Lagi story tahun lepas..haha..Ni mood sis tengah rajin meng up story tahun lepas…haha..Sis bertugas sebagai salah satu jawatankuasa untuk program Jabatan yang besor & wajib bertugas sebagai urusetia..Duk kat Jabatan sekarang memang banyak timba pengalaman sebab bila program yang besar-besar macam ni, kena bertugas sebagai salah satu Jawatankuasa program..

Program apa yang ni?

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang  (KMJG2025) peringkat WPKLP yang diadakan pada 16 Ogos 2025. Untuk majlis ni ada beberapa checkpoint & sis bertugas di checkpoint ke-2 iaitu di KWC Fashion Wholesale, Cheras.

Seronok pulak bertugas kat sini tempat shopping tapi tu lah time tak kena..Tengah bulan weiii..Haha..Cuci mata je lah..

BERTUGAS SEBAGAI JAWATANKUASA APA PULAK KALI NI?

Sepatutnya kat sini, sis bertugas untuk Jawatankuasa Jamuan (Makan) tapi sebabkan bahagian makanan, pihak komuniti setempat dah uruskan jadi sis & yang dalam jawatankuasa ni tolong apa yang patut sajo lah..

Tapi saja nak kongsi apa tugas Jawatankuasa Jamuan :-

  • Menguruskan/memantau jamuan makan VIP & jemputan
  • Membuat tempahan makanan
  • Menentukan lokasi jemputan untuk VIP, media, jemputan dan peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025
  • Bekerjsama dengan pihak terlibat menguruskan makan dan minum
  • Menntukan petugas jamuan
  • Melaksanakan tugas-tugas yang difikirkan perlu

Sebabkan tugasan jawatankuasan jamuan dah diuruskan oleh pihak lain, jadi sis & member jaga meja pendaftaran untuk pertandingan mewarna kanak-kanak dan penyerahan goodies bag kepada peserta-peserta yang menyertai pertandingan.

Lepas tu tak silap last minute dapat info ada pertandingan pakaian bertemakan kemerdekaan juga..Jadi jaga sekali pendaftaran untuk yang ni..Peserta-peserta memang dah ada cuma kena tick nama dalam pendaftaran samaada peserta-peserta tersebut hadir ke tidak...

FiezaSani

Apa-apa kita bergambor dulu..hehe..


FiezaSani

Member yang duduk tu jadi emcee untuk majlis di sini..Sis & seorang lagi tu jaga meja pendaftaran...Kat checkpoint ke-2 ni majlis bermula pukul 11.00pagi...


FiezaSani

Meh bergambor dulu sebelum start bertugas...

FiezaSani

Ni masa jaga meja pendaftaran...


program jabatan

Depan peserta-peserta untuk pertandingan pakaian bertemakan merdeka & belakang kat atas pentas, peserta-peserta untuk pertandingan mewarna...


program jabatan

Jemputan VIP - YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras 

Ni masa sesi penyerahan jalur gemilang


program jabatan

Lupa adik ni buat apa..Cerita tahun lepas..hehe..

Rasanya adik ni deklamasikan puisi berkaitan kemerdekaan..


program jabatan

Sorakan dari tetamu yang hadir disamping kibar jalur gemilang bersama-sama


program jabatan

Pemenang-pemenang pertandingan pakaian bertemakan kemerdekaan


program jabatan

Juara pakaian bertemakan kemerdekaan...Tengah bayangkan Kinah pakai macamni nanti..hehe..Entah dia nak ke idak tu..haha..

FiezaSani

Sesambil tunggu tetamu-tetamu VIP dan peserta-peserta konvoi menjamu selera rasanya masa ni..Ambil kesempatan bergambor..hehe

program jabatan

Pelepasan konvoi dari KWC ke checkpoint seterusnya di Lembah Pantai...

Selesai tugasan kitaorang di sini..

Pssttt - Tahun ni program pertama yang besor sepatutnya berlangsung Ahad ni (26hb) di area Cheras tapi ditangguhkan sebab perubahan lokasi..Sis bertugas sebagai J/K Jamuan..Tak pasti tarikh baru bila..Tungguuuu...

0 Comments