WEBSITE PRINTCIOUS

Korang..Meh kak fiezz nak kongsi website yang korang boleh beli hadiah birthday & do it yourself kat hadiah tu..a.k.a nak design mengikut citarasa hati korang..kak fiezz dah beberapa kali tulis pasal website ni dan kak fiezz dah cuba sendiri design hadiah kat sini..Hasilnya sangat BEST, kak fiezz puas hati dan harga berpatutan..Cuma kak fiezz tak la kreatif macam korang..Kak fiezz tahu tepek gambar je kat hadiah2 tu..nak creative terlebih, tangan tak berseni walaupun guna pc je..hehe..Kalau korang pembaca setia blog kak fiezz, mungkin pernah terbaca review kak fiezz sebelum ni pasal website PRINTCIOUS ni..Jadi kak fiezz kongsi lagi sekali sebab kak fiezz rasa website ni harus korang terjah sekiranya korang nak kelainan pada hadiah yang korang nak bagi pada tersayang..Terutamanya hadiah hari lahir...Kak Fiezz faham sangat situasi korang yang sentiasa sibuk..Nak beli hadiah untuk tersayang pun, tak ada masa konsepnya..Di website ni, korang tak perlu keluar pun..Buka je website PRINTCIOUS dan korang boleh pilih hadiah untuk birthday yang ada kat sini..Yang menariknya, PRINTCIOUS selalu menawarkan diskaun..Jadi dah jimat di situ..Tak perlu keluar dari rumah atau pejabat..Tak perlu bayar parking..Nak Isi minyak lagi..banyak dah jimat kat situ..Tu belum lagi part on the way nak ke shopping mall untuk cari hadiah, korang menyinggah kat tempat lain dan tersangkut beli barang lain..tapi bukan hadiah..beli untuk sendiri punya..lepas tu baru pi cari hadiah pulak..haha..Jadi di Printcious ni banyak boleh jimat..Scroll, pilih dan design..Lepas tu tunggu je depan pintu rumah atau pejabat..ada la abang courier yang akan antar hadiah birthday yang korang tempah melalui PRINTCIOUS ni..

PRINTCIOUS

Diwujudkan dari dua perkataan iaitu 'PRINTING' dan 'PRECIOUS' untuk menggambarkan hadiah yang diberi kepada orang tersayang dari hati..gituuu..hehe..Sesuai dengan moto PRINTCIOUS iaitu 'PRECIOUS GIFTS FROM YOUR HEART'..

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH PRINTCIOUS

Menyediakan design tool untuk pelanggan merekacipta hadiah seperti t-shirt, mugs, puzzles,  phone case, cushions serta sambutan istimewa seperti ulangtahun perkahwinan, hari lahir mahupun corporate event..

DESIGN HADIAH HARI LAHIR DI PRINTCIOUS


eh..tadi awal entry kak fiezz cakap beli hadiah birthday kan..Meh kak fiezz nak tutorial sikit cara design hadiah birthday untuk orang tersayang di website PRINTCIOUS ni..perlu ke nak design bagai ni..Kalau korang tak ada idea untuk beli hadiah sempena birthday yang tersayang tambah pulak setiap tahun beli hadiah yang ready made kat shopping mall,bosan jugak..kadang nak juga hadiah yang unik sikit kan..Jadi boleh cuba kelainan di website ni..Kelainan dari segi apa?Apa lagi, boleh Do It YourSelf kat hadiah-hadiah birthday ni..Letak gambar..Nak tulis2 word sendiri kat hadiah tu..Terpulang la pada korang..Design your gift with your own creativity..tu word kak fiezz...

www.fiezasani.xyz
Homepage PRINTCIOUS..

www.fiezasani.xyz

Pilihan item birthday yang ada di PRINTCIOUS untuk hadiah yang tersayang..Sila la pilih ikut citarasa masing-masing..


www.fiezasani.xyz

Kak Fiezz memilih Ceramic Tiles


printcious review

Selepas memilih item yang kak fiezz nak tadi, terus klik customised it..dan korang akan ke page atas ini..

www.fiezasani.xyz

Masukkan gambar pilihan..Dah siap..Cuma klik Done..

www.fiezasani.xyz



Tadaaa..ni la rupa ceramic tiles kak fiezz..Boleh add  bingkai untuk letak gambar...

www.fiezasani.xyz

SIAP...Selepas tu, boleh terus buat pembayaran..atau kalau nak sambung shopping hadiah lain pulak, cuma klik continue shopping...

Mudahkan dengan PRINTCIOUS..Lepas ni tak pening nak cari hadiah birthday untuk yang tersayang..Depan pc pun boleh beli hadiah birthday untuk orang yang tersayang...Jadi korang, tak tahu nak beli hadiah apa..Jom ke Printcious...Gerenti puas hati, uollls...Orang tersayang pun suka..

4 Comments