Total Pageviews

Cara Nak Refund Duit Shopee

11:23


Entry ni kak fiezz nak share dengan korang cara refund duit shopee kalau pembelian korang di shopee ada masalah. Contoh barang tak dapat ke, korang cancel order ke atau apa-apa je la sebab yang korang boleh dapat balik duit korang tu. Entry ni khusus nak tolong korang yang banyak dm/pm/wasap kak fiezz pasal refund shopee. Korang boleh rujuk kat entry ni >> Kes Selesai Dapat Refund Shopee. Sampai time shopping barang dapur pun dapat whatsapp..fuh..tetiba feeling famous sangat k.fiezz ni..haha..So entry ni untuk korang la yang selalu tanya pasal macamana nak refund duit kat shopee ni kalau pembelian korang bermasalah..

PROSES REFUND SHOPEE

Proses ni kak fiezz pun ingat-ingat lupa tau..Ni kak fiezz godek balik cara-cara dia..1st of all kalau korang nak refund duit dari akaun shopee wallet korang tu masuk ke dalam akaun bank korang, SILA KEMASKINI DULU NO.AKAUN korang kat dalam My Account Shopee korang...Rujuk gambar kat bawah ni..

Langkah Pertama

www.fiezasani.xyz

Buka Apps Shopee korang kat smartphone masing-masing dulu. Pi kat Me tu, pilih My Account..

Langkah Kedua

www.fiezasani.xyz

Lepas tu pilih Bank Accounts/Cards..

Langkah Ketiga

www.fiezasani.xyz
Kemaskini la no.akaun masing-masing, pilih Add New Bank Account..Lepas klik tu, korang akan dapat verification code kat smartphone korang, jadi key in je no.pin tu...Masuk je no.pin tu korang akan ke page seterusnya untuk masukkan maklumat (nama, no.akaun & bank) kat section ni...Siap..dan korang akan dapat mesej dari shopee yg beritahu akaun bank kita dah di kemaskini dalam akaun shopee..

Langkah Keempat

www.fiezasani.xyz

Pilih Shopee Wallet korang tu..

Langkah Kelima

www.fiezasani.xyz

Pilih Withdraw

Langkah Keenam

www.fiezasani.xyz
Semak jumlah untuk dipulangkan balik tu & no.akaun..Kalau semua betul, terus je klik Confirm kat bawah tu...SiAP..

Berapa hari baru duit masuk dalam akaun korang, k.fiezz tak ingat..Tapi kejap je rasanya..Anggaran seminggu kot..Kalau dalam seminggu tu masih tak dapat duit korang, sila la hubungi Customer Service Shopee...Ataupun korang bermasalah pulak menda lain selain dari proses yang k.fiezz dah inform kat sini, sila la hubungi Customer Service Shopee jugak..Kak fiezz bukan expert pasal shopee dan k.fiezz tak keja dengan Shopee tau..haha..Kak fiezz kongsi je masalah yang kak fiezz pernah hadapi masa berurusan dengan Shopee...Tapi k.fiezz banyak sangat dapat dm/pm/whatsapp dari korang tanya pasal Shopee, kadang ada yang kak fiezz boleh jawab kalau masalah sama macam k.fiezz pernah kena dulu..Kadang ada yang tak boleh nak jawab sebab masalah lain..Jadi lebih baik korang hubungi pihak Shopee terus..Customer Service dia okey je seingat k.fiezz..Respon dorang pun cepat...

You Might Also Like

2 Comment