Santai Lepak Kat Gold Coast Morib
Santai lepak kat Gold Coast Morib bulan lepas sempena cuti sekolah.. Mr hubby saja bawa abg Iman (anak sedara) cuti-cuti..Pakej satu family lah ikut yea tak.Kat sini ada taman tema air jugak tapi kitaorang tak masuk main..Kebanyakan yang datang ke sini samaada nak main kat situ atau jalan-jalan tepi pantai sebab kedudukan homestay ni dekat je dengan pantai..Jalan kaki sajo..
Kitaorang pilih jalan-jalan tepi pantai je..Nak masuk taman tema air tu tapi si abg Iman tu tak nak main..Tak berbaloi masuk sebab kena bayor..Sebab masuk ke taman tema air ni kena lah main air..Abg Iman ni jenis pemalu ya amaattt..hehe..Jadi tak yah lah masuk..Lepaks tepi pantai je lah, layan view laut..
Jomss tengok sikit homestay yang jadi penginapan kitaorang untuk satu malam di Gold Coast Morib..
HOMESTAY @ GOLD COAST MORIB

Baru sampai.. Ni sekitar Gold Coast Morib Resort

Blok yang kitaorang menginap..Blok B, tingkat 4..

Rumah yang kitaorang stay untuk satu malam di unit ini..
Nak tengok dalam rumah, boleh klik video ni..Sis banyak buat video & compile sekali...Aihhh paling sis geram, blind kat dapo tu awattt lah teruk benor rupa..Sewa boleh tahan, takkan tak boleh tukar yang baru..Tengah malam, sis nak buat susu si Kinah kat dapur, sis tak tengok luar sebab tingkap dapur mengadap balkoni, blind dia pulak serupa tak payah letak..Haha.Udah uzur..So masa buat susu dak kinah, elak pandang ke tingkap risauuuu ternampak apa2..haha..
M
Ruang tamu
Rumah besar tapi aircond kat ruang tamu ni problem..Masa sampai, tuan rumah memang dah sedia maklum aircond kat ruang tamu ni problem..Tapi bila dah pasang pun, aircond tak rasa..Nasib baik dalam bilik, air cond sejuk...Aircond kat ruang tamu ni, nanti lamaaa sikit dia tukar ke lampu kuning/oren..So kena tutup kejap pastu on semula..Banyak kali yea kena repeat..
Karpet tu, aihhh boleh tak tukar yang tebal sikit..Ni hat nipis, jenuh lah tiap kali berjalan kena betulkan balik bagi elok...Langsir tu pun..Aduiyaiii, agak uzur..Pastu kayu belakang tu berabuk..
Sliding door tak boleh kunci..Sis ni ada anak kecik, kena extra alert takut dia bukak kat situ..Udah lah balkoni tu, gap antara palang dia jenis besor...Risauuuu...
Tekanan air kat bilik air slow...Mulakan ingat rosak, rupanya lepas tu mr hubby bagitau kena tekan apa ntah kat water heater tu untuk bagi air laju...Laaaa jenuh lah kitaorang mandi guna air paip yang nak basuh kencing/berak kat tepi mangkuk tandas..haha...Tapi pintu bilik air yang bahagian luar, ketattt..Ada sekali terkunci..Mr hubby kena jadi Mc Gyver, baru dapat bukak balik..Aihhhh
Overall dari segi keselesaan, selesa lah rumah ni sebab dia besar..Perabot semua okey cuma cadar & sarung bantal tu macam kurengggg sikit..Tak silap tuan rumah ada sediakan juga bantal & selimut extra dalam almari kat bilik utama..
Dekorasi dalam rumah ni langsir, karpet, sarung bantal, cadar old school sikit..Almari, kerusi pun jenis macam lama gitu..

Tv tu awat comey sangat..haha..Si Kinah nak di angkatnya tv tu...Tv ni pun kejap-kejap dia tertutup sendiri..haha..Kena on balik bila tertutup...Nasib baik tuan rumah dah bitau awal-awal, kalau idak seraammm tv tutup sendiri..haha...

Tuan rumah bagi complimentary ni kat tetamu yang menginap..Barangan dalam rumah lengkap termasuk perkakas dapur..Untuk air, boleh masak sebab ada disediakan cerek elektrik...
Satu lagi masa sampai ke sini, tuan rumah ada lah tanya nak masuk ke kat taman tema air depan tu, sis cakap nak bincang dulu dengan family members yang lain..Ingatkan setel dah part ni tapi lepas tu dia asyik lah whatsapp ulang benda yang sama sampai sis rasa annoying..Lepas bincang dengan mr hubby, memandangkan anak sedara sis tu pemalu & rasanya dia tak nak main sangat pun dalam taman tema air tu, kitaorang decide tak nak masuk..
Ehhh ada satu lagi dah malam sikit, tuan rumah whatsapp tanya sis nak check out pukul berapa esok, dia cakap dia tak kisah pukul berapa..Lambat sikit pun tak apa..Tak lama pas tu dia whatsapp balik mintak check out awal sebab dia cakap risau ada last minute booking macam kitaorang so nak kena kemas-kemas dulu rumah..Hmmmm..Nasib baik memang dah bincang dengan mr hubby, kitaorang nak check out awal...
ADA APA BERDEKATAN KAT SINI?
Berdekatan homestay kitaorang ni ada kedai makan..Malas nak keluar, boleh makan je kat sini..Untuk makan malam kitaorang order kat sini..Nak makan kat sini tapi tak disediakan kerusi baby..Japgi si Kinah tu, yang lain makan..Sis kena berkejor dengan dia..haha..So order makan kat homestay je lah..

Boleh tahan rasa makanan dia..Sedap..

Macam sis beritahu awal tadi, homestay ni dekat sajo dengan pantai..Jadi apa lagi..layan view matahari terbenam..Sebelum tu main layang-layang..Mr hubby & Abg Iman..

Cantiknya view..Sejuk mata memandang...
Psssttt - Cuti-cuti santai nengok laut, bawak anak main tepi pantai tapi idak lah tepi sangat pun..Risau anak jenis lari lajuuu..mami jenuhhh nak follow..Haha..

0 Comments