Jom Rasa Cendol di Mr Cendol Lumut
Pekena Cendol Di Mr Cendol Lumut
Lepas aktiviti berkelah di Teluk Batik haritu, kitaorang singgah ke Mr Cendol yang terletak di pekan Lumut ni..Kita pekena cendol pulak...Masa kat tepi pantai, kita dah tan2 kulit kat tengah2 panas..haha..Ni kita sejukkan diri jap..Kak fiezz ikutkan kurang sikit ais2 ni..tapi cheat day la sat haritu..hehe..
Jom intai cendol kat Mr Cendol ni..
Cawangan Mr Cendol
Kalau tengok pada dinding dalam kedai Mr Cendol kat Lumut ni, Mr Cendol ni ada banyak cawangan dan antaranya Caltex Ayer Tawar, Marina Island Pangkor, Giant Taiping, Giant Manjung dan beberapa lagi cawangan lain di sekitar Perak..Korang boleh rujuk gambar kat bawah ni...Cawangan Mr Cendol, Lumut
Yang kitaorang terjah ni cawangan Mr Cendol di Lumut..Terletak di Pekan Lumut & lokasi dia betul-betul di tengah pekan..Parking banyak tepi-tepi jalan ni tapi sentiasa penuh..Jadi kalau terjah ke sini waktu cuti sekolah mungkin susah sikit nak dapat parking..Kalau ada pun kena jalan sikit..Ala, demi cendol..apa salah exercise sikit..hehe..Jom intai cendol kat Mr Cendol ni..
Wajib la posing depan kedai kan..
Kak fiezz with my love - abah & mak...
Cendol Aiskrim..Kak fiezz punya la ni..
Kat sini cendol yang dihidangkan cuma diletak santan & aksesorinya sahaja..ABC pun sama, dihidangkan ABC bersama aksesori-aksesorinya sahaja..Gula mmg tersedia atas meja..Buh la nak manis mana..Kak fiezz memang kureng sikit manis-manis ni..setakat ada rasa-rasa manis sikit tu dah okey..Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman...
Sedap atau tidak, terpulang pada citarasa masing-masing..Pada kak fiezz yang tak ngengada sangat ni part makan..okey rasa cendol kat mr cendol Lumut ni...
ABC Spesial..
Adik ipar kak fiezz dengan cendol nya...
bff mak mertua kak fiezz..
Kitaorang lepas pekena cendol di Mr Cendol...
So korang kalau cuti-cuti ke sini, boleh la terjah kat Mr Cendol ni..Harga, untuk kak fiezz okey je..affordable & mampu di bayar...Total makan untuk semua ni RM47.70...
9 Comments
Wahhh...menarik.. Kalau bercuti ke sana nanti boleh lah terjah ni.
ReplyDeleteuiiiii...godaan ni kak, nak pi cari jugak lah hehe
ReplyDeletekenapakah cendol ini berada di lumut
ReplyDeletehaihhh sodap aihh tengok
sedapnya cendol
ReplyDeleteaduiii. hehe. cendol makan time panas2 tu. lega rasa tekak ni..
ReplyDeleteHuwaaa.. sedapnya cendol..
ReplyDeleteAndai cendol tu berada di KL..
ReplyDeletemak oiii, puas hati la dpt makan cendol cenggini segelas penuh... sedap. dah la kita ni hantu cendol juga.
ReplyDeleteSedapnya!! Nasib baik baru lepas demam hehe
ReplyDelete