Ni doorgift kahwin member pejabat k.fiezz yang dia bagi sempena anak dia kahwin awal bulan Mei haritu..Dia jemput semua termasuk sis n mr hubby..Besa lah kitaorang ni, payah sikit nak attend wedding..So k.fiezz cuma bagi hadiah sajo untuk anak dia..Orang berbudi kita berbahasa konsepnya..Orang dah jemput tapi tak dapat hadir pulak, jadi kita bagi hadiah..

Kahwin bulan Mei haritu, awat baru dapat gift dari kawan pejabat k.fiezz ni?Ceritanya habis je kenduri kahwin anak dia, kawan pejabat k.fiezz ni cuti pulak jaga suami, mak & ayah dia yang tak sihat..Lepas tu dia pulak operate tangan..Jadi bersambung-sambung dia cuti..Masa Raya Haji, kawan pejabat k.fiezz ni ada datang kejap ke pejabat..K.fiezz pulak yang cuti seminggu..Habis cuti raya haji, k.fiezz naik kerja kawan k.fiezz sambung lagi mc sebab tangan dia yang operate tak okey lagi..Ater citernya hadiah dia bukan main lama duk kat bilik k.fiezz..Udah orang asyik duk tanya hadiah sapa ni?Aihhhh..Penat nak jawab..K.fiezz letak hadiah kat tempat member ni..Maklum juga kat dia melalui whatsapp..

Elok pulak 2 minggu lepas, ofis buat lawatan kat member pejabat sis ni..Sis pun follow, terus bawa sekali hadiah yang nak bagi untuk anak dia tu..

Isnin baru ni, member pejabat dah start kerja balik..Semalam dia bagi doorgift kahwin anak dia yang kahwin tu sebab k.fiezz bagi hadiah..

Tengok dalam paper bag..Uihhh meriah..Memacam ada..

doorgift kahwin

Suka suka suka doorgift kahwin ni..Semua function..Bakul tu tengah pikir nak letak apa..Eh tapi baru terpikir kejap ni, boleh letak botol2 susu, bekas air panas & suam dak Kinah tu bila keluar..Haah betul jugak..

Psstt - Korang yang tak ada idea nak bagi doorgift kahwin, boleh lah tiru ni..Tapi apapun ikut bajet memasing, yea...

2 Comments