Haritu kak fiezz attend baca world ni di PWTC bersempena dengan pameran buku..Selain ada pameran buku-buku memacam jenis buku ada..novel, buku sekolah, kamus, kitab..aih..nasib k.fiezz tak baper nak kaki novel sangat..rasanya kalau kaki novel, mau sangkut shopping novel kat situ haritu..haha..Kak fiezz concentrate ke situ untuk attend satu sesi talk dengan Datuk Yasmin Mahmood, CEO MDEC mengenai satu program yang dilaksanakan oleh pihak MDEC.

Program ni mengenai Digital Ninjas..Kak fiezz mula-mula ingat program apa la ni..Ingatkan ada sekumpulan anak muda berjaya buat aplikasi ke apa,kan..blur jap..Tapi bila Datuk dah mula sesi talk dia & dia terangkan dengan lebih detail baru la tahu program ni pasal apa?

Kehidupan Sekarang Di Kelilingi Teknologi?

Zaman kita sekarang ni semua berkaitan teknologi,kan..sana sini teknologi..handphone tu memang melekat macam kat gam kat tangan..sambil tengok tv, tunggu bas, dalam kelas (pun curi-curi tengok handphone), dalam toilet..Di ringkaskan, orang sekarang memang tak lepas la dengan handphone..Teknologi dalam kehidupan kita sekarang dah macam makanan..Wajib gitu..Nak shopping pun skrg tak payah  nak susah-susah keluar..di mana-mana janji ada smartphone/PC, dah boleh shopping dengan senang hati...Nak bayar bil, secara online saja..Semua di hujung jari la kiranya...

Nak cari apa-apa maklumat, google saja..Macam-macam jawapan ada..cari la yang mana paling tepat dengan persoalan kita tu...

Melalui teknologi ni jugak, ada yang membuat kerja sebagai freelance je dari rumah..Tawaran kerja kosong ni kebanyakan datang dari majikan di luar negara..Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk di website MDEC. so korang kalau jenis yang malas nak kerja office hour 8-5, nak jadi freelance..Boleh dapatkan info di MDEC. 

www.fiezasani.xyz

DIGITAL NINJAS

Atas faktor teknologi ni, Digital Ninjas ni diwujudkan untuk melatih anak-anak kita yang masih muda remaja untuk terlibat dalam pembangunan teknologi ni..Bukan setakat cuma jadi pengguna tapi membuatnya juga..Kebiasaan kem untuk digital ninjas ni dianjurkan pada cuti sekolah (kalau tak silap k.fiezz)..Apa yg menariknya program ni, bukan sahaja anak-anak ni dilatih dalam bidang teknologi, didedahkan dengan masalah berkaitan teknologi di syarikat besar, dorang juga di latih untuk bertutur dalam english walaupun broken english..

Haritu ada 3 orang dari Digital Ninjas ni yang datang untuk bercerita mengenai pengalaman dorang dalam program ni..Dorang bercerita dalam bahasa inggeris, hokay..fluent ko...

Ni video perkongsian dari 3 orang Digital Ninjas..Dorang terlibat dengan syarikat Digi utk menyelesaikan masalah..Sila tengok video untuk maklumat lanjut...




Okey, dah tengok kan..Kak fiezz bukan expert nak cerita pasal program ni..Kalau korang yang berminat nak hantar anak-anak korang ke kem ni, boleh cuba hubungi pihak yang berkenaan..

INFO RUJUKAN

Datuk Yasmin IG - @yasmin.mahmood 

MDEC IG@mymdec

2 Comments

  1. Mcm best ni , nnt nak godek2 lebih lanjut lg pasal program ni...

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. sorry lah ye rabia tak dapat join :( so busy dengan kelas

    ReplyDelete