AFB Feeds

Give Away

Rezeki November...Alhamdulillah..

08:27

Rezeki November 2016..Menang GA weiii..hah la..Eksaited terlebih sikit sebab aku ni pesen jarang menang apa2 peraduan ke, pertandingan ke walaupun lucky draw..

Haritu aku joint GA Giveaway Azlinda Alin x Jam Tangan Lisa Surihani Lisa Fghend..Hadiah dia untuk aku best..Jam ala2 gelang gitu..Very limited edition...Haritu nampak blogger yang top2 dapat jam ni..Ai is kelip2 mata je tengok..Kita tak top jadik mmg tak terpilih le kan..Tak pe la..Kalau rezeki tak ke mana..ahaks..Kebetulan blogger Linda buat Giveaway yang aku beritahu kat atas ni..Aku saja joint je..Tak de nak aim menang ke apa sebab dah tau pesen susah nak menang..Saja joint untuk memeriahkan GA blogger Linda..Selain dari war-warkan pada blogger yang minat untuk joint...

Baru ni dalam pukul 2 pagi camtu terjaga sebab nak shi shi..Baring balik, nak sambung tido mmg susah sikit sebab dah terjaga..Ambil handphone..buka fb..scroll punya scroll ternampak Linda update entry pemenang GA dia..okey, masa buka link tu tak menaruh harapan pun..saja nak tengok sapa yang menang..Baca entry tu, tengok kat bawah ada 3 senarai link pemenang..Salah satu nya aku punya..OMG...seriusly..unsangkarable betul ni..Tinggalkan komen kat entry Linda tu..Pagi ni sampai ofis, check balik betul ke tak link pemenang tu..Kot la mamai ke kan..Confirm, aku punya...Yeayyy...
Alhamdulillah..Rezeki November 2016

Okey, tue je nak cerita..haha..Nanti hadiah dah sampai aku update lain yea...

review

4 Aroma Dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne Mempunyai Keunikan Tersendiri

09:21

Perfume sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita..cewah..penting ke?eh!!penting la korang..Pernah tak kawan ke, sedara-mara korang yang ada masalah bau badan..Bila berselisih dengan kita, meninggalkan bau yang kurang enak gitu..Nak beritahu terus-terang, takut terasa tapiii kena jugak cakap..Macamtu jugak kalau kita sendiri ada masalah bau badan..Kita yakin tak, nak berdepan dengan orang ramai terutama kalau kita keluar bekerja & perlu berjumpa atau berurusan dengan orang luar...Kalau aku, serius tak selesa..Nak angkat tangan pun risau je..takut cik keti ada memberi aroma yang kurang enak..Nak tak nak kepit je cik keti sepanjang hari..Percaya la sebab aku pernah alaminya sebelum ini..Selain mengatasi masalah tu dengan deodorant, perfume juga turut membantu..

Semua orang ada masalah bau badan cuma antara serius atau tahap sederhana je..Salah satu cara untuk mengatasi bau yang kurang enak ni adalah semburan dari minyak wangi..Fungsinya bukan setakat memberi haruman yang kekal segar sepanjang hari tetapi dalam masa yang sama memberi keyakinan pada diri kita sendiri.. 

Ada orang suka beli minyak wangi yang mahal..ada yang murah je..Tak kisah la part tu..Terpulang pada citarasa dan poket memasing..Kalau aku, tak kisah janji ada bau wangi kat badan..

Entry kali ni aku nak kongsi dengan korang, koleksi terbaru dari Syahirah iaitu 
Syahirah Vitalis Eau De Cologne..Aku ada 2 haruman dari koleksi Syahirah yang terbaru ni...


Untuk setiap haruman dalam koleksi Syahirah Vitalis Eau De Cologne, mempunyai keunikan tersendiri & membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada si pemakai, terpesona sekaligus mencipta memori manis mengenai si pemakai terutama buat wanita yang masih bujang. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan setiap wanita memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.


Jom tengok iklan Syahirah ni sebelum cerita lebih lanjut..


Koleksi dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne


Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri si pemakai seperti esen sitrus memberi kesegaran dan kecergasan agar si pemakai sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri si pemakai. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali si pemakai. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan ke arah kejayaan dan hubungan sesama individu menerusi kuasa harumannya.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan si pemakai mampu untuk serlahkan pesonamu, raih bintangmu. Koleksi wangian terbaru ini terdiri dari empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan si pemakai menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan si pemakai mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter si pemakai sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman si pemakai sebagai seorang bintang kepada dunia..



Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri si pemakai..

Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan si pemakai tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja si pemakai melangkah dalam kehidupan seharian

Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Jadi dengan 4 koleksi menawan dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne boleh menjadikan ‘posyen ajaib’ ni WAJIB di bawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan masing-masing.Malah, ia juga membolehkan si pemakai menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu menunggu untuk acara-acara istimewa.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

Aku dah ada 2 koleksi dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne..Korang?

Yang mana aku suka?Dua2 pun wangi..dua pun aku suka... ;)


LifeStyle

Gegar Vaganza...Minggu KeTujuh (Separuh Akhir)

11:11

Yeayy..Siti Sarrah melangkah ke final Gegar Vaganza 2016..Walaupun untuk persembahan pertama Sarah duet dengan Misha Omar macam kureng power..Sarah dapat cover untuk persembahan kedua..You did it..Betul macam tok ram cakap lagu Sarah nyanyi untuk persembahan kedua tu, memang kena dengan dia...Hidup la Sarah dapat lagu untuk persembahan kedua tu...

Seperti biasa, video klip persembahan Sarah..Ahkak kan #teamsitisarah..jadi tiap kali update pasal GV ni, memang wajib ada video klip Sarah...



Lagu duet dengan Misha Omar untuk persembahan pertama 
LAGU : BUNGA-BUNGA CINTA


Lagu solo untuk persembahan kedua
LAGU : DI BAWAH POHON ASMARA

Juri jemputan - Puan Sri Tiara Jacquelina
Kelab Peminat Paling Menyerlah -  GMie Screen
Peserta Tersingkir - Nora
Ada Lagu Ada Lagi Untuk Minggu ke-8 (4 Disember 2016 - FINAL)

Jihan & Nabil : Polaroid (Sakura Band)

Azharina
Lagu 1 - Mama Aku Ingin Pulang (Nike Ardilla)
Lagu 2 - Izinkanlah (Nike Ardilla)

Zarul 
Lagu 1 - Gerhana (Kembara)
Lagu 2 - Dendangkanlah Laguku (Carefree)

Siti Sarah 
Lagu 1 - I Will Always Love You 
Lagu 2 - Matahariku (Agnes Monica)

Intan Sarafina
Lagu 1 - Sedetik Lebih (Anuar Zain)
Lagu 2 - Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)

Ameng Spring
Lagu 1 - Bougainvillea (Spring)
Lagu 2 - Romantis (Spring)

GMie Screen
Lagu 1 - Bila Bulan Berwarna Biru (Arab & Aidid)
Lagu 2 - Salam Terakhir (Sudirman)

review

Ruam Bayi Powder..Penawar Untuk Penyakit Kulit...

07:30

Pernah dengar tak pasal Ruam Bayi Powder ni?ala, hat dalam gambar kat bawah ni..Tak pernah?ehh..korang ni..saja je tau..Okey, tak pe tak pe..Sebab tak tau la aku nak kenalkan korang dengan produk ni..Mana tahu ada yang mencari info dan rawatan berkaitan penyakit kulit..Meh baca sikit info pasal Ruam Bayi Powder ni...


FUNGSI  
Merawat segala masalah atau penyakit kulit macam psoriasis , ekzema, panau, kayap, kurap, chicken pox, kudis buta, ruam bayi, jerawat dan lain-lain..

Walaupun nama produk ni Ruam Bayi Powder tapi ia sesuai digunakan dari bayi sehingga dewasa..Jadi jangan risau yeak kalau kita yang dewasa terpakai..Tak de masalah..Sangat2 digalakkan untuk guna terutama yang ada masalah berkaitan kulit macam aku nyatakan kat atas ni..

Ruam Bayi Powder ni bebas bahan kimia jadi tidak merbahaya jika termakan kerana menggunakan 💯%tanah liat berkualiti tinggi & air galian yg selamat..

Dibuat secara homemade warisan semulajadi turun temurun serta pembuatan bedak sejuk tanah liat yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana selamat digunakan dari bayi hingga dewasa... 
Label original Ruam Bayi Powder & masih digunakan sehingga sekarang. Tak pernah tukar label baru ke, tulisan baru ke, nama baru ke..Nope..So, berhati2 yea kalau nak dapatkan produk ni..Untuk pastikan korang dapatkan yang original, kat bawah nanti ada website & pages sebagai rujukan..

Bekas dia cute..Kandungannya 100% dari tanah liat + campuran air galian...
Sunnah Nabi S.A.W. kerana ia salah satu cara Nabi S.A.W mengubati penyakit kulit iaitu  mengamalkan perubatan tradisional dengan menggunakan tanah dan air...

Cara guna
Sapu di bahagian kulit yg sakit bila-bila masa terutama mlm sebelum tidur.

Kandungan yg PEKAT sehingga boleh di tambah air berkali-kali, jika air dlm bekas da habis, campur dgn air yg boleh diminum @ bertapis, yg tbaik air zam2. JGN air paip sbb ada klorin yg tak elok utk kulit


Jika keracunan makanan, gout & gastrik, ambil secubit, bancuh dlm setengah gelas dgn air kosong biasa,lepas tu minum
Tindak Balas
Tindak balas adalah berbeza mengikut jenis penyakit & individu
Sesetengah individu dlm minggu pertama akan rasa kulit mengering & kegatalan, ini disebabkan air gatal & kuman dlm lapisan kulit mengalami kekeringan, jika boleh tahan teruskn, jika tak tahan , sapukan sedikit minyak zaitun @ minyak kelapa dara bagi mengurangkan kekeringan. JGN campur dgn mana2 krim yg ada chemical @ steroid.
 insyaallah penggunaan yang berterusan penyakit kulit akan sembuh. Bagi yg sakit sikit2, seawal seminggu da ada perubahan, bg yg teruk hampir seluruh bdn, utk mendapat kesan yg lebih baik guna bterusan hingga sebulan ke atas.
Info tambahan
 Perkongsian dari pengalaman testimoni-testimoni, penjagaan pemakanan juga penting, Jgn makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit seperti kulit ayam, seafood, kekacang & makanan-makanan ringan. Perbanyakan minum air kosong untuk mengelakkan kekeringan.
Insyaallah kita mampu ikhtiar, yang menyembuhkan hanya Allah. Ruam bayi powder ni hanya penyebab...

Kat bawah ni antara testimoni-testimoni yang pernah menggunakan Ruam Bayi Powder ni..Alhamdulillah, banyak feedback positif..Tapi apapun kena konsisten dalam amalkan apa2 produk..Biar konsisten dahulu 2-3 bulan..Sebab kadang ada produk ni beri kesan lambat sikit bergantung pada penerimaan badan masing-masing..Biar produk yang kita guna tu mesra dengan kita dahulu..Baru la nampak kesan macam yang kita nak...



Testimoni ekzema..alhamdulillah, nampak dah semakin baik dengan penggunaan ruam bayi powder ni..

So kalau korang ada anak2 yang menghidap ekzema atau menghidap penyakit kulit yang lain, cuba la Ruam Bayi Powder sebagai cara alternatif selain dari berubat secara moden di hospital..Insyaallah, kita cuma usaha dari dibiarkan ia melarat...Setiap penyakit ada ubatnya, yang penting kita kena berusaha...

Korang..Lupa pulak nak nasihat ni..pastikan produk RUAM BAYI POWDER yang korang beli nanti , original okey..original!!Ditekankan di situ..Banyak sangat produk tiruan sekarang..orang mengaut keuntungan dengan cara mudah..Jadi pastikan korang beli yang original..Kat mana nak dapatkan yang original, tengok kat bawah ni ~

Website :
RuamBayi 
Bedak Ruam Bayi Ori
  
PAGES FB ~ Ruam Bayi 

HQ  En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) 
 Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)  

review

I Love Wireless Speaker LogiTech

08:30

Testing..testing...Ingat tak entry sebelum ni, yang aku dapat Kotak Ajaib dari Lazada tu..Tak ingat?Ala, napa tak ingat..Meh2 klik SINI okey..ahkak kan baik...

Kat bawah ni salah satu barang yang ada dalam kotak ajaib Lazada tu..

Masa hari yang dapat tu, sampai je rumah..Mr hubby terus test..

Amboi, kemain kuat volume dia..tak padan dengan kecik..Sapa yang suka menda alah ni, wajib cuba wireless speaker ni..terutama kalau duk kat rumah sensorang..bosan tengok tv, nak pasang radio malas sebab kang DJ lagi banyak bercakap dari lagu..So, sambung speaker ni dengan handphone korang, dengar le lagu2 ikut pilihan sendiri...best kot..kuat...Kalau dengar lagu rancak, dah macam kat disko rasanya..eh!! astaghfirullah hal 'azim..contoh je tau aku bagi tu..nak war2kan kat korang, kuat tak kuat volume dia ni...Lagi elok pasang time nak tido terutama yang duk umah sorang2, boleh la dengar ayat2 al-quran dengan speaker ni..untuk elak dari gangguan yang tidak sepatutnya..

Ni aku rekod dengan handphone aku..jadi kualiti gambar kurang memuaskan..eh!!yang penting nak dengar volume dia, kan..

 

Nak Jugak speaker yang best ni, korang boleh dapatkan dengan harga PROMOSI di 



advertorial

Kenapa Aku Suka Cuti

08:30

Kenapa?Sila baca tajuk?

Aku suka cuti sebab bagi aku masa cuti adalah masa untuk rileks dari kesibukan kerja di pejabat..Cuti bagi aku tak kira samaada di rumah ataupun kita pergi bercuti keluar dari rumah..Contoh tempat peranginan, keluar negara..Yang penting masa cuti adalah masa untuk bersama keluarga..haha..cewah, motip sangat walaupun masing2 sibuk berkepit dengan handphone..Aku le tu?tak kisah le berkepit dengan handphone ke apa, yang penting CUTI..haha..tapi aku sekarang cuba untuk belajar2 kalau time bercuti, tak nak berkepit sangat dengan handphone..Biar istilah cuti tu digunakan dengan sepenuhnya..Apa guna pi bercuti tapi handphone tak lekang di tangan?Nak le menghayati suasana tempat kita bercuti tu, kan..Boleh la nak guna handphone tu tapi waktu nak ambil gambar je..Nak post kat sosial media ke apa, tunggu dah malam2 time rehat kat bilik hotel baru post..gitchuuu..Tengah cuba tapi dah lama tak pi bercuti ni..Rinduuu wooi..Bila nak pi bercuti ni?eh!!ada..tahun depan..tue nanti2 la story yeak...

Korang pulak bila last pi bercuti?Ni dah start cuti sekolah..Tak de plan ke???Untuk yang berkemampuan, bawak la family pi bercuti..Rehat kan minda & badan sekejap dari kesibukan bekerja..Bawak anak-anak bercuti lepas setahun bertungkus lumus belajar...Boleh juga di jadikan reward untuk yang berjaya dalam peperiksaan..Nak kata rasuah ke tu..haha..Nak kategori sebagai rasuah macam tak sesuai pulak kan..Jadi consider sebagai penghargaan pada dorang sebab belajar bersungguh-sungguh & semangat untuk dorang usaha jadi lebih bagus dari yang sebelumnya..Di samping tu untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan..Faham je la di zaman sekarang ni, anak-anak dah tak rapat dengan ibu bapa..Dorang lebih rapat dengan kawan-kawan..Dapat kawan yang elok tak pe la..Dapat kawan yang tak baper nak elok..Tu yang jadi macam2 masalah sosial sekarang ni..Jadi dengan bawa dorang bercuti ni, boleh merapatkan hubungan antara anak-anak & ibu bapa..Kalau balik kampung pun okey..Merapatkan hubungan dengan atuk & opah memasing..Biar anak-anak ni lebih hargai keluarga..eh!!tetiba aku rasa macam kaunselor kekeluargaan..haha..

Cuti ni bukan setakat wajib keluar negara atau pi mana-mana..kadang duduk kat rumah je pun, dah best..serius..macam baru ni aku bercuti..tapi tak de gi mana pun..ada je kat rumah..jadi surirumah sepenuh masa time cuti baru ni..bestnyaaa..ahaks!!tetiba nak request mr hubby nak jadik surirumah, boleh..ahaks!!!Duduk kat rumah pun boleh kira bercuti tau..Lagi best kalau ada special occasion macam anniversary atau birthday atau perayaan, contoh terdekat kalau hujung-hujung tahun ni, Krismas..Kalau dengar krismas, semua pun tahu kan..Kalau Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina terkenal dengan pemberian duit raya, angpau..Krismas?cer teka?eleh, macam orang tak tahu..pang kan, si fieza ni..Krismas wajib bagi hadiah..Haha..Okey, ni pengaruh cerita mat saleh sangat kat tv tu..Masa krismas, dorang bertukar2 hadiah..Seronok tengok...Kat Malaysia pun sama jugak, kan?tak tahu la yea..sebab aku tak pernah tanya pulak kawan yang sambut krismas..
Tapi tak kisah la..Nak ceritanya kat sini, sesapa pun kalau dapat hadiah..sure melompat2..Mau tak suka ko..Dapat hadiah..Ingat senang orang nak bagi..

Nampak tak kepentingan pemberian hadiah..Bukan sebab penting bagi hadiah tapi dengan hadiah mampu buatkan orang yang kita sayang gumbira..contoh macam aku..Birthday tahun ni, dapat hadiah bear besor..Waaa, dah pangkat dewasa cenggini pun dapat hadiah...Mau tak happy...Bagi hadiah jugak sebagai lambang kita ingat tarikh lahir orang yang kita sayang, tarikh ulangtahun perkahwinan & lain-lain..Pemberian hadiah mampu buat orang tersenyum..Dari masam mencuka atau stress dengan kerja, tetiba boyfriend/tunang/suami hantar delivery bunga ataupun hadiah..Hah!!mau tak happy..Tengah serabut2, tetiba dapat hadiah..waaa..terus mood kerja datang kembali..semangat habiskan kerja sebab nak jumpa boyfriend/tunang/suami..kalau dah halal, boleh cium2..belum halal, cakap 'terima kasih, sayang'..haha..

Kat mana nak cari hadiah?sibuk?eh!!tak habis2 alasan sibuk kan..Nak buat macamana, di zaman yang serba mencabar ni, kerja adalah priority utama..Kalau sibuk, nak beli hadiah kat mana?ooo..come on baby..zaman internet kot..google & lepas tu main klik2 je..malas nak google..eh..dasar sangat korang kan..Meh2 aku bagi cadangan kat mana boleh beli hadiah untuk orang yang tersayang..Kat sini memacam ada, uolls..rambang biji mata nak pilih..lagi best, boleh design hadiah2 yang kita dah pilih tu ikut citarasa masing-masing..nak letak gambar boleh, nak gabung nama dengan bf, tunang atau suami boleh..suka hati la..


Klik je pada gambar..zupp, terus rambang mata pilihan hadiah yang ada untuk LELAKI


Ni pun sama, klik je pada gambar..Lepas tu sila rambang mata nak pilih hadiah untuk PEREMPUAN


Nak selit gak, gambar2 percutian aku, family aku & family mertua masa awal tahun ni...Tempat percutian yang berbeza..Dengan family aku, kitaorang bercuti di The Kabin, Selangor..Dengan family mertua, kitaorang nun ke Selatan (Melaka, Johor & USS)...



My birthday present untuk tahun ni..Umor?hmmm..krik krik..haha


Tengok gambar2 ni macam rindu nak bercuti lagiii...Next year, trip kitaorang lagi best..tak sabor...
Ada 3 percutian tahun depan yang kitaorang dah plan..2 dengan family aku..1 dengan family mertua..

LifeStyle

Jangan Canang Masalah Pada Orang Luar

08:30

Wewittt..nak tanya korang pernah tak di bahan kawan atau sedara-mara bila berborak..suka tak kena jadik bahan? Aku..x suka..sebab aku jenis cepat terasa..kalau sekali sekala, okey lagi..kalau dah selalu, asyik topik yang sama je..aku memang menyampah...lagi menyampah bila ko kongsi masalah ko kat kawan..ingatkan paham..rupanyaaa..hmm..mampu hmmm je la...ni situasi yang aku alami...tahu x bila ko asik di bahan, tu boleh menyebabkan moral ko down..rasa x yakin nak berdepan dengan orang...sebab aku dibahan atas faktor fizikal..Aku ada alasan aku sendiri jadi tak perlu dipersoalkan kenapa & mengapa?Aku dah pernah cerita sekali, jadi jangan asyik tanya soalan yang sama untuk bahan aku?

Tetiba rindu dengan tempat lama..masa kat situ dulu, member2 jenis x de pun nk komen aku..buat hal sendiri je..oo..lagipun masa kat situ aku pesen lone ranger..sampai orang ingat aku tak de kawan..aku!!biaq pi ler..janji x de orang kacau aku...bila aku dalam situasi sekarang, rasa nak jadik pesen dulu balik..buat apa ada kawan tapi asyik nak bahan aku yang menyebabkan moral aku down...macam aku teruk sgt sbb fizikal aku...dulu kawan tanya kenapa?aku pun laju cerita kat kawan kenapa & mengapa, dengan harapan orang paham masalah aku..tapiii nan adooo...x paham rupanya..hmmm..penat cerita...huhu!!!Mungkin kawan2 yang komen pasal aku tu cuma bagi pendapat tapi aku muak asyik cakap topik yang sama...tak de modal ke?aku pun tak pernah bahan orang..walaupun salah sorang kawan yang asyik komen pasal diri aku tu, dia pun ada isu kat ofis..mungkin dia tak perasan sebab dia rasa dia sempurna..tapi orang sekeliling perasan..tapiii aku tak pernah gunakan isu dia tu untuk bahan dia balik..walau difikir2 balik, boleh je aku nak buat macamtu...tapi aku ni jenis jaga hati orang kot..

Setiap orang ada cerita berbeza jadik jangan samakan situasi kita..aku masalah part ni..mungkin sekarang kawan aku yang asyik komen pasal aku tu bahagia dengan kehidupan dia yang lengkap sekarang..tapi jangan la terlalu yakin, akan sentiasa di atas...pandang2 la kat bawah sikit...mana tahu akan datang dia  pulak yang berada di bawah...Aku tak mendoakan cuma sekadar beri peringatan...

Aku dah tekad, malas nak rapat dengan orang yang bagi aku aura negatif...sorry, kawan..aku malas nak cerita apa2 pasal diri aku pada sesapa pun..kalau aku nak luah sekalipun, aku cerita pada mr hubby je...kawan sekatil..sebantal & pencuri hati aku ;)
Aku tak sombong cuma aku serik nak kawan rapat dengan orang yang asyik jadikan modal cerita aku untuk bahan aku...Aku nak elak berkawan rapat dengan kawan yang bagi aura negatif...

Moral of the story & reminder to myself, jangan terbuka bercerita pasal masalah diri kita pada orang lain..Mungkin masa kita bercerita tu, dia jadi pendengar setia..tapi satu hari nanti, dengan cerita kita tu, dia jadikan modal untuk bahan kita atau kutuk kita...Mana kita nak tau,kan...So, aku kena beringat..lepas ni jangan cerita pasal diri sendiri atau masalah pada orang lain..Lebih baik berkongsi dengan suami atau keluarga sendiri...Orang luar buat2 faham tapi hakikatnya atau realitinya dorang cuma berpura-pura untuk faham masalah kita...Aku tak minta dorang faham cuma respek aku..Ni cara aku..Jangan diungkit, diulang perkara yang sama..Aku muak, weiii..Cara terbaik, aku menjarakkan sikit diri aku untuk rapat dengan sesapa..Bila kita dah terlalu rapat, kita akan jadi terlalu terbuka untuk bercerita masalah peribadi pada orang luar...

LifeStyle

Gegar Vaganza 2016...Minggu KeEnam

10:33

GV semalam dapat tengok sikit je..Masa Ameng buat persembahan, itupun dah nak habis..Sibuknya lahai semalam..Keluar rumah dalam tengahari..Malam baru balik rumah..pffft..Serius letih sangat..Walaupun letih, tetap nak tengok jugak persembahan Siti Sarah ..Apa lagi buka kat youtube je..Nanti kena ulang tengok GV minggu keenam (semalam) kat YouTube..Btw, kat bawah ni video klip Siti Sarah untuk semalam..Tetap sokong #teamsitisarah, hokayyy...Susah hati kalau tengok Siti Sarah dapat no.yang kebelakang..Semalam Sarah di tempat no.2..Yeay!!!


Juri jemputan - Mamat Khalid
RockDut Paling Menyerlah -  Nora
Peserta Tersingkir - Zur Eda
Ada Lagu Ada Lagi Untuk Minggu ke-7 (27 November 2016)
Tema ~ Berdua Lebih Baik

Siti Sarah
Bunga Bunga Cinta Duet Misha Omar 
Dibawah Pohon Asmara (Jacklyn Victor)

G-Mie
Tersingkir (tapi dimasukkan kembali dengan immuniti DSVida)
Berduet ??
Andai Dapat Aku Undur Masa (AXL)

Zarul
Salahkah Duet Marsha Milan 
Hanya Yang Mampu (Aizat)

Nora
Lagu Untukmu Duet Aizat Amdan  
Sandirawa (Nora)

Intan Sarafina
Pulangkan Duet Ezad Lazim 
Siapa Sangka Siapa Menduga (Liza Hanim)

Azharina
Fantasia Bulan Madu Duet Black
I Wanna Dance With Somebody (Whitney Houston)

Ameng
 Kepadamu Kekasih Duet Aris Ariwatan   
Keasingan Dalam Duka (Jay Jay)

Nabil dan JihanItik Gembo Gembo

review

Bila Dapat Kotak Ajaib Dari Lazada!!Lazada Box Of Joy

08:30


Hujung2 tahun ni banyak sales..offline, online..mak aih..rasa terbang duit depan mata..haha..tak beli, nyesal..sebab harga time2 sales ni la orang duk tunggu..jauh lagi murah dari harga biasa..mau tak rambang mata membeli..rasa semua barang nak beli..yang tak penting pun sangkut jugak, acane?haha..kaum lelaki okey lagi kot boleh kontrol napsu shopping tu..kaum wanita macam aku ni, memang bernapsu tengok perkataan 'SALES..DISKAUN..MEGA DEALS'..alergik..alergik tak beli..haha...
Nak tau tak pasai apa aku duk cerita pasal sales sales ni..tak lain tak bukan, Lazada ni ler..menggoda napsu..tergugat iman kalau masuk kat website Lazada ni..Nak masuk senang..nak keluar tu, kan main payah nak klik 'X' kat belah kanan atas tu...Hati nak beli..Duit tak baper nak mandang..Kata orang Perak..Memahami sangat situasi itu, Lazada Online Revolution akan berlangsung selama sebulan..yep, korang tak salah baca..SEBULAN..bermula dari 11.11.2016 - 12.12.2016..Jadi boleh la tunggu dapat gaji bulan ni, pi laju2 terjah kat website Lazada, tau...Konfirm sangkut punya...

Bercerita pasal Lazada ni, alhamdulillah dapat Lazada Box Of Joy..Happy weii..memacam ada dalam box ni..Rasa nak loncat2 masa dapat box ni...Nak tau tak apa barang-barang yang aku dapat..Pi tengok gambar2 kat bawah ni, k...

www.fiezasani.xyz
Antara barang-barang yang ada dalam kotak ajaib lazada ni..ngeee
Rezeki..Orang cakap rezeki jangan ditolak...klik SINI

Beg Lactokid (dalam dia ada Cerelac Nutripuffs, 2 batang pen), Baby Wipes Mamy Poko &
Susu Nestle Full Cream..Klik SINI

Wireless Speaker Logitech, SanDisk (64gb)
Klik SINI...

Maggi TomYam & Tefal..Klik SINI

Loreal Mythic Oil

untuk shopping barang kecantikan, korang boleh terjah kat SINI 


www.fiezasani.xyz

Beg Balik Kampung OLA BOLA..Klik SINI

www.fiezasani.xyz
Nescafe White Coffee (Rasa Pandan)..Klik SINI

Ada antara barang-barang ni, aku dah rasmi..Especially Tefal tu..tak sabar nak try..first time guna..Sonang je lepas ni kalau nak buat sambal ke apa..tak payah nak tumbuk..masuk je dalam tefal tu..Nanti free-free aku up entry pasal guna Tefal tu yeak..

Korang kalau nak shopping di Lazada sempena Mega Deals ni, klik banner kat atas sekali tu atau kat setiap gambar yang ada perkataan klik 'SINI'...

HAPPY SHOPPING :D

http://ho.lazada.com.my/SHJrHc
 Diskaun..Diskaun...ngeee

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.