Perfume sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita..cewah..penting ke?eh!!penting la korang..Pernah tak kawan ke, sedara-mara korang yang ada masalah bau badan..Bila berselisih dengan kita, meninggalkan bau yang kurang enak gitu..Nak beritahu terus-terang, takut terasa tapiii kena jugak cakap..Macamtu jugak kalau kita sendiri ada masalah bau badan..Kita yakin tak, nak berdepan dengan orang ramai terutama kalau kita keluar bekerja & perlu berjumpa atau berurusan dengan orang luar...Kalau aku, serius tak selesa..Nak angkat tangan pun risau je..takut cik keti ada memberi aroma yang kurang enak..Nak tak nak kepit je cik keti sepanjang hari..Percaya la sebab aku pernah alaminya sebelum ini..Selain mengatasi masalah tu dengan deodorant, perfume juga turut membantu..

Semua orang ada masalah bau badan cuma antara serius atau tahap sederhana je..Salah satu cara untuk mengatasi bau yang kurang enak ni adalah semburan dari minyak wangi..Fungsinya bukan setakat memberi haruman yang kekal segar sepanjang hari tetapi dalam masa yang sama memberi keyakinan pada diri kita sendiri.. 

Ada orang suka beli minyak wangi yang mahal..ada yang murah je..Tak kisah la part tu..Terpulang pada citarasa dan poket memasing..Kalau aku, tak kisah janji ada bau wangi kat badan..

Entry kali ni aku nak kongsi dengan korang, koleksi terbaru dari Syahirah iaitu 
Syahirah Vitalis Eau De Cologne..Aku ada 2 haruman dari koleksi Syahirah yang terbaru ni...


Untuk setiap haruman dalam koleksi Syahirah Vitalis Eau De Cologne, mempunyai keunikan tersendiri & membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada si pemakai, terpesona sekaligus mencipta memori manis mengenai si pemakai terutama buat wanita yang masih bujang. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan setiap wanita memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.


Jom tengok iklan Syahirah ni sebelum cerita lebih lanjut..


Koleksi dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne


Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri si pemakai seperti esen sitrus memberi kesegaran dan kecergasan agar si pemakai sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri si pemakai. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali si pemakai. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan ke arah kejayaan dan hubungan sesama individu menerusi kuasa harumannya.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan si pemakai mampu untuk serlahkan pesonamu, raih bintangmu. Koleksi wangian terbaru ini terdiri dari empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan si pemakai menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan si pemakai mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter si pemakai sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman si pemakai sebagai seorang bintang kepada dunia..



Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri si pemakai..

Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan si pemakai tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja si pemakai melangkah dalam kehidupan seharian

Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Jadi dengan 4 koleksi menawan dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne boleh menjadikan ‘posyen ajaib’ ni WAJIB di bawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan masing-masing.Malah, ia juga membolehkan si pemakai menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu menunggu untuk acara-acara istimewa.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

Aku dah ada 2 koleksi dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne..Korang?

Yang mana aku suka?Dua2 pun wangi..dua pun aku suka... ;)


0 Comments