Ni citer minggu lepas..Belajar buat CHICKEN CHOP HOMEMADE..Resipi & cikgu yang mengajar ni, adik ipar aku..

Proses nak menyediakan chicken chop ni agak renyah sikit..Jadi harap bersabar yea untuk sesapa yang berminat nak cuba..tapi hasil tak mengecewakan..mr hubby, 3 / 4 ketul sekali makan..tu maksudnya SEDAP!! ;)


Bahan-Bahan untuk perap ayam ni :

1) Peha ayam (diasingkan dari tulang & ambil isi sahaja)
2) Beberapa biji bawang putih [dikisar]
3) Halia  [dikisar] 
4)  Kicap manis
5) Sos tiram
6) Lada sulah
7) Garam

**Campurkan kesemua bahan di atas dan perap selama beberapa jam..Lagi elok perap semalaman untuk bagi semua bahan-bahan tadi meresap dalam ayam**

Selepas di perap, sediakan bahan-bahan sebelum digoreng..Setiap bahan, letak dalam bekas berasingan seperti gambar di atas..Gigih jadik model tau..heeee

1) Tepung goreng segera + tepung gandum (sedikit)..Kacau2 biar sebati
2) Serbuk Roti
3) Telur (2 biji @ lebih) bergantung pada kuantiti ayam..Pecahkan & kacau biar sebati

Salutkan ayam di dalam setiap bekas seperti gambar di atas..Mulai dari tepung goreng segera + tepung gandum, telur & serbuk roti..

**Telur & Serbuk Roti perlu sentiasa ditambah**
 
 Selepas siap proses diatas, sedia untuk digoreng

Sebelum buat proses di atas ni @ mengikut keselesaan masing-masing, boleh la sediakan kuah dahulu..

Bahan-Bahan untuk kuah : ~

Bawang Holand (dipotong dadu)
Minyak
2 sudu marjerin
1 senduk tepung gandum
Lada sulah
Kicap manis
Sos tiram
Sos lada hitam
Lada hitam (ditumbuk)
1 kiub ayam
Air (1/2 @ 1 jag)

Cara-cara untuk masak kuah :~

1) Panaskan minyak dahulu & kemudian masukkan marjerin..Kacau sehingga larut
2) Masukkan bawang holand yang telah dipotong dadu..Biar sehingga layu @ masak
3) Setelah itu,  masukkan pula tepung gandum..Selepas masukkan tepung gandum ni, terus kacau2 sehingga sebati  & masukkan air..Lenyekkan bawang separuh hancur
4) Selepas itu masukkan pula kiub ayam, kicap, sos lada hitam, lada hitam, lada sulah, sos tiram...
5) Biar sehingga mendidih & baru la di angkat

Untuk tambahan, boleh letak kentang goreng..
 

Tadaaaa!!Siap!!