Dapur FiezaSani ~ Chicken Chop Homemade
Ni citer minggu lepas..Belajar buat CHICKEN CHOP HOMEMADE..Resipi & cikgu yang mengajar ni, adik ipar aku..
Proses nak menyediakan chicken chop ni agak renyah sikit..Jadi harap bersabar yea untuk sesapa yang berminat nak cuba..tapi hasil tak mengecewakan..mr hubby, 3 / 4 ketul sekali makan..tu maksudnya SEDAP!! ;)
Bahan-Bahan untuk perap ayam ni :
1) Peha ayam (diasingkan dari tulang & ambil isi sahaja)
2) Beberapa biji bawang putih [dikisar]
3) Halia [dikisar]
4) Kicap manis
5) Sos tiram
6) Lada sulah
7) Garam
**Campurkan kesemua bahan di atas dan perap selama beberapa jam..Lagi elok perap semalaman untuk bagi semua bahan-bahan tadi meresap dalam ayam**
Selepas di perap, sediakan bahan-bahan sebelum digoreng..Setiap bahan, letak dalam bekas berasingan seperti gambar di atas..Gigih jadik model tau..heeee
1) Tepung goreng segera + tepung gandum (sedikit)..Kacau2 biar sebati
2) Serbuk Roti
3) Telur (2 biji @ lebih) bergantung pada kuantiti ayam..Pecahkan & kacau biar sebati
Salutkan ayam di dalam setiap bekas seperti gambar di atas..Mulai dari tepung goreng segera + tepung gandum, telur & serbuk roti..
**Telur & Serbuk Roti perlu sentiasa ditambah**
Selepas siap proses diatas, sedia untuk digoreng
Sebelum buat proses di atas ni @ mengikut keselesaan masing-masing, boleh la sediakan kuah dahulu..
Bahan-Bahan untuk kuah : ~
Bawang Holand (dipotong dadu)
Minyak
2 sudu marjerin
1 senduk tepung gandum
Lada sulah
Kicap manis
Sos tiram
Sos lada hitam
Lada hitam (ditumbuk)
1 kiub ayam
Air (1/2 @ 1 jag)
Cara-cara untuk masak kuah :~
1) Panaskan minyak dahulu & kemudian masukkan marjerin..Kacau sehingga larut
2) Masukkan bawang holand yang telah dipotong dadu..Biar sehingga layu @ masak
3) Setelah itu, masukkan pula tepung gandum..Selepas masukkan tepung gandum ni, terus kacau2 sehingga sebati & masukkan air..Lenyekkan bawang separuh hancur
4) Selepas itu masukkan pula kiub ayam, kicap, sos lada hitam, lada hitam, lada sulah, sos tiram...
5) Biar sehingga mendidih & baru la di angkat
Untuk tambahan, boleh letak kentang goreng..
Tadaaaa!!Siap!!
3 Comments
sedapnya chicken chop....buat sendiri lebih puas hati kan?
ReplyDeletesedapnya tu, seronok dan puas hati boleh buat sendiri
ReplyDeleteSedapnya....teringin pula nak mencuba resepi ni....tq yer sudi kongsi....
ReplyDelete