​Beli tumblr ni tahun lepas..Konon nak bagi kat ex boss yang nak pencen tapi tiberrrr tak confident nak bagi sebab satu - harga tumblr ni murah je..Sogannn..Nak beli brand Tyso yang glamour tu tapi bajet kurang memberangsangkan..Pastu yang kedua, konon nak letak nama kat tumblr ni..Sis pi kat Sunway Putra Mall, ada satu booth kat situ yang boleh ukir nama kat tumblr..Tapi hasil nama yang dah di ukir kat tumblr, mak aihhhh comeynya..Pastu tak nampak sangat pun namanya..So terabai lah tumblr ni berbulan-bulan, sis simpan je kat dalam kabinet..Memang terus tak bagi lah citernya pada ex boss..

Sis nak pakai tumblr ni, dah letak nama ex boss tu..Tak best pulak walaupun nama boss tu tak berapa perasan sangat pun..

Sticker Nama Transparent

So baru ni teringat, eh ada ke sticker nama transparent yang boleh tampal je kat tumblr ni untuk tutup kat nama ex boss sis tu..Boleh lah sis pakai..Betul tak?

Kat tik tok, takkan tak ada kan..Harus lah ada..Jumpa satu kedai ni yang ada buat tempahan sticker nama transparent..Onzzz terus order satu..Try dulu..Kalau cantik, lain kali order lagi..hehe..

Gambar pertama, nama ex boss yang sis buat kat Sunway Putra Mall tu..Tak nampak sangat namanya. Tulisan font kecil pastu warna silver..Tenggelam nama..

sticker nama transparent

SEBELUM

sticker nama transparent

SELEPAS

Tadaaa hasilnya selepas lekat sticker nama transparent kat tumblr..Jadi lah seperti gambar kat atas ni..So official sis boleh guna sebab dah lekat nama sendiri..Suka tumblr jenis ni, air panas/sejuk tahan lama sikit berbanding botol air biasa (contoh macam botol air biru kat belakang tu)...

Sticker nama transparent yang sis order ni 1 tapi dapat 2 keping..Satu lagi, sis nak tampal kat tumblr yang kecil sikit..Kat office, botol air sis 2-3 biji..hehe..Ada yang beli sendiri, ada yang orang bagi hadiah..Hat biru blkg tumblr yang ada nama tu kawan pejabat kat office lama bagi hadiah kenangan sebab sis bertukar keluar..

Pssstt - Cantik hasil sticker nama transparent yang order kat tik tok ni. Boleh lah order lagi..Sis main lekat-lekat kat semua barang-barang sis..Idak lah hilang..hehe..

0 Comments