JAPAN TRIP 2017 : ITINERARY JEPUN

11:29

Nak sambung entry cuti-cuti kak fiezz ke Jepun..Entry Jepun, kak fiezz baru opening story pasal hotel je >> Hotel Shirobara Inn Asakusa. hihi..sorry..bz benor kak fiezz..Moh, sambung lagi entry cuti-cuti ke Tokyo, Jepun kak fiezz & family..Entry ni kak fiezz nak share itinerary pulak..Mana tahu ada yang plan nak ke Tokyo, Jepun..Kot tengah cari itinerary, boleh jadikan ni sebagai guideline untuk buat itinerary korang sendiri..Itinerary bawah ni adik ipar kak fiezz yang sediakan..Mr hubby minta adik ipar yang buat sebab dia dah pernah sampai ke Jepun ni..Jadi dia tahu selok belok di Jepun, tempat kat sana dan pengangkutan..Kitaorang haritu mmg depends pada dia & sorang lagi adik sepupu mr hubby yang joint gak group cuti-cuti kitaorang ni..Cuti-cuti kitaorang ke Jepun ni tak ada guna travel agent yea, korang..Tue sebab kitaorang buat itinerary sendiri je..Cuma ada satu hari je kitaorang ikut pakej..Beli pakej tu di Matta Fair..Selain dari tu, semua sendiri-sendiri je..Kat bawah tu, ada calculation anggaran tambang & note yang adik kak fiezz kongsikan juga untuk guide kitaorang masa cuti-cuti di Tokyo, Jepun...

Okey, next entry kak fiezz share lebih detail sikit apa antara aktiviti kitaorang di Tokyo, Jepun..
www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
www.fiezasani.xyz
www.fiezasani.xyz
www.fiezasani.xyz
www.fiezasani.xyz

**Nilai yen tu korang boleh convert pada nilai semasa. 

Untuk memudahkan kitaorang masa cuti-cuti di Tokyo, Jepun ni, adik ipar kak fiezz dah maklumkan pengangkutan utama kitaorang masa cuti-cuti ni adalah gunakan tren..Jadi sebaik sampai di Airport, sebelum nak naik tren kitaorang terus beli kad PASMO (macam kad T&G la konsepnya)..Sesiap beli & top up terus..Total beli kad + top up = 11,000 yen..Korang jangan risau, kalau tak habis guna ke apa..Nanti masa nak balik di Airport, kita boleh return kad tu & dapatkan baki kad yang tidak digunakan..Macam haritu kak fiezz dapat baki 4000 yen lebih kurang..Bagi kanak-kanak, kad dorang ada nama so tak boleh nak return..Orang dewasa punya kad pun kalau nak letak nama boleh tapi tak boleh refund je..Kad tu kira simpan la as kenangan ataupun kalau plan nak repeat Jepun next time, boleh guna kad tu..Jangan hilangkan dah la..hehe


www.fiezasani.xyz

Ni la rupa kad PASMO tu..

Keistimewaan guna kad ni, boleh beli air di vending machine..hehe..Tak payah susah nak cari coin..Kad Pasmo kak fiezz ni ada la beberapa kali beli air kat mesin tu..haha..peghak jap..gitu la..

Okey, jumlah yang top up tu kak fiezz based pada anggaran itinerary yang adik ipar kak fiezz bagi kat atas ni..tapi camna ada balance pulak kan kalau ikut itinerary tu patutnya habis la kan, kalau ada balance pun patutnya tinggal sikit je..haha..Gini, dalam itinerary tu ada tempat yang kak fiezz & mr hubby tak joint..sebab mr hubby dari hari pertama sampai Jepun, kaki dia dah sakit..Jadi pergi ke tempat-tempat yang larat je..Macam ada trip ke mountain tour tu, tak dapat joint la kisahnya..Selain tu ada la jugak 1-2 tempat yang kitaorang tak pergi jugak..Just nak remind bercuti ke Jepun bersamaan dengan exercise tau..Jadi get ready to turun naik tren..Bagi kak fiezz masa cuti ke sini, agak memenatkan jugak sebab turun naik tren..haha..but overall it's fun holiday..Nak explore negara orang jadi kita redah je walaupun  penat..Orang kata jauh berjalan, luas pandangan..
Sambung next entry...

You Might Also Like

4 Comment

  1. good info ni fiza untuk mereka yang ada plan nak ke Jepun

    ReplyDelete
  2. tq for sharing . mana tahu ada rezeki rabia dan sekeluarga pergi japan

    ReplyDelete
  3. Good sharing. manalah tahu ada rezeki pergi Jepun pulak

    ReplyDelete