sebagai sokongan atau bukti untuk pendapatan bulanan abah k.fiezz..huh...marah weiiii...dorang ni ingat kita tak ada keja lain ke apa..duk ulang ke pejabat dorang je..huh...

masuk dalam keta..k.fiezz tahan je dari melepaskan marah kat mr hubby...mr hubby tanya berjaya tak...tengok muka k.fiezz pun, mr hubby dah boleh hagakkkk

to be honest agak annoying berurusan dengan pejabat DBKL ni..sebab tiap kali hantar borang, kita jumpa staff yang berbeza..so jumpa A, cakap cenggini..jumpa B, cakap cenggitu plak..haih...mana la orang tak bengang kalau melibatkan urusan dengan DBKL...

Jadi sejujurnya k.fiezz memang agak bengang masa kali kedua borang permohonan di tolak..kalau dalam senarai semak tu, tak ada pun nyatakan nak penyata akaun..eh tetiba sebab kad pencen jenis lama..terus cari point mintak statement pulak...
                                               www.fiezasani.xyz
Kad Pesara abah jenis lama punya...so no akaun tu tak cukup digit...Jadi kena ada penyata akaun pulak sebagai sokongan..takut menipu gamaknya..huhu...

www.fiezasani.xyz

Untuk dapatkan penyata akaun pencen, boleh dapatkan secara online kat website JPA (Bhg.Pencen)..tapi dalam kes abah k.fiezz ni, sebabkan no.akaun yang ada hat lama punya,k.fiezz kena call dulu JPA Bhg Pencen untuk dapatkan no.akaun yang baru...

Lepas dah dapat no.akaun ni baru k.fiezz boleh semak secara atas talian penyata pencen abah..

selesai dapatkan penyata akaun pencen abah, k.fiezz hantar semula borang permohonan ke DBKL keesokannya...idak la nak hantar hari yang sama sbb kang bos marah plak asik keluar je...

NAK TUKAR KAD PENCEN BARU

dan untuk permohonan kad pencen baru, k.fiezz kena cetak borang kemaskini & isikan..lepas tu hantar melalui e-mail je pada pihak JPA..dalam masa 2-3 minggu, JPA akan hantarkan kad yang baru...

CUBAAN KALI KE-3 HANTAR BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN RUMAH DBKL

Semalam (17.7.2019), k.fiezz hantar semula borang bersama dokumen-dokumen ke pejabat DBKL...Seperti biasa la, disemak dulu...Lepas complete semua..baru la dicop terima..

dan alhamdulillah..kali ke-3 baru complete & memenuhi spesifikasi DBKL...Tunggu la jawapan dalam masa 6-12 bulan samaada berjaya ke tidak pembelian rumah DBKL ni...

You Might Also Like

3 Comment

  1. ALahai kesiannya...kalau SA pun sure naik darah...semoga dipermudahkan next ye...

    ReplyDelete
  2. Renyah juga ye. Sepatutnya diorang kena list apa yang perlu dengan jelas. Kesian kot nak pergi banyak kali, buang masa, tenaga dan minyak huhu. Moga permohonan ayah kak fiez nak beli rumah PPR berjaya ye.

    ReplyDelete
  3. Mmg boleh bikin marah lah jg lalau balik2 kena reject ...hope semua dipermudahkan..

    ReplyDelete