Bertugas Jadi AJK Pertandingan kat Program Jabatan Tahun 2025
Ya Allah program Jabatan tahun lepas, baru nak share kat blog…macam besa lah sis yang busy kalahkan ahli politik 🤣…Macam yang sis pernah story sebelum ni, Jabatan sis bertugas sekarang ni memang selalu anjurkan pelbagai program kemasyarakatan dan kenegaraan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara disamping menyebarkan maklumat dasar kerajaan kepada rakyat.
Antaranya adalah Program KITA MADANI ni..Untuk program yang besar macam ni, semua kakitangan Jabatan wajib bertugas bagi memastikan program berjalan lancar..Program Karnival Kita Madani ni berlangsung pada 22 Jun 2025 di Eco Park, Pantai Dalam.
BERTUGAS SEBAGAI JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Apa Pertandingan Yang Ada Semasa Program Ni?
Tugasan sis & ahli jawatankuasa yang lain untuk Pertandingan
- Pendaftaran penyertaan pertandingan
- Sediakan borang pemarkahan bagi setiap pertandingan
- Memastikan peralatan mewarna & goodies bag untuk pertandingan mewarna disediakan
- Pastikan tempat/lokasi mewarna tersedia sebelum acara bermula
- Mengumpulkan pemenang pertandingan-pertandingan sebelum naik ke pentas

Ucapan perasmian dari YB Menteri Komunikasi

Masa ni cuaca elok lagi..Program buat kat tempat terbuka..Panaih lit lit bila dah masuk tengahari...

Tak silap yang beratur sambil berpayung tu kat booth RAHMAH @ FAMA...

Ada apa lagi kat program ni?Jualan RAHMAH, FAMA & pelbagai IKS (industri kecil dan sederhana) serta pameran-pameran dari pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan..dan harus lah ada juga SUKANEKA & cabutan bertuah...

KL FM dijemput hadir untuk buat coverage..



Kat meja pendaftaran..Yg berdiri belakang kitaorang tu, Ketua untuk J/K Pertandingan..


3 pemenang mewarna kanak-kanak


Geng AJK pertandingan..Member sis mamarazi dari belakang..haha...



0 Comments