AFB Feeds

luahan perasaan

Hospital Ipoh

15:23

Bersiaran kat Hospital Ipoh..Tengah teman mr hubby jaga abah dia sakit..at first Dr suspect denggi but tadi masa kakak mr hubby tnya dr sendiri,dr suspect jangkitan kuman..but not confirm yet coz kena amik sample kahak,darah utk test dulu..me..tolong ler apa2 yg patut..so cuti 2hari ni..baru jap ni ada nurse senior dtg so mr hubby tnya condition abah..abah still demam lagi tpi okey sikit compare masa mula2 abah dtg ke hospital..moga abah cepat sihat mcm biasa..

luahan perasaan

http://faridteh87.blogspot.com/

10:03

To owner blog spt.tajuk diatas,header dari segmen Akma dah siap..boleh klik kat link bawah ni..Akma & akak ada try komen kat blog awak tapi tak boleh nak scroll box komen tu smpai bawah,sekerat je keluar..satu lagi bila nak komen,jenuh nak tekan button publish sbb widget awk yg love2 tu..sorry,bukan kritik cuma bagitau je..

http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/05/pemenang-header-part-6.html

segmen

Berjaya

20:59

yeay,berjaya jugak tukar header baru..yes,yes..hasil godek2..tapi dh masuk header,x centre pulak.kena mintak tlg mr hubby..mklum ler org terer i.t..so hasilnye seperti di atas ni la..btw,tq akma..mmg akak suka header ni..sesuwei ngan status TTC akak :)

luahan perasaan

Help,Help..camne nak buang header lama

09:50

ala,dah dapat header baru dari akma tapi tak boleh nak delete pulak header lama kat atas ni..dah try google,jumpa 1 blog yang ajar macamne nak remove header..try buat 2-3 kali,tak boleh delete.sabor je lah.ada tak adik-adik yang tau camne nak buang header..boleh ajar akak yg tak baper nak pandai ni,tak?

segmen

Saya Nak Header By Akma Danira

11:34

Akma,akak nak header jugak..boleh?hehe..

Ciri-ciri header yang akak nak :
 
Tajuk Header : FiezaSani Story
Description (Kata2/ayat)  : http://chintahati81.blogspot.com
Warna :black,red,silver
Saiz : sederhana je..tak mau besaq2 sgt..
Doodle : gambar baby,boleh tak?
 

Give Away

GA Cik Jajika Senang Je

11:10

BW tadi,terjumpa Cik Jajika buat GA ni..so,me harus le jointkan diri..sebenarnya ada entry baru nak tulis about weekend lepas dating ngan Mr Hubby tengok movie tapi gambaq dlm hp..nanti dulu la yea..untuk hari ni,entry joint GA..kat bawah ni,senarai hadiah GA Cik Jajika :-

Set A: Sehelai tudung satin / bawal plain (warna rambang) + topup RM10 
Set B: Sehelai tudung bawal plain (warna rambang) + sehelai tudung satin ( warna rambang)
Set C : Topup RM15
if korang minat nak joint jugak klik banner,yea..as usual..

Rawatan Islam

Amalan 70

16:46

 Info untuk share kat sini..ada ofismate bagi..

Sedikit perkongsian ilmu yang telah diajarkan oleh Penceramah Ustazah Dato' Dr.Fatma Zaharah. Antaranya :-

Jibril A.S. telah berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dan mengajar amalan barang siapa yang menghidapi penyakit seperti kanser, jantung dll. Amalannya diberi nama :-

A. Amalan 70

1.Air Zam-Zam Atau Air Hujan Sahaja
Baca :
1.Al-Fatihah                           - 70 kali
2.Ayatul Kursi                          -70 kali
3.Surah Al-Ikhlas                     -70 kali
4.Surah Al-Falaq                      -70 kali
5.Surah An-Nas                       -70 kali
6.Istighfar                              -70kali
7.Selawat ke atas Nabi S.A.W  - 70 kali

Kemudian tiup kedalam air serta berdoa :- Ya Allah Ya Tuhanku, dengan keberkatan Mu Ya Allah, air ini jadikanlah ubat untuk ku atau siapa-siapa yang dihajati seperti anak/suami/isteri/sahabat.

Minum 1 cawan diwaktu pagi, sebelum makan apa-apa selama 7 hari
Selepas 1 jam baru makan pagi (Sarapan Pagi)

Insya Allah..amalkanlah

B. Banyakkan Bersedekah

Semoga Allah memberkati dan merahmati segala usaha yang dibuat.Insya Allah.

LifeStyle

2 Hengget

14:14

Orang lain pakai cekak mahai2..aku beli yg 2 hengget je....nak test dulu sbb kepala jenis tak tahan sebenornya pakai cekak2 ni..sakit kepala..kalau okey,nnti boleh beli lagi..yea syg ;)

segmen

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012

16:52

Hari ni tak ada idea nak update entry apa & kebetulan pulak aku kena kursus..Ni baru je abis kursus..so masa rehat tadi BW, nampak la junior aku NasZ buat segmen pulak untuk masuk dalam bloglist dia bulan Jun ni.Jadik apa salahnye joint sekaki..Segmen ni dibuka sampai  26hb Mei 2012 jam 11.00 malam.Kalau minat nak joint jugak, klik ler kat banner atas ni yea..ala,macam tak besa pulak korang ni.. :)

segmen

Segment Follower By Group

13:11

joint segmen ler pulak..lagipun tuan punya blog ajak joint..pada sesapa yg minat nk joint gak klik banner kat atas ni..owner blog nak buat bloglist ikut group so kena pilih antara 4 group blog (~Blog Mama | Blog Tutorial | Blog Cun | Blog Macho~)..Blog korang nak di listkan dalam group yang mana..Sha,akak pilih Blog Mama..walaupun belum ada zuriat lagi..nak berangan-angan dulu.. :D




Citer Semalam

11:12

1st of all sebelum aku nak citer entry ni,agak geli sikit.jadik kalau korang tengah makan,better makan cepat-cepat..hehe.semalam petang masa balik koje,mcm besa le nak bukak gate umah,pas tu baru bukak pintu pulak.sebabkan kitaorg sampai umah dah malam jadik gelap le sikit kat luar umah.nak dijadikan citer lepas aku bukak je gate umah,pijak- pijak kat alas kaki mcm lembik-lembik & aku terus undur ke belakang balik..sambil tu aku cakap ngan mr hubby 'rasa mcm terpijak menda lembik2'..mr hubby bukak lampu kat h/p..so,rasa-rasanya korang leh teka kot amendanya..ada pulak kucing yg baik hati 'buang air besor' kat depan pintu umah kitaorg..hampeh dot com..sebab aku dah terpijak sikit,terus aku ke paip air kat luar umah & basuh kaki aku..pas tu mr hubby suh bawak keluar alas kaki tu & basuh..aku tarik guna kaki je..aku ni penggeli sikit & tue pasai aku tak mau bela kucing.hehe..sambil-sambil basuh alas kaki tu aku membebel kat mr hubby 'macamni nak bela kucing (sebab dia tak mau basuh alas kaki tu)' pas tu aku sambung lagi 'dah le tak dapat tab,balik umah terpijak menda alah tu pulak'..mr hubby dah gelak-gelak..lepas dah setel basuh alas kaki tu,terus kitaorg masuk umah..and aku kena buat extra work la,kan..kena mop pulak kat area yang terkena tu sbb mr hubby cakap nanti ada bau,takut kucing tu datang balik umah kitaorg ni & buat tandas pulak..haih,10sion ai tau..tak pasai-pasai je..moral of the story,next time sebelum masuk umah,check dulu kot-kot ada kucing letak 'khazanah' kat depan pintu umah korang.

Gadget

Galaxy Tab

11:29

Tab,tab,tab..ngigau,ngigau ni..tapi semalam mr hubby bagitau bad news tahun ni dia tak dapat bonus so no tab ler..akceli mr hubby ada cakap,kalau dapat bonus nak belikan aku tab ni. of course ler aku eksaited,kan..tup,tup mr hubby citer semalam dia tak dapat bonus..marahnya aku..yea ar,ini semua sebab bos mr hubby bagi markah KPI kedekut..macam dia yg bayar gaji pekerja..yg bos mr hubby pulak,keje tak seberapa boleh pulak dapat bonus..dah le pagi-pagi selalu mintak tolong mr hubby.. (tak mau le aku mention apa yg bos mr hubby mintak tolong tu)..tapi apa pun tak adil tau..semalam dalam nada lawak aku cakap kat mr hubby, 'dah eksaited nak bawak tab gi opis,nak eksen..tup,tup tak dapat bonus pulak'..hehe..niat tu tak elok,kan..tak pe ar tak de rezeki..nak buat camne,kan..

Baru-baru ni pulak,adik bongsu aku ada mintak tolong something kat aku..so as a kakak yg baik,aku tolong ler..aku cakap tak de cenderahati ke kat aku..galaxy tab ker,galaxy tab ker..hehe..tapi adik aku cuma cakap ada le souvenir untuk aku,kalau lepas yg dia mintak tolong kat aku ni..wait & see......

LifeStyle

balik kampung,ooo balik kampung..

15:21

Weekend baru ni aku & famili balik kampung.Ingat nak update blog tapi line tenet tak baper nak okey.aku try jugak bukak blog tapi kejap okey kejap tak okey..dapat publish entry yg sabtu lepas sbb aku dah siap2 draft..mula2 aku dah siap schedule untuk publish hari sabtu sekali bila check2 pagi sabtu tu,tak keluar pulak kat blog..aisehhhh..dah ler aku joint yg akma punya segmen & aku tersenarai dalam promosi bloglist untuk minggu lepas,tapi ada baper kali je aku update entry..hari khamis lepas aku dah start cuti sebab aku ada appt Dr & hari jumaat sampai ahad semalam,balik kampung..dah lama sebenarnya aku & mr hubby tak balik kampung.kekdahnye duit tak baper nak ada..balik kampung baru ni pun,share2 ngan parents aku..share keta,share duit minyak & duit tol..jimat ler sikit..okey,kat sini aku share le apa xtvt kitaorang masa kat kampung..masa petang kitaorg dah smpai kat kg tu, kitaorg gi umah bapak sedaraku a.k.a ayahanda pada Dhia-Wardah.Dhia ni sebenarnya adik sepupu aku..blog dia nama bunga2 cinta..bapak sedara aku ni suruh datang amik buah kuinin (betul ke ejaan dia..belasah je lah..janji bunyi sama kat belakang tu..) then,esoknye ada kenduri kawen kat pdg.rengas..sedara sebelah abah aku..btw,kat sini aku share sikit gmbar2 masa kenduri kawen hari tu..berpeluh2 menunggu pengantin laki datang..tau je lah kenduri kat kampung..bukannya kat dalam dewan..tak banyak pun xtvt kitaorg buat.sebab utama balik kampung ni coz nak attend majlis kawen ni je.lepas setel kenduri ni,kitaorg ke umah opah aku pulak.saja jenguk2 opah aku..naseb baik kali ni,opah aku tak laser sgt soklan cepumas tu kat aku.masa kitaorg nk gerak tu,baru opah aku duk pegang perut aku,tanya 'ni kenapa ni'..jawapan aku 'erm,tak tahu la'..lepas tu mr hubby pun ada le menyampuk 'bukan tak nak,tapi belum rezeki nak dapat lagi'.then,ada ler lagi sikit conversation antara opah aku & mr hubby..aku jadik pendengar & gelak2 je..tak tau nak bagi jawapan apa..okey,meh kita tengok gambar pengantin & gambar2 kitaorg..harus le interprame jugak,kan.. ;)

Pengantin baru (Aishah & Hairey)
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
-Semoga berkekalan & cepat2 dapat baby-

Ni pulak gambar2 yg aku tangkap masa kitaorg tengah kepanasan & keletihan tunggu rombongan pengantin lelaki..hehe..tapi nak tergelak aku mama taufiq buat lawak,tau..masa rombongan pengantin lelaki sampai, tengok pengantin lelaki nya mmg comey je & boleh tak mama taufiq ni pi tanya ngan someone kat situ "darjah baper pengantin laki nya"..sabar je aku ngan mama taufiq ni..kitaorg melawak je tapi memang padan le pasangan pengantin ni..yg pengantin pompuan pun comey jugak..macam pinang dibelah dua ;)
Me & mama Taufiq
Mr Hubby & Abah

Mak & Mak su shima-muka keboringan




mak


LifeStyle

follower ke seratus

10:00

Tak sangka,dah 100 org jadik follower aku.. :D ..kecoh je aku,kan..orang lain dah beribu2 follower tak kecoh pun..yelah yg beribu2 tu blogger glamer..aku ni besa2 je..haha,merendah diri le kenkonon..btw,just nk introduce dengan follower aku yg ke seratus ni..so,lepas ni aku nak buat la follower 200,300 & seterusnye..just to appreciate sbb dorang sudi folo blog aku yg tak seberapa ni..eh,follower2 aku yang lain pun aku appreciate tau cuma yg ke seratus,dua ratus & berikutnya nombor tu menarik..okey,let me introduce to my follower ke seratus,klik SINI..Sorry,aku tak reti nak buat printscreen tu..the unique part aku folo balik blog follower aku ni & aku follower ke 200 dia.. :D

TTC

Discussion dengan Dr.Mukhri

09:29

Macam entry yg sebelum ni,aku ada citer appt.ngan gynae.Masa register kat kaunter, aku dah request nak jumpa Dr.Mukhri (encem jugak Dr.nye..hehe)..Masuk2 je bilik,dia pun dah tau kes aku..jadiknye dia terus cakap proceed ke iui..dia explain apa proses2 iui ni.masa aku & mr hubby jumpa dia,ada sorang student omputih dlm.bilik dia tengah buat praktikal.So Dr Mukhri explain proses iui tu kat kitaorg ckp omputih..Dr Mukhri dah inform awal2 so aku cakap tak pe kalau tak paham,aku tanya..iui ni sperma akan dicucuk terus ke dalam rahim aku..lepas 2 minggu proses ni,kena jumpa Dr untuk check samaada proses ni berjaya atau tidak.tapi part yg tak bestnye,Dr cakap peratus untuk berjaya dari 10 pesakit yg mencuba kaedah ni,hanya 1 @ 2 yg berjaya..tak pe lah,at least kitaorg mencuba..

Sebelum nak cucuk sperm ni,ada le beberapa step aku kena ikut..antaranya masa 2nd day period,makan clomid lepas tu masa day ke baper nnti,aku kena mengulang ke hospital untuk scan size telur..yg paling bagus size telur antara 18-22mm.kalau kata size telur aku tak memberangsangkan dgn clomid ni,kena amik sejenis ubat..ubat ni dari luar negeri & harganya mahal sikit..even aku staff gomen tapi proses iui ni, kitaorg kena bayar sendiri dulu & boleh claim..hopefully,aku tak kena le amik ubat ni..cukup ngan clomid je saiz telur aku dah membesar dengan jayanye..amin..then,kalau saiz telur aku dah cukup besar baru Dr buat iui..okey tue la serba ringkas pasai discussion ngan Dr.Mukhri.aku harap kitaorg antara pasangan yg berjaya dengan kaedah ni..Disebabkan cik P aku dah pun menjengah bulan ni,so kena amik clomid untuk next cycle.. so boleh la kumpul duit nak buat proses ni memandangkan kitaorg kena keluar duit sendiri dulu..


untuk share info,ni berkenaan iui..kredit to Metro IVF


Intrauterine Insemination (IUI) 

 IUI adalah proses inseminasi sperma yang telah diproses ke dalam rahim wanita pada hari ovulasi dijangka akan berlaku. IUI hanya diadaptasikan bagi wanita yang mempunyai rahim yang normal dan tiub fallopian tidak tersumbat. Indikasi bagi IUI termasuk:
1. masalah ovulasi
2. cecair serviks yang tidak memadai
3. endometriosis
4. masalah sperma (oligozoospermia, asthenozoospermia, teratozoospermia)
5. faktor immunologi (antisperm antibodies)
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. Pendermaan sperma


 Dalam IUI, wanita tersebut perlu menjalani ransangan ovari. Ini boleh dicapai dengan mengambil pil clomiphene citrate atau suntikan gonadotropin setiap hari. Apabila diameter folikel telah mencecah 18 mm, suntilan hCG akan diberi untuk mematangkan ovulasi sekaligus mematangkan telur. Di Metro IVF, suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 12 malam dan prosedur IUI dijalankan 36 jam berikutnya.


Pada hari prosedur IUI dijalankan, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. Berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.
  • mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum mengeluarkan sampel
  • memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
  • digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
  • mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
  • elakkan menggunakan pelincir atau sabun
  • elakkan semen dari tertumpah

Embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. Proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. Larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma aktif yang tinggi akan diinseminasi ke dalam uterus.

 Prosedur IUI tidak memerlukan bius dan ianya hampir sama seperti pap smear. Spekulum digunakan untuk membuka bukaan vagina. Ini memudahkan doktor untuk memasukkan kateter ke dalam serviks. Keseluruhan prosedur hanya mengambil masa 5 minit untuk selesai.
Selepas IUI, pesakit memerlukan sokongan peleutenan seperti tablet vagina atau suntikan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
  • banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan. Anda tidak perlu berehat di atas katil sepenuhnya
  • minum air secukupnya
  • elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor

Ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan.



TTC

Jumpa Gynae

17:29

Esok,aku & mr hubby ada appt jumpa gynae lepas 2 cycle clomid yg tak berjaya.hmm,tak tau le apa next step yg gynae nak suggest..kalau ikutkan ritu, Dr inform proceed to iui..tapi bila aku baca info2 kat forum,sesapa yg dah buat share experience dorang,aku cam takut lak..coz ada part kena cucuk2 kat perut utk.pecahkan telur..haishhhh,dugaan tul nak dapatkan zuriat sendiri..kdg2 tengok org lain,senang je..x pe,x pe..sila jgn jeles yea Pn.Fieza (motivasi utk.diri sendiri)..anything,aku update nanti yeak..

segmen

Segmen: Imbau kenangan saat sah jadi miliknya

13:52


Jenjalan kat blog chenta tadi,tetiba nampak mama mia ajak chenta joint segmen yg mama mia anjurkan ni..so,aku pun nak joint jugak ler w/pun tuan punya badan tak ajak..hehe..so kat sini aku selit ler sikit gambar2 masa bertunang,nikah & sanding..hehe..mama mia tak suruh pun,saja je suka2.skrg kan musim kahwin,asik tengok gmbr retis je kawen,meh aku letak gmbr kawen aku & mr hubby lak.tak de ler seglamer mcm retis2 tu..pada sesapa yg nak joint,klik kat banner atas ni..

Mr Hubby
me
2 gambar kat atas ni,masa aku & mr hubby baru berkenalan.ada gmbr kitaorg ber2 tapi tak best le nk letak kat sini coz masa tu belum sah lagi ;) kenkonon macam baik je aku,kan..hehe.kami kenal dalam pertengahan tahun 2007..erm,tarikh exactly tak ingat ler..hehe..aku ni pelupa sikit orgnya..so after 5 @ 6 months kenal,kami decide utk.kahwin sbb mr hubby ada sejarah tak besh..dia penah putus tunang so dia tak mau ler kisah lama berulang..and kami decide bertunang dulu..jadik aku tak mau ler tulis karangan panjang2,jadiknye layan ler gmbr2 kat bawah ni..aku tulis sikit info..




 majlis bertunang..

bertunang - aku tak ingat exactly tarikh..lupa..hihi..tapi bulan 12 tahun 2007..tak silap masa bertunang ni aku baru abis kursus induksi..masa induksi ni,aku sgt terharu tau dgn mr hubby sebab paham ler induksi 2 minggu jadik dalam tempoh tu kitaorg tak jumpa.jadiknye kitaorg dah rindu-rinduan ler so malam penutup kursus induksi ni,mr hubby sanggup datang dari Kay Ell ke tempat kursus aku di Bagan Lalang,Selangor & amik aku.. :D

lepas sah jadik milik Mohd Hussyainy,upacara batal air sembahyang
nikah - 29 Mei 2008..29 Mei ni genap 4 tahun kami dah bersatu.. :) 
kalau aku bunting pelamin masa ni,dah 4 tahun anak kitaorg (berangan)..sah2 tak bunting pelamin..haha..x pe la kitaorg just enjoy moment ni..kalau dah ada anak, sure aku layan  anak je,kan..mr hubby terabai..so think +ve je, Allah masih belum beri kami rezeki 'itu'..


majlis bersanding
 Majlis sanding - 1 Jun 2008..at my side.majlis buat di rumah opah aku kat Perak..

Majlis bertandang di rumah hubby



Majlis bertandang rumah hubby - 2 Jun 2008. ada majlis bersanding tapi adik hubby & wife dia je yg bersanding..kitaorg cuma datang utk.makan beradap..

Alhamdulillah syukur dipertemukan dengan mr hubby yg sgt cool w/pun kenkadang tu tak baper nak cool (well,sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri)-cewah,siap bermadah bagaiiiii.. :D .semoga rumahtangga kami kekal bahagia & kami dikurniakan rezeki 'zuriat'..insyallah......

vacation

Kota Keriangan :D Part 2

10:37


Hai,dah baper hari tak update dlm.blog ni..tak de idea ler der..so,sbb tak de idea aku update le gmbr2 masa bercuti ngan famili in law di kota keriangan masa bulan April lepas..Part 1,boleh tengok kat SINI..so,layannnnn gmbr2 kitaorg..



Us..

my 2 brother in law
aku gaya cam belum kawen je.perasa'an.hehe
tak perasan MIL kat blkg..
menung apa la agknye 2 org ni
me & hubby sgt overrr..lupa mak mertua kat blkg..
Uter & Mama
Uter & Cham -naik bot

tunggu turn  utk.naik bot
mr hubby pndang apa ntah kat blkg tu..
Cham wif awek dia a.k.a bakal biras aku..

Me & mr hubby..romantic mood..hehe

Give Away

Nora Danish

13:50


Comeynye diaaaa..suka tengok ND ni..kiut je..akceli tadi bw pas tu tetiba tengok sorang blogger tu joint contest ND ni..dok terpikir betoi ke ND ada blog..mcm tak caya je..tapi bila dah baca kat blog ND,betoi kot..ND baru je bjinak2 ngan dunia blogger ni..kalau nak tengok blog dia, sila la klik ND

okey berbalik pada contest yg ND buat...

"Saya meminati pelakon Nora Danish kerana suka tengok muka dia yg cute & karakter dia yg manja2 giteww.Selain itu, kagum dengan ketabahan & kesabaran ND dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Semoga ND akan lebih suksess dan berjaya di masa akan datang. Juga bahagia di samping anak tersayang serta ND bertemu jodoh dengan insan yg lebih menghargai dan menyayangi ND"..

So pada sesapa yg minat ND,jom kita support dia dengan joint contest ni..aku nak tagged,aku pun tak tau sapa yg minat ND so korang klik kat link yg aku dah bagi kat atas..mana le nk tau kot korang peminat fanatik pelakon wanita tv popular tuuuu (opsss, tetiba terselit pulak).. :D

LifeStyle

kalau saya ada anak saya nak bagi nama.........

16:29

Semalam kat Forum Ratuhati, ada sorang member forum bukak topik macam kat atas ni..jadik besa ler,part2 berangan ni aku suka.. :) 

aku pun nyibuk gak le 'kalau saya ada anak saya nak bagi nama'....

boy :Muhammad Hussyairy,Muhammad Huzairi,Muhammad Huzaimi

girl : Rania,Raina,Rafeeda,Rafeeqa

makna,tak cari lagi..nnti ler kalau confirm dah ada baru cari makna..yg nama ke-3 cadangan utk.baby boy tu tak pasti le mr hubby setuju ke tak?sebabnya,nama mcm ex aku..haha..jangan marah,syg..bukan saja nk ingt kat ex tu..dia pun dah kawen,dah ada anak pun..kebetulan pulak nama mr hubby pun start dari M.... Hu...kan dah sama..tak pe syg,kalau tak setuju nanti kita cari nama lain yeak..hah,kan dah kata..aku kalau part berangan ni mmg suka..tapi tak salah berangan hope nanti angan2 ni jadik kenyataan.. :)

luahan perasaan

Ujian naik pangkat

11:51


Pagi2 ni check e-mail ofis,dapat e-mail mcm kat gmbr atas ni..aku xcited la..aku dah nak isi borang untuk amik test ni..sekali bila baca smpai habis,ghupenye test ni utk.yang memangku sahaja.maksudnya utk.sesapa yg skrg tengah memangku jawatan N22/N27/N28 @ N32.Pihak JPA nak confirmkan dulu pada sesapa yg tengah memangku skrg..sabor je lah.so tadi aku kol JPA tanya kalau macam aku yg tak memangku ni bila ada ujian untuk kenaikan pangkat..Staff JPA tu cakap buat masa ni belum lagi..kena tungguuuuuuuuu..okey ler,nk buat camne kan..kena ler tunggu..bukan apa kalau naik pangkat,naik ler gaji..skrg ni kos sara hidup kan makin tinggi..keje 2 org pun tak cukup..cukup bulan je duit gaji habis bayor duit umah n keta..tu belum yg lain2 lagi..haishhhh..

Give Away

Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah

17:42

Tadi dapat invitation dari owner blog joint GA ni..so,aku joint..plus aku suka hadiah2nye (tue pun kalau terpilih ler jadik pemenang)..hehe..nak ucap terima kasih kat cikgu..alamak,dah 14 tahun habis sekolah..nama cikgu pun tak ingat..tak pe lah,nak ucap terima kasih kat semua cikgu2 yang mengajar aku satu waktu dulu..jasamu dikenang w/pun ada beberapa subjek yg aku tak suka cikgunya..ikhlas ni yea..bukan tak suka sebab apa..sebab cara cikgu2 tu mengajar membosankan lepas tu aku ni lambat sikit pick up (salah cikgu tu ke,aku yg lambat pick up)..hehe..tu skrg jadik kakitangan sokongan gomen je..hehe..kalau aku jenis pandai,sure dah jadik pegawai (hah,berangan)..tapi tak kisah ler,apa2 pun tanpa cikgu sapa le kita2 ni semua skrg..cikgu cuma mengajar kita je tapi diri kita sendiri yg corakkan apa yg kita nak jadi.okey tue je, tapi macam besa le kena tag member 2 org..erm,sapa yeak jadik pilihan hatiku..jeng,jeng,jeng..mereka yg bertuah :-

(i) Cik Nur
(ii)Miss Banu

TTC

Pendarahan Implantasi

14:08

Just nak share sikit info..


Pendarahan Implantasi
Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.
- Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.
- Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.
- Bilakan implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

Give Away

Jom Joint 1st Giveaway Contest From ElyzaElyna

12:32

Joint GA dari Pn.ElyzaElyna pulak..tuan punya blog ajak ke blog dia,sekali tengok2 dia ada buat GA.erm,apa lagi aku pun harus ler menjointkan diri..saja je suka2..klik kat banner kalau korang minat nak joint..hadiah dia best jugak..pi le jenguk kat blog dia kalau nak tau..btw,GA ni sampai 15 Mei 2012..kat sini,aku nak ajak sorang member aku mencuba nasib gak - MissZ

LifeStyle

xtvt di hari sabtu

15:25

kitaorg dgn.pengantin

1st -  attend wedding kawan satu U ngan aku dulu..rumah kawan aku ni dekat je ngan rumah aku..jalan kaki je..ni le pengantinnya..selamat pengantin baru Ida & Daus..semoga berkekalan..masa kitaorg smpai ni pengantin dah bersanding..awal pengantin bersanding kul 12.30t/h..mmg umah kitaorg dekat tpi masa tu aku tnggu mak & member aku yg nk attend wedding ni jugak..so,kitaorg dtg makan je lah..hehe




Gambar baby ni pulak anak member aku EjaLeeza yg datang masa wedding kawan kitaorg tu..comey kan..Faiq Darwisy nama baby yg comey ni tapi dengan aku dia tak pandang pun..sabar je lah..ngan mr hubby,tgk le kat 2nd picture atas ni..bukan main lagi..relaks je & siap kaki dia tu bergoyang2 lagi..geram je aku tengok.ptg tu lepas dorang semua dah balik,mr hubby mula le gosok2 peyot aku tanya bila lagi nk dpt baby..aku apa lagi,mula le berceramah free..hehe






2nd-sebab siang kan dah attend wedding member aku tu so aku tak masak & mr hubby ajak dinner kat luar..nama restoran ni Mee Bandung Muar,area Kajang..restoran ni kat tepi jalan jadik senang nk cari & ada tmpt parking kat blkg.btw 2 gambar kat atas ni amik dari pakcik google..lupa nk snap picture.kat c2 banyak menu tapi pilihan kitaorg :-

Mee Bandung



Satay
air,lupa lak nk snap picture..favourite aku skrg air sirap laici..so for sure le aku order air tu..mr hubby air laici..okey,komen aku pasai mee rebus tu rasa sedap & kuah dia mmg pekat cuma tak tau napa mr hubby leh dapat yg masin sikit rasa dia..air laici mr hubby pulak,dorang lupa nk bubuh gula.kitaorg komplen & lepas tu dorang tmbh gula sikit je kot sebab bila ais dah cair,rasa minum ais kosong.lepas tu pulak,kat dpn restoran ni ada org jual satay.jadik mr hubby suh order dlm.10 cucuk..sekali bila dah makan,amik ko..masinnnn..cian mr hubby dapat air laici tak de gula,mee rebus termasin sikit..satay pun masin..hai,nasib order 10 cucuk je..tapi kitaorg tengok org lain yg ada order satay ni,sedap je makan..mr hubby siap cakap rasa nk je offer ngan dorang tolong abiskan yg kitaorg punya..tapi mr hubby cakap kat aku je lah. :D penyudahnya satay ni kitaorg tapau je tapi tak berusik..still dlm peti ais kat umah..



segmen

Segmen:Geng Blogger

14:28

joint segmen..my feberet lepas GA & contest..hehe..BW terjumpa lak cik Niera (tuan empunya blog) buat segmen ni so apa lagi joint ler..aku dalam kategori blogger D..pada sesapa yg nk joint gak,klik SINI.

LifeStyle

Yeay Menang

10:01

Yeay aku menang contest anjuran cik jejariruncing..suka,suka,suka..harus ler suka kan menang..dapat hadiah..hadiah pun aku tak tau ape?rasanye ritu cik jejariruncing tak de bagitau hadiahnye..kira surprise ler..klik SINI..ada senarai nama pemenangnye termasuk aku..hehe.smlm pas tengok je aku menang contest ni,apa lagi e-mail nama n alamat utk.hantar hadiah.dah le mlm2 mr hubby conquer lappy sbb dia main game so kena le tunggu turn guna lappy ni..well,tue je aku nk tulis..kecoh je aku ni,kan..menang contest pun nk bgitau..utk.korang2 yg nk mencuba nasib gak mcm aku,dun worry cik jejariruncing akan buat contest part 2..so rajin2 le jenguk blog dia..

beauty

Penangan pati delima kot.. :)

15:01

Sebenor2nye aku tak de ada idea nak tulis apa tapi tetiba teringt lak sejak 2 menjak ni,ada le beberapa org duk puji muka aku nmpk cerah termasuk le mr hubby..sat tadi,ada lagi sorang pegawai kat ofis aku ni baru start keje blik lepas 3 bulan cuti bersalin.jadik dah lama ler dia tak jumpa aku,tetiba dia tnya aku pakai produk Nutrimetics ke?aku mcm blurrrr..ingtkan pegawai ni nak cari produk Nutrimetics,kot dia nak beli..lepas dia tnya aku guna produk Nutrimetics ke tak?aku cakap le tak..dah tu aku tanya ngan dia,kenapa?dia cakap tengok muka aku cam berseri2,cewah..kembang sat kena puji..pas tu aku pun apa lagi terus le citer yg skrg aku tengah amalkan produk pati delima..pegawai ni tanya beli kat ne?aku pun apa lagi mempromote le beli pati ni kat pasar tani area ofis kitaorg..mula2 yg puji mr hubby le,dia ckp badan aku nmpk cam cerah sikit..at first aku ingt kot sebab aku pakai serbuk lulur badan tu ke?tapi bila pikir2 balik,aku jarang guna serbuk lulur tu..then,lepas mr hubby puji tu,aku pun sesja le gatai search kat pkcik google pasai kelebihan pati delima ni..ghupe2nye mmg betoi,salah satu fungsi dia bagi cerahkan kulit..aku pun minum pati ni utk.kesihatan & kesuburan..tapi dah nmpk effectnye slh satu cerahkan kulit,alhamdulillah le..aku pun x kisah nak cerah2kan kulit ni..dah mmg kulit jenis coklat2..tima seadanya..so,pada korang2 yg rasa kulit x baper nak cerah tu & nak kulit cerah,try le minum pati delima ni tapi keberkesanan pada setiap org berbeza..tapi x salah nak mencuba..rasa dia pun idok ler teruk sgt..masam2 gitu je..

new born baby

Nur Aleesya Hani

15:47

Tadi t/hari keluar ngan member2 ofis gi melawat ofismate aku ni dah selamat bersalin secara c-zer smlm..alhamdulillah..nama baby macam tajuk entry..tapi x pasti ejaannya macam ni ke @ lain..tapi ini le nama baby yg kiut ni..kata ofismate aku,anak dia yg sulung bagi nama adik dia ni..akceli,aku penah baca kat tenet & ofismate aku ni pun ada bagitau tips utk dapatkan anak..kalau ada baby baru lahir,kita gi melawat tu bagi le duit..so,tadi aku praktikkan ler..hehe..ikhlas tau..pas tu masa kitaorg salam2 ngan ofismate aku ni sbb kitaorg dah nak gerak balik ofis,dorang sume ckp lepas ni aku pulak..hehe..dalam hati aku cakap 'insyallah,amin'..btw,baby ni tadi kat dalam bilik baby.so kitaorg tengok ikut cermin luar je..tiutkan baby ni cam aku.. :D

TTC

Carta BBTku

10:37

 my BBT chart Mac-Mei 2012

Kali ni aku nak citer pasai carta BBT aku pulak..pada sesapa yg baca kisah aku TTC mesti tau aku tengah buat BBT skrg dalam usaha aku & mr hubby utk.mendapat chentahati kami..akceli cycle ni aku tak on clomid @ apa2 ubat-ubatan..seperti yg dijangka cik P masih belum memunculkan diri.2 cycle yg lepas aku on clomid so cik P keluar dgn.sendirinya sbb makan clomid ni effectnya kalau tak berjaya pregnen,cik P akan keluar cuma sama ada cycle tu boleh jadik pendek @ pnjg..tue je..mcm kes aku,masa aku on clomid tu cik P tetap keluar cuma cycle day tak tetap..memandangkan clomid pun dah abis,cycle ni aku cuma buat BBT chart ni,minum pati delima,pati kurma + susu kambing..oleh sbb aku tak makan apa2 ubat cycle ni cik P aku masih belum memunculkan diri plus cik P aku mmg tak regular.ikut suka hati nak kuar biler..so dari carta BBT aku ni,aku skrg dah CD42 & masih belum menunjukkan ovulasi..haiiii,nie la kalau org yg ada PCOS cam aku..cik P mmg tak regular..makan le jamu @ supplement apa pun utk.regularkan cik P but utk.aku tak berjaya.mgkn pd org lain menjadik but pada aku tak..x pe lah..pasrah je..17 Mei 2012 ni aku jumpa gynae semula sbb 2 cycle clomid yg gynae bagi pada aku sebelum ni tak menjadik.gynae dah advise if tak menjadik,gynae suggest proceed to iui pulak..iui ni percentage menjadik @ tak 50-50..x kisah le,aku cuba je cara mana yg terbaik.menjadik ke tak,sume atas ketentuanNya..hai,tabah le wahai hati..dah le skrg ni asik dgr org pregnen,bersalin..aisshh,mencabar kesabaran sungguh.kat opis aku ni ada sorang pegawai baru kawen bulan january/februari lepas dah pregnen jugak.masa dapat tau tu,mmg le mulut aku ucap 'tahniah' kat dia tpi dalam hati x tau nak cakap..tipu la klu kata aku tak jeles,okey.lagi satu kat opis aku ni staff yg pregnen berpass baton,cuma ngan aku je baton tu tak baper nak lekat.pas tu mengenangkan time balik kg nnti,sure opah aku tu duk tnya soklan ni..opah x tau soklan tu sangat,sangat,sangattttttttttttt mengguris hati aku..w/pun bibir mengukir senyuman tapi hati tergurisssss...

Give Away

Birthday Giveaway By Hana Radzi

17:00

Pagi2 tadi aku tengok kat shoutbox ada blogger invite aku joint GA yg dia anjurkan..so ptg2 ni baru aku buat entry ni..Kalau sesapa minat nak joint,sila la klik kat banner atas ni..hadiah2nye menarik..supplement kesihatan..dulu aku penah jugak amalkan supplement ni tapi aku stop sbb malas..tapi mana le nk tau kot aku menang (cewah,perasan..hehe)..dpt hadiah ni leh ar aku amalkan semula.. motif dapat hadiah baru nak amalkan semula supplemen ni,mcm x leh beli sendirik..saja je ngada2..

movie

Movie timeeee

10:45


Semalam cuti hari pekerja so aku & mr hubby decide nak tengok wayang..booking awal sbb citer ni kan tengah hot giler skrg..at first mr hubby nak tengok yg 3D tapi aku tak baper prefer sangat sbb 3D tu,kan mcm real & rasa cam kita yg berlakon dlm citer tu..aku ni tak baper nak adventure sgt..pas tu masa nak booking tiket citer ni,tengok 3D sume dah penuh.then mr hubby saja tnya opinion adik dia yg dah tengok citer ni 3D.berbaloi ke tak sbb rega dia mahal..sekali adik dia cakap,x baper nak berbaloi sbb 3D dia x real sgt..hoo yea..aku suka..so kitaorg booking yg besa je pukul 2 kat TGV Cheras Selatan..smlm gerak dari umah dah kul 1.30..mmg smpai kat area JUSCO tu dalam pukul 2 tapi mencari parking,fuhhhh jenuh..penuh..baper kali pusing kat dalam kawasan parking tu..pdhal kitaorg smpai2 tu terus naik ke parking yg atas bumbung..tu pun penuh..yg aras bawah2 apa ntah lagi,kan..mr hubby dah bising2 sbb duk pusing2 tu jam dah kul 2 lebey..pas tu ngan aku sekali joint mr hubby sbb aku rungsing dia duk bising2..aku cakap ngan mr hubby,kalau x nak x yah le tengok wayang..then,mr hubby decide tunggu je kat parking keta & tunggu kalau2 ada keta nak keluar..tunggu punya tunggu,dapat pun parking..rushing kitaorg berjalan ke wayang..masuk dlm.panggung dah pukul  2.45pm..1/2 jam tertinggal intro citer tu..duduk2 je mr hubby bising lagi, x paham citer tu..aku tak tau nak komen apa..dlm.hati aku cakap baru je duduk,mmg le take time nk paham jalan citer dia..so,bile dah 1/2 jam tengok baru aku paham & aku tengok mr hubby x komen apa pun so agknye dia dah paham jalan citer tu..pendapat aku citer tu best patut le org berebut2 nak tengok..termasuk le mr hubby & adik2 dia.sebelum ni masa dorang duk borak2 pasai citer ni aku buat dengar tak dengar je..dalam hati aku,apa menda le yg menarik sgt citer ni..sekali dah tengok,mmg best..dalam panggung smlm,tengah aku syok layan citer ni,mr hubby mintak tlg aku kuar beli kopok ngan air..ishh,kacau daun tul je..x pe la aku kuar jap beli kopok ngan air..tapi apapun mmg menarik le citer Avenger ni..5 *****

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.