Total Pageviews

Terjah Ke Teluk Batik dan Teluk Senangin, Lumut

23:06

Berkelah di Teluk Batik, Lumut

Sambung entry cuti-cuti kak fiezz & family ke Lumut baru-baru ni..Entry sebelum, kat SINI..Kalau ke Lumut ni, wajib la berkelah di tepi pantai dia..Paling glamour & selalu dikunjungi orang ramai kalau ke Lumut ni haruslah Teluk Batik..Tapi staff kat hotel kitaorang menginap tu beritahu, orang lagi suka ke Teluk Senangin di Lumut ni juga cuma jauh sikit..Teluk batik air dia macam dah tak berapa jernih & agak kotor sikit sebab tengah ada pembinaan apa entah kat laut situ..Lupa pulak kak fiezz nak tangkap gambar..

Masa adik-adik & anak2 buah kak fiezz seronok mandi-manda kat laut, tetiba dorang naik..Ingatkan keletihan ke apa..Rupanya adik ipar kak fiezz ternampak ada booby trap a.k.a 'najis' kat area dorang mandi..ewwww..Tue dorang naik dulu ke pantai..Lepak, makan sat..Dah lama sikit baru dorang pi sambung mandi..Bagi booby trap tu di bawak air kat belah lain pulak..haha..adeh..apa nak buat..

Jom intai sikit aktiviti kitaorang haritu di pantai..

www.fiezasani.xyz
kak fiezz besa la bermekap berkelah di pantai..Memang tak la, nak mandi..duk selfie je la kejanya...

www.fiezasani.xyz
Lepak-lepak santai namanya ni..Yang berdiri tu mak kak fiezz..tak tau la napa mak kak fiezz posing gitu..

www.fiezasani.xyz
Mak su & anak-anak buah membuat istana pasir..

www.fiezasani.xyz
Ni geng yang mandi di laut...

www.fiezasani.xyz
Kak fiezz..selfie..hehe

www.fiezasani.xyz
Ni geng tak mandi & lepak di tepi pantai je sambil cuci mata tengok pemandangan laut..

www.fiezasani.xyz
Yang mana tak mandi, kena jadi tukang masak la..salah sorangnya kak fiezz ler...

www.fiezasani.xyz
Bff mak mertua kak fiezz..Masak sardin..Layan weii makan sardin dengan nasi sambil lepak tepi laut ni...


Berkelah di Teluk Senangin, Lumut


Gambar-gambar bawah ni di Teluk Senangin, Lumut..Kalau nak ke sini, agak jauh sikit..Kitaorang singgah ke sini masa hari nak balik ke rumah..Dah habis cuti-cuti di tepi pantai...Masa kitaorang ke sini, hari kerja di Perak..Memang tak ramai orang..Yang menarik kat sini, tepi pantai dia ada pondok-pondok yang boleh di sewa mengikut jam..Macam pondok kak fiezz sewa ni, berharga RM10/1 jam..Okey la kan..Kitaorang ambil 2 jam je..Kalau korang ke sini & nak sewa pondok-pondok ni, boleh call nombor yang ada tertera kat setiap pondok..

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Aktiviti kak fiezz..Selfie...Maklum la handphone baru..duk snap gambar guna teknik bokeh je la kejanya.. hehe

BANYAK MONYET

Untuk kak fiezz, best juga berkelah kat sini masa hari bekerja..tak ramai orang..hehe.cuma kat sini banyak monyet..Dorang mencari makanan weiii..Kata budak perempuan yang jaga pondok kitaorang sewa ni, monyet-monyet ni kalau ada lelaki dorang takut..Kalau perempuan, dorang tak heran..Masa kak fiezz & family berkelah ni , ada satu group perempuan bentang tikar kat tepi pantai..Makanan budak-budak ni, monyet kacau..Cuba nak ambil..

Jadi kalau ke sini, sila berhati-hati dengan monyet-monyet sini...Family kak fiezz haritu pun hampir jadi mangsa juga sebab kitaorang masak makanan lebih yang tak habis masa berkelah kat Teluk Batik sehari sebelum tu..Mungkin aroma masakan kitaorang menarik perhatian monyet2 situ untuk attack kitaorang..Cuma nasib makanan kitaorang tak banyak..Habis je makan, terus kemas-kemas barang & buang plastik semua..Nak elakkan jadi tumpuan kat monyet situ..

Lepas makan, yang mana mandi turun ke laut sambung mandi..kitaorang duk kat situ sampai pukul 1 lebih..Cuma masa kitaorang ke sini, kesian yang mana mandi laut..Nak bilas dengan air bersih, air tak ada..Hat budak dua orang tu, mandikan dengan air mineral botol je..Yg dewasa, tahan le melekit badan sampai balik rumah..hehe

Overall berkelah di tepi pantai ni santai & menarik..Release tension kata omputih...

You Might Also Like

4 Comment

  1. Wah bestnya picnic Dan BBQ bagai

    ReplyDelete
  2. wah bestnya picnic tu...lama dah tak picnic ni

    ReplyDelete
  3. rindunya rasa nak p teluk batik.. dulu time study p dgn kwn2..

    ReplyDelete
  4. seronok piknik ramai ramai ... mandi laut ke tak ni FS?

    ReplyDelete