AFB Feeds

LifeStyle

Daun Sup Ke Ni?

10:00

Dilema kak fiezz tiap kali nak buat sup..Gi ke kedai nak beli daun sup...
Pilih daun bawang..okey,pass..daun sup..elok ada daun ketumbar plak satu deret tu..dah confuse yang mana satu daun sup..Pilih punya pilih,ikut gerak hati..Main amik je..Duk bau, macam sama je dua2..Kat kaunter nak bayar, 'kak/dik..ni daun sup yeak?'..haha..boleh?kadang salah..Pi tukar balik...hahah...aduh failed nak bezakan dua daun ni..lantak la beli banyak kali pun..tetap tak ingat..haha..Maklum la dulu masa zaman anak dara rajin bebenor nak tlg mak masak..Udah x baper kenal sangat...Moral of the story anak2 dara, nak kawen, sila rajin tlg mak dari sekarang, yea..hehe


Kak Fiezz buat sup, kadang tak buh pun daun ni...Beli tapi lupa nak letak, boleh?Dah siap2 potong, letak dalam peties..Konon masa hidang baru nak buh..Sekali dah abis makan, baru teringat..haha..Selalu macam tu...

Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H

08:30

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog www.fiezasani.xyz..Terima kasih selalu datang menyinggah & tinggalkan jejak..Sempena kedatangan Aidilfitri yang mulia ni, Kak Fiezz menyusun jari 10 andai ada tulisan & perkataan yang Kak Fiezz taip di sini buat korang terasa atau terguris perasaan..Kak Fiezz insan biasa yang kadang menaip dengan emo..kadang menaip dengan akal fikiran yang waras..Kalau menaip dengan emo tu, perkataan yang tertaip disini ditaip dengan penuh emosi & tanpa fikir perasaan orang..Kalau menaip dengan akal fikiran yang waras, perkataan lebih sopan dan berhemah..Maafkan kak fiezz andai masa menaip waktu emo tu, ada yang buatkan korang terasa & terguris perasaan dengan perkataan-perkataan yang digunakan..10 jari kak fiezz susun mohon maaf dengan keterlanjuran jari yang menaip..hehe...Kak Fiezz hanya la insan biasa..Apapun kak fiezz nak ucap terima kasih sebab selalu menyinggah di sini dan pada yang sudi tinggalkan jejak, insya'allah waktu kelapangan kak fiezz akan balas kunjungan korang..

Yang sudi berkunjung ke sini time raya ni, thank you..Tinggalkan jejak yeak, nanti kak fiezz balas kunjungan korang..okey, dah pi sambung makan ketupat, lemang, kuih-muih..eh!!makan tu makan juga tapi jangan sampai over benor..tahu la sebulan puasa..balas dendam pulak di hari raya yang mulia ni..bersederhana dari segala segi termasuk makanan.. ;)

Hari Raya Hari Untuk Kita Bergembira :D..


Raya

Biarkan Mereka Bertanya Soalan Cepumas Itu...

14:16

Amboi tajuk entry kemain..Macam tajuk novel, gitu..haha..Kisahnya kak fiezz nak share antara top enty di blog kak fiezz, time2 nak raya ni..SOALAN FEVERET DI HARI RAYA..Kat facebook, macam2 video keluar pasal soalan2 sensitif ni di hari raya..Haih..macam2 versi jawapan yang keluar kalau tengok video klip tu semua..tapikan secara realitinya, kita akan jawab ke camtu..jawapan standard 'rezeki jodoh..rezeki anak..semua kuasa Allah'..Rata2 ramai tahu pasal tu tapi tetap bila jumpa setahun sekali time raya, soalan2 cepumas ni la yang jadi favourite pertanyaan,kan..Kadang kita yang kena tanya ni, pening nak jawab..kalau kak fiezz yang sopan santun dan baik budi pekerti ni tak tahu nak bagi jawapan yang macamana..tambah2 yang lepas2 kak fiezz, dah berderet..kak fiezz nak cakap satu 'jangan compare please'..masalah setiap orang tak sama..rezeki pun lain-lain..tapi payahnya lahai deme2 ni nak faham yea tak...tu yang bila kena tanya soalan2 cepumas macam ni time2 raya, dah tak tahu nak jawab apa..kak fiezz redha je..raya tahun ni pun sama, kalau ditanya soalan yang sama, jawapan pun tak fikir lagi nak bagi jawapan apa..ternampak ada sorang blogger tweet 'kalau makcik2 duk tanya, kenapa tak ada **** lagi?', nak jawab gini je 'insyaallah..raya tahun depan ada la kot makcik..tolong doakan, yeak'..hehe..eh..tetiba datang idea..nak jawab cenggitu jugak la...Deme sedap menanya..kita yang pening nak jawab..kang jawab kurang ajar, tak hormat orang tua pulak..serba salah dibuatnya..kesian dengan kitaorang yang asyik kena tanya soalan2 cepumas ni, tau..Kak fiezz ni tahap redha, sampai dah bagi hint kat mr hubby, kot2 nak pasang sorang lagi..eh!!haha..Sampai gitu la..Kalau nak mendaftar kat JKM, boleh je tapi memang kena masuk dalam waiting list..Kak Fiezz pernah joint satu group kat FB ..Dalam group tu ramai yg cari **** & kebanyakannya yang ditawarkan adalah **** yang tak sah taraf..Ramai jugak member dalam group tu..Yelah ramai yang berminat nak ambil tapi kos yang diletakkan agak tinggi..kos tu kos untuk bersalin & pampasan pada maknya..Dah rasa macam penjualan **** pulak..Ada sekali, member group post mencari bakal parents pada **** yang bakal lahir masa tu tapi harga yang diletakkan RM6k..Dalam hati kak fiezz terdetik, mula la jadi tak ikhlas pulak,kan "eh..dah la terlanjur..lepas tu orang nak bela kira dah alhamdulillah dari dibuang kat dalam longkang/semak/kotak/depan masjid dan lain-lain tempat lagi la yang suka hati dorang nak buang"..Ramai yang berminat tapi kos yang ditawarkan tinggi...Kak fiezz dah keluar pun dari group tu..tapi semua pun rezeki dari Allah..Yang mana berkemampuan, tak ada masalah dengan kos yang ditawarkan & boleh la terus niat mencari **** di group tu..Dulu kak fiezz pernah dah nak ambil sorang tapi bukan dalam group ni, dari seseorang tapi tue la dah nama bukan rezeki lagi..tu yang kak fiezz tahap redha, bagi hint kat mr hubby macam tu...yelah, mr hubby mesti nak bin/binti dia kan..so kak fiezz tak nak la pentingkan diri sendiri...tapi ada syarat la kan kalau nak jadi 'honey' ai..mr hubby kena fair..gitu..agak2 mr hubby boleh ke penuhi syarat tu..haha..dapat plak 'honey' ai yang nak conquer sorang2, nak cakap satu je 'kita share, hokay'...eh!!tahap redha sangat tulis camni..haha..entah tak tahu la..tulis je..point dia pening dengan soalan2 cepumas time raya ni..nak cerita apa rawatan yang kita buat, apa supplement atau ubat yang kita makan, memang tak la dorang faham..jadi nak tak nak bila di tanya soalan cepumas macam ni, kita jawab je la..Anggap gini je la, jumpa sekali-sekala time raya tu deme2 ni nak beramah mesra dengan kita..Tapi tak tau topik apa yang nak disembangkan..kebetulan kita ada kelemahan part itu, itu la modal deme..Kita layan je la..Positif sudah..Emo, sentap..memang la terutama kita yang perempuan ni tapi apa nak buat, ujian buat kita dari Allah..Ada la tu hikmah yg Allah KIV untuk kita...


Lagipun tiap kali raya, dah lali dengan soalan cepumas ni..so, no big deal, kan..Nanti kak fieZ cuba tips yg kak fiezz penah baca kat fb..apa tips dia?adalah..kang bocor lak rahsia kak fiezz..haha

Okey, korang..Tue je luahan hati kak fiezz..Esok nak raya..Selamat Hari Raya... 😘

Raya

Persiapan Baju Raya..Tema Hijau Tapi Tak Sama..

08:30

Setel baju raya..Tema tahun ni hijau..Baju kak Fiezz memang dah tempah awal2..Mr hubby punya tak tempah..Ingat nak beli siap je tapiii agak mencabar sebab saiz (sorry..sayang)..hehe..Weekend baru ni, kak fiezz & mr hubby berjalan ke Times Square, cari baju raya kak fiezz...Sebab dah beli baju mr hubby kat Kompleks Campbell..Kat situ banyak baju2 size besar tapi bukan baju melayu..Pilih mr hubby punya baju ala-ala kurta gitu...Tak ada warna hijau, jadi ambil warna hitam..So nak tukar la baju raya kak fiezz macam mr hubby..Tue yang pi Times Square, cari mix & match gitu..Mencari baju peplum benornya tapi tak jumpa sebab haritu kak fiezz pernah up status kat fb nak cari baju peplum murah..Ada yang beritahu kat Times Square...Tak jumpa kedai yang jual baju2 peplum..Uwaaa..Banyak baju2 biasa je..Penyudahnya kak fiezz amik je 1 blouse & 1 skirt..Blouse tu okey la tapi macam tak menepati sangat citarasa kak fiezz..Bila match dengan skirt yang kak fiezz beli tu, adeh..Macam something wrong je..hehe..Tak tahu la, rasa macam nak cari baju lain..Tengok la kalau ada yang berkenan kat mata kalau ternampak kat mana-mana nanti..Blouse yang kak fiezz dah ambil tu, kak fiezz match dengan skirt duyong yang memang kak fiezz ada koleksi kat rumah..Baru rasa okey sikit dah match kan dengan skirt duyong kak fiezz tu.Skirt yang asalnya nak match dengan blouse tu, kak fiezz buat pakai ke pejabat la nanti...Pengajarannya di sini, lain kali kena buat atau cari baju raya mr hubby dulu..huhu..Semalam kat tempat kerja, teringat mr hubby ada sepasang baju melayu warna hijau..Cuma warna dia lagi pekat sikit..Balik rumah, tanya mr hubby muat lagi ke baju tu..Mr hubby cakap 'muat'..Terus basuh baju tu..hehe..Tue la baju raya mr hubby untuk OOTD hari raya pertama nanti..hehe..Baju kak fiezz hijau cair, mr hubby hijau pekat sikit..Boleh la tu..Janji hijau..Ku lihat hijauuu..haha..Baju kak fiezz yang dah siap tempah tu, peplum kot..Lawaaa okey..hehe..Mula haritu tempah nak pakai gi keja..Tapi memandangkan siap lambat..Dekat2 nak puasa haritu baru siap..Kak Fiezz buat baju raya je la...Dah rasmi pakai time raya nanti, baru belasah buat baju kerja..Gitchuuu...

www.fiezasani.xyz

Tu dia dalam pening mix & match, berderet baju raya kak fiezz..Kak Fiezz  4 pasang, mr hubby 2 pasang..hehe..Untuk hari raya pertama yang warna hijau tu..Macamana rupa baju hijau kak fiezz tu, nanti update..

Update - Kak Fiezz dah berjaya cari blouse nak match dengan skirt yang beli kat Times Square tu..Beli di pasar tani ofis kak fiezz je..yeay!!Baru rasa blouse tu menepati citarasa kak fiezz..hehe...

LifeStyle

Tertipu Dengan Banner Promosi Di Kedai Tinted XXX

08:30


Korang nak tanya?kalau nampak banner macam atas ni, apa yang korang faham?Kalau pada kak fiezz dengan harga tertera, dapat la waranti seperti dinyatakan..tapiii bukan benornya..haih..kejadian berlaku di *******, kak fiezz & mr hubby pergi ke kedai XXX ni nak buat tinted kat kereta kak fiezz..Eh!!kak fiezz ada kereta..hehe..Tu entry lain, yeak...Berbalik pada topik tinted ni, Mr hubby ternampak iklan pasal promosi raya atas ni kat MUDAH.COM..Ada la kitaorang nak buat kat kereta mr hubby sebab harga MURAH kan tapi masa pi kedai ni kereta berderet...kena tunggu 3-4 jam...Maklum la nak raya, kan..murah pulak tu..ramai la orang..Jadi tukar buat tinted kereta mr hubby kat tempat lain..Kitaorang ke satu kedai bersebelahan dengan IOI Mall..nama kedai dia YYY (nanti kak fiezz kongsi kat entry lain)..Caj buat kat sini dalam RM318 je..waranti 7 tahun & jpj waranti..siap tempat yang buat kereta mr hubby ni bagi kad waranti pun cantik, masuk dalam sampul surat lagi..dan kalau kena saman ke apa, dia beritahu bawa waranti kad ke situ atau mana2 cawangan, dorang akan setelkan..Kenapa kak fiezz detail pasal ni?sat gi kak fiezz kongsi kenapa?okey berbalik pada kedai yang buat tinted kereta kak fiezz ni, kitaorang sampai seawal 10.30pg lebih kurang..Kena tunggu giliran sebab dah ada kereta lain sampai dulu..Sampai2 tu, kitaorang terus la tunggu ikut giliran..Selepas 2 jam, mr hubby pi tanya dengan tokey dia, masa ni belum sampai giliran kereta kak fiezz lagi..Saja mr hubby nak bersembang dengan tokey dia..Bohsan menunggu lama benor..tokey dia ladies boss..Kak Fiezz tunggu dalam bilik kat situ...Bila Mr hubby masuk balik dalam bilik tu & bagitahu yang harga dari RM149 bertukar jadi RM350..Kak fiezz terkejut..eh!!kenapa pulak kan?Rupanya yang RM149 tu tak dapat waranti 7 tahun & waranti JPJ..Kak fiezz cakap kat mr hubby, kalau macam tu baik buat kat kedai yang buat tinted kereta mr hubby..Baru RM318 je...Hasilnya pulak setakat ni, terbaik & tinted masih dalam keadaan elok..tak ada bubble2..Yang kedai kak fiezz buat ni, malas nak cakap..Lepas je keluar dari kedai dia, tinted kat belah driver & penumpang belah depan nampak bubble2..Pada kak fiezz tak berbaloi dengan tunggu LAMA & harga yang dia caj...Kalau nak banding kualiti tinted antara kedai kak fiezz buat & mr hubby punya, better kat kedai tinted yang mr hubby buat...Kedai tinted yang mr hubby buat tinted tu tak payah nak tunggu2 giliran bagai..Untuk kak fiezz kedai XXX yang buat tinted kereta kak fiezz ni menipu...Dah la letak banner kat luar kedai dia macam kat atas ni?tak ke menipu namanya..Tokey dia beritahu ada setengah pelanggan nak harga murah & tak kisah tak ada waranti..okey, faham..tapi jangan la tulis kat banner luar kedai dia macam tu..pelanggan tertipu..antaranya mr hubby & kak fiezz la..Kenapa kitaorang proceed  buat jugak walaupun dah tahu macam tertipu sebab kitaorang dah tunggu 2 JAM!!Moral of the story, kalau ternampak banner macam ni kat mana2 kedai pun, sila la tanya terus dengan tokey dia betul ke tidak apa yang diaorang promote tu..Nasib baik mr hubby ambil jugak tinted RM350 tu sebab nak waranti..Agak2 kalau pilih RM149 tu, ada bubble2 macam keta kak fiezz kena sekarang ni, tak ke kena caj extra pulak...Dah la waranti dia, cetak dalam sekeping kertas je..tak ada kad2 pun macam mr hubby punya...haih...

advertorial

Sambut Perayaan Ramadhan Ini Dengan Penebusan GrabJuice

08:30

SAMBUT PERAYAAN RAMADHAN INI DENGAN PENEBUSAN #GRABJUICE

Tiada tempat letak kereta, beratur panjang untuk membeli barang dan ramai pengguna jalan raya menuju ke pusat membeli-belah yang sama pada bulan Ramadhan. Ia adalah senario yang tidaklah lagi asing pada setiap musim perayaan apabila terdapat tawaran khas dan jualan untuk dinikmati, akan tetapi jaganlah dikalahkan olehnya sebelum anda keluar rumah anda.

Menangani masalah transit dengan perjalanan pintar, dengan mengambil Grab sebaliknya dan menerima ganjaran untuk kegunaan anda. Ramadhan ini, kami di di Works Juice melalui kerjasama Grab, menawarkan #GrabJuice, tawaran eksklusif penebusan Juice untuk pelanggan-pelanggan Grab yang menuju ke mana-mana pusat membeli belah yang mempunyai cawangan Juice Works, di seluruh negara. Beli 1 Percuma 1 promosi Junior eksklusif berjalan dari 19-25 Jun 2017 dan sah di semua 29 cawangan Juice Works di Malaysia, termasuk cawangan Juice Works outlet yang terbaru di Starling Mall.



Minuman yang sihat dan menyegarkan ini adalah minuman yang sesuai untuk pembeli belah yang penat dan umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan ini. Tubuh manusia terdiri daripada 60% air dan kehilangan walaupun 1.5% daripada H2O yang boleh menyebabkan dehidrasi yang ringan, mood hilang, kehilangan tenaga dan fungsi-fungsi kognitif, ini adalah mengapa ia adalah penting untuk meningkatkan pengambilan cecair selepas aktiviti fizikal atau kekurangan pengambilan cecair untuk tempoh yang lama.

Menurut kajian oleh University of Connecticut, pengambilan separuh pinggan setiap hidangan sehari dengan buah-buahan segar membantu untuk memberikan tambahan dua cawan air setiap hari. Jus buah-buahan menggabungkan kedua-dua cecair dan semua kebaikan buah-buahan, jadi apa yang boleh menjadi lebih baik untuk menghilangkan dahaga anda selepas satu hari puasa atau hari yang memenatkan?



Menebus minuman anda untuk kebaikan buah-buahan adalah semudah 1,2,3.

Berikut adalah cara-cara untuk menebusnya:

1) Ambil Grab kepada mana-mana pusat membeli yang mempunyai cawangan Juice Works
2) Menunjukkan sejarah tempahan Grab anda di kaunter Juice Works untuk membuktikan bahawa anda menaiki Grab pada hari itu
3) Nikmati tawaran eksklusif anda dari Works Juice (Beli 1 Percuma 1 Junior - Mana-mana pilihan)
Ya, ia adalah semudah ini. Ambillah Grab dan dapatkan #GrabJuice anda hari ini!

MENGENAI JUICE WORKS Malaysia


Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Untuk maklumat dan imej, sila hubungi
Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6010 295 4802
e-mel chan@greatworksmarketing.com

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.