Sesi Jaga Kulit Muka Dengan Tomato..Jimat

09:50

Haritu kawan ofis kak fiezz share 1 petua ni..guna tomato & gula..fungsi untuk mengecilkan liang roma muka..Selain dari tu, tomato ni banyak khasiat dia antaranya mengurangkan masalah jerawat, merawat penyakit kulit..Kebetulan lepas tu kak fiezz ternampak pulak petua yang sama, ada orang share kat FB..wahhh..kemain excited la kak fiezz nak try..Jadi baru2 ni pi ke pasaraya, kak fiezz nak beli bahan untuk buat sup..lepas tu mr hubby suruh letak tomato sekali..tengok tomato terus teringat petua yang kak fiezz dapat dari member ofis ni..laju je amik 3 biji tomato..2 biji buh dalam sup..sebiji lagi buh kat muka kak fiezz..haha...cara dia..

1) Letak sebiji tomato dalam peti ais kat tempat sejuk beku tu. Belah dua..Ambil sebelah sahaja..Guna la sebelah waktu pagi, sebelah waktu malam sebelum tidur..
2)  Lepas dah keluarkan tomato yang dah beku tadi dari peti ais. Taburkan dengan gula.
3) Boleh mula gosok tomato yang dah ditabur dengan gula tadi ke seluruh muka..Terpulang la nak buat laju2 ke, perlahan ke..Ikut tahap ketahanan muka masing-masing..Kak Fiezz buat perlahan2 je sebab sejuk bebenor pun...nak cantik, tahan je la..eh!!rupa tu tak ada la cantik pun cuma nak jaga kulit gitu..hehe...
4) Gosok tomato kat muka & biarkan seketika..Dah kering, bilas dengan air..dan lap dengan kain..

Mesti korang tertanya kenapa kena letak dalam peti ais tomato ni sebelum di guna.. Elemen sejuk boleh menyejukkan kulit yang kasar, astrigen untuk menghapuskan minyak berlebihan serta mengandungi vitamin A dan C untuk cerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Selamat Mencuba..

Hasil..Kak fiezz baru sekali buat, tak nampak lagi hasilnya..Lagipun guna bahan original, hasilnya lambat..Cuma kena rajin dan selalu amalkan...

www.fiezasani.xyz

You Might Also Like

10 Comment

  1. Oh! tips jaga muka guna tomato cara yang ini 1st time baru tahu.
    Selalu potong tomato nipis-nipis tepek then susun kat muka.

    ReplyDelete
  2. Tq kak fiezz share info. Selalu miza telan mentah jew

    ReplyDelete
  3. Sekarang tak payah pakai tomato dah..daisy face bar kan ada..

    ReplyDelete
  4. nice sharing...ida suka blender je..jadi kiub ais dan simpan beku

    ReplyDelete
  5. sedaplah sejuk2 kena kat muka...lepas ni nak try

    ReplyDelete
  6. wahhh boleh try nti ni! hehehe

    ReplyDelete
  7. Tomato mmg bagus utk kulit Kan. Makan pun bagus gak

    ReplyDelete
  8. guna bahan semulajadi ni kena extra rajin jugak kan..mcm anak sy pun rajin bebenor guna tomato dan yg pasti no chemicals..dh nak cantik kannn

    ReplyDelete