Penjagaan Khusus Untuk Lelaki
Lelaki
dengan kecantikan..macam tak biasa dengar kan..selalu lelaki sangat simple..tak
payah cuci muka pun..tapiiiii ada tapiii hokay..sapa kata lelaki tak perlu jaga
muka..walaupun tak detail macam kita kaum perempuan ni tapi penjagaan muka
adalah sangat penting..tak kira jantina, lelaki ataupun perempuan..
Oleh itu
Jenama penjagaan peribadi lelaki No.1 Malaysia, Dashing telah bekerjasama
dengan Manchester City Football Club untuk melancarkan rangkaian edisi terhad
EDT dan Deodoran Dashing dan Manchester City Football Club..Dashing kini
bersiap sedia untuk merevolusikan penjagaan kulit dalam kalangan lelaki
Malaysia.
Rangkaian penjagaan muka edisi terhad ini terdiri daripada lima jenis & setiap satu daripadanya dicipta khusus mengatasi masalah kulit yang biasa dihadapi oleh lelaki yang menjalani gaya hidup aktif.
ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water
(air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan
kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba
berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti
David Silva.
OIL CLEAR: Dashing Oil Clear
diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran
& minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan
berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan
tengah, Vincent Kompany.
EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih
dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama
tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan
anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi
perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.
ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih
mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi
istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab
bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus
memberi pembersihan pantas kepada kulit!
WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri?
Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke
dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata.
Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh
dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!
Pembersih Muka Dashing (100g / RM10.90) & (50g
/ RM6.90)
Bagi menggandakan keterujaan korang, Dashing juga
sedang menjalankan peraduan di seluruh Negara dan akan memberi peluang kepada
11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK
secara percuma! Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football
Academy bersama-sama para jurulatih Akademi dan peluang mendekati para pemain
pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium dan tidak ketinggalan tiket VIP bagi
menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan
Manchester United pada 19 Mac 2016.
Macamana nak joint!!
Korang hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing
atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan
berakhir pada 31 Disember 2015..Haritu mr hubby pun ada beli produk Dashing
& dah joint pun contest ni..hanya sms sahaja ikut arahan yang diberi..Mana
la tau bertuah ke kan?hehe..
So guys,
tunggu apa lagi..dapatkan produk edisi terhad ini dengan segera..Ladiess, kalau
nak belikan untuk pasangan korang pun apa salahnya kannn..sebab lelaki ni
selalunya susah sikit part-part penjagaan muka ni..kalau orang tersayang yang
belikan, mesti dorang rasa macam kita sebagai pasangan ambil berat pasal
dorang..lelaki kan manja gitewww..perlu diberi perhatian..
Okey, set ni untuk mr hubby ku itu..sayang suami kan..harus la nak tengok suami hensem je all da time..eh..hensem untuk aku la..untuk orang lain, no no..hehe
0 Comments