Lelaki dengan kecantikan..macam tak biasa dengar kan..selalu lelaki sangat simple..tak payah cuci muka pun..tapiiiii ada tapiii hokay..sapa kata lelaki tak perlu jaga muka..walaupun tak detail macam kita kaum perempuan ni tapi penjagaan muka adalah sangat penting..tak kira jantina, lelaki ataupun perempuan..

Oleh itu Jenama penjagaan peribadi lelaki No.1 Malaysia, Dashing telah bekerjasama dengan Manchester City Football Club untuk melancarkan rangkaian edisi terhad EDT dan Deodoran Dashing dan Manchester City Football Club..Dashing kini bersiap sedia untuk merevolusikan penjagaan kulit dalam kalangan lelaki Malaysia.

Rangkaian penjagaan muka edisi terhad ini terdiri daripada lima jenis & setiap satu daripadanya dicipta khusus mengatasi masalah kulit yang biasa dihadapi oleh lelaki yang menjalani gaya hidup aktif.



ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!


Berapa Harga??
Pembersih Muka Dashing (100g / RM10.90) & (50g / RM6.90)

Bagi menggandakan keterujaan korang, Dashing juga sedang menjalankan peraduan di seluruh Negara dan akan memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma! Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akademi dan peluang mendekati para pemain pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium dan tidak ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.

Macamana nak joint!!
Korang hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015..Haritu mr hubby pun ada beli produk Dashing & dah joint pun contest ni..hanya sms sahaja ikut arahan yang diberi..Mana la tau bertuah ke kan?hehe..

So guys, tunggu apa lagi..dapatkan produk edisi terhad ini dengan segera..Ladiess, kalau nak belikan untuk pasangan korang pun apa salahnya kannn..sebab lelaki ni selalunya susah sikit part-part penjagaan muka ni..kalau orang tersayang yang belikan, mesti dorang rasa macam kita sebagai pasangan ambil berat pasal dorang..lelaki kan manja gitewww..perlu diberi perhatian..


 Okey, set ni untuk mr hubby ku itu..sayang suami kan..harus la nak tengok suami hensem je all da time..eh..hensem untuk aku la..untuk orang lain, no no..hehe

0 Comments