Sabtu minggu ni ada wedding 2 orang adik sepupu k.fiezz belah abah..2 orang ni adik beradik..Si kakak dah nikah lama masa tengah PKP dulu & adik baru nak nikah minggu ni. Kakaknya dah ada anak seorang pun. Cuma baru nak buat majlis sekali dengan adik ni sebab kakaknya nikah dulu tak ada buat majlis resepsi disebabkan PKP..

Ni dah kebetulan adiknya nak kahwin, jadi ayah sedara k.fiezz ni buat majlis sekali untuk 2 orang anak dia..

Memandangkan k.fiezz & mr hubby tak dapat nak balik kampung untuk hadir majlis ni, jadi sis belikan hadiah untuk dua-dua beradik ni..

HADIAH UNTUK KAKAK BELI KAT SOGO

Hadiah untuk si kakak, sis beli kat SOGO..Jenuh cari hadiah yang sesuai sebab kakak dah nikah lama & lepas kahwin tak duduk asing..Duduk sekali dengan mak ayah sebab mak dia a.k.a mak sedara k.fiezz yang jaga cucu...Risau sekarang macam-macam kes jadi mak dia offer nak jaga cucu sendiri..Jadinya adik sepupu k.fiezz ni duduk dengan family..Aihhh hadiah apa pula yang sesuai nak bagi ni sebab nak bagi perkakas dapur, sah-sah lah dia pakai apa yang ada kat dapur mak dia je..

Kebetulan minggu lepas k.fiezz ke SOGO, ternampak ada offer cadar tilam/set comforter so sis rasa macam sesuai bagi cadar tilam kat kakak...

cadar tilam

Pilihan sis memang jenis abstrak macam ni..haha..Harapnya kakak & suami dia suka lah hadiah tak seberapa ni...

Hadiah untuk kakak ni, sis dah siap-siap balut guna wrapping paper + kad ucapan. Terselit sekali kad untuk adik juga. K.fiezz cakap kat mak nanti tampalkan je kad tu pada hadiah si adik...

HADIAH UNTUK ADIK BELI KAT TIK TOK


Untuk si adik pula, k.fiezz cari kat Tik Tok sajooo..Terus hantar kat mak k.fiezz. Cuma kena balut je hadiah dengan kertas wrapping...

K.fiezz bagi periuk Labu ni sebab nampak cantik..Sis berkenan..haha...Duk lalu lalang kat fyp k.fiezz, itu yang berkenan nak beli periuk labu ni untuk bagi hadiah kat pengantin. Praktikal sangat untuk kegunaan pasangan pengantin lepas dah kahwin nanti. 
periuk labu

Sis memang suka bagi hadiah yang praktikal & berguna untuk pengantin. Tak suka bagi hadiah cliche gelas lah cawan lah..Confirm yang tu ramai orang bagi, nanti dah banyak sangat penyudahnya tak berpakai..Ni berdasarkan pengalaman sendiri..haha..So sis lagi suka bagi benda yang rasanya tak ramai orang akan bagi macam ni..Mesti pengantin akan guna bila dah masuk rumah baru nanti..Jadi lebih praktikal bagi hadiah yang jarang-jarang orang nak bagi jenis macamni...

Bulan Februari yang lepas k.fiezz bagi hadiah kahwin kat member pejabat, periuk elektrik serbaguna. Member tu cakap praktikal sangat, dia dah rasmi guna..Dia suka..Hah tu yang sis suka dengar hadiah k.fiezz bagi berguna pada penerima...

Pssttt - Suka bagi hadiah yang praktikal & berguna pada orang lain...Bukan hadiah sekadar jadi perhiasan...

4 Comments

  1. betul..kalau membe yang rapat sikit...dan ada bajet...kita tanya dia, apa lagi yang tak cukup..nak bagi hadiah kawen nie...

    ReplyDelete
  2. Murah rezeki anak- anak buah Fiez...bagus la bagi keperluan yang boleh guna...

    ReplyDelete
  3. bagus pilihan hadiah fiez.. 650 thread count tu confirm selesa cadar. periuk comel gile

    ReplyDelete
  4. Setujuuuu, sayapun sering bagi hadiah yg berguna lah. Jangan sampai yg banyaak diberi orang. Malah terkadang kalo dah Deket hubungan saya tanya langsung nak apa 😄. Jadi tak mubazir kan.

    Saya sukaaaaa Periuk labunya kak. Cantiiiiik sangat. Warna pun kinclong , oranye 😍😍😍👍. Semangat nak masak hahahahha

    ReplyDelete