AFB Feeds



Jarang Dapat Hadir Ke Event..Tapi Sesekali Dapat Hadir Wajib Up Entry...

09:00


Aku ni jarang dapat hadir ke event sebab komitmen kerja..Kebanyakan event hari bekerja jadi ai is #redho je tak boleh nak hadir..Walaupun minat aku pada blogging ni sangat tinggi tapi kerja hakiki aku sekarang ni tak boleh buat sambil lewa je..Perlu diutamakan juga dari segala segi..punca pendapatan ni, weiii..Jadi aku dalam kategori blogger yang jarang dapat hadir ke event..Kadang cemburu tengok blogger yang boleh buat fulltime..Boleh hadir event & tak terikat pada komitmen tugas di pejabat..Rezeki masing2, yea dak...Rezeki aku fulltime kerja & part time blogging..Alhamdulillah...Rezeki tak pernah salah alamat...


Memandangkan aku seorang blogger yang susah nak beri komitmen untuk hadir ke event jadi bila sesekali dapat hadir ke event harus la nak kongsi dengan korang..Event ni aku hadir masa bulan Ogos tahun lepas..Weiii, lama benor..Apa ke baru sekarang nak up entry?Entry ni aku dah siap draft benornya...Penat tau ahkak taip..Dah la jenis jarang pi event..Dapat attend event ni, perap dalam draft je..Tak kira..nak up jugak..Tujuan aku attend event ni untuk diperkenalkan dengan Nescafe Barista Machine ni..Yang entry ni, dah lama aku tulis kat sini..Dah publish pun..Korang boleh jenguk kat SINI, k...

Entry ni semasa event untuk perkenalkan Nescafe Barista Machine...

Jom tengok gambar2 semasa majlis berlangsung..
 
InvolveAsia x Nescafe Event! 
 Venue : Lorem Ipsum Art Jam 
Date: 19/8/2016 
Time: 6pm - 9pm


Para blogger/social media influencer khusyuk dengar taklimat dari wakil Nestle/Nescafe

Dah nama blogger, jadi situasi ini adalah biasa..Kalau jenis rendang macam aku ni, kena pandai la menyelit2 ambil gambar..

Sesi taklimat dari wakil Nescafe

Demonstrasi cara penggunaan Nescafe Barista Machine dari wakil Nescafe

Ahkak kan rendang gitu jadi memang cari posisi berdiri di depan untuk tengok demonstrasi..


Pemalu tuan blog ni sebenarnya..hehe..anti social..bukan anti tapi tak berapa mahir nak bergaul..Lagi pula kita blogger picisan je..Nak bergaul dengan well known blogger yang hadir masa event ni, rasa kurang yakin...

Hasil demonstrasi dengan mesin baru dari Nescafe..Sedap..aku try Latte haritu..eh..tetiba minat Latte pulak ke?

Cari tuan blog..Terselit di situ...


Semua yang hadir, dapat cenderahati dari pihak Nestle/Nescafe..tQ organizer :D

Nescafe Barista Machine 

Sejak ada mesin ni kat rumah, mr hubby yang selalu request latte dia..Aku tukang buat je...

You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. jarang2 dapat attend event, nor..komitmen kerja kat pejabat..nak mintak cuti selalu, kang bos jeling pulak..hehe

      Delete
  2. Mak aihh best ny dapat ! =D
    smoga terus sukses dlm blogging & keja hakiki, insyallah =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best dapat attend event tapi saya ni pemalu..haha...tak pe la jarang dapat ke event..dapat buat review sikit2 sambil buat kerja hakiki pun dah syukur...

      Delete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.