Happy Beday mami yang ke-17..haha..Korang buat-buat tak perasan je lah yeak angka 17 tu..Mami memang feeling young all da time..hehe..Januari datang lagi so yeaaaaa my birthday & pwincess..Kitaorang lahir bulan yang sama..Nak celebrate sekali, pwincess awal Januari..Mami pulak nak hujung Januari...So sambut asing-asing lah..Biar daddy keluar duit beli kek 2x..hehe..
Apapun syukur alhamdulillah bertambah lagi usia..Syukur masih diberi kesihatan yang baik, kerja yang stabil, ada suami, anak serta family..Syukur untuk semuanya...
Doa sempena hari lahir ni, moga terus di beri kesihatan yang baik, di kelilingi suami anak & keluarga serta rezeki melimpah ruah dari segala segi..Tak ada apa yang mami nak harapkan selain di panjangkan usia dan hidup dengan gembira bersama family tercinta...
DAPAT APA SEMPENA BIRTHDAY?
Mr hubby belanja kek mangga, bawa shortvacay & tengok healingnite concert..Yang 2 cerita ni, entry lain lah yeak...
Ni story birthday kek mangga dulu..Eh kenapa bukan kek coklat?Sebab anak tak boleh makan coklat-coklat jadi mami beralah pilih flavour kek lain..
Thank you, sayang..Suka kek ni sebab atas dia corak bunga..Kreatif betul kedai kek ni..
Rasa dia pun sedap..Cheese, mangga & di lapisi bahagian bawah tu macam tapak cheesetart..
Sebelum kita potong kek cantik ni, wajib gambor dulu..Dengan anak bertuah ni..Nasib baik mood dia helokkk..
Kinah, atok & opah..
Kinah, mami & daddy..Abaikan lah tali seluar daddy tu..Mami pun tak perasan..haha..Adoiyai daddy daddy..Asal boleh je...
Okey jomsss potong kek..Jenuh jugak nak potong kek ni sebab kelopak mangga atas tu..Tapi nak makan kan, kita potong jugak..Tak cantik pun tak apa..Masuk perut, setel..hehe..
Sila abaikan kawasan sekitar yang bersepah, kedudukan kerusi macam kat bawah tu..Atas meja pun main letak je barang..Faham je lah ada anak kecik kat rumah..Rumah dah macam halahhhhhh..haha..
Belah petang birthday mami ni, Kinah ada appointment untuk Occupational Theraphy kat HTA HKL..Ni masa tunggu tempat pendaftaran buka pukul 1.30ptg..Si Kinah ni jenis tak boleh duk diam..Ada je lah aktiviti dia..So bagi je lah dia main stroller sementara tunggu kaunter pendaftaran buka...
Lepas je habis sesi theraphy Kinah kat Hospital, balik rumah kejap ambil kain baju, lepas tu terus ke shortvacay pulak..Mana tu..Dekat je..Nanti next entry mami share..
Pssstt - Mula tak jadi shortvacay ni, sekali masa kat hospital tengah tunggu pendaftaran mr hubby booked juga hotel sebab tengok harga murah..Maklumlah kitaorang cuti time budak sekolah, hotel buat promo...Sementara anak kecik lagi ni belum sekolah, kita ambik kesempatan cuti-cuti bukan musim cuti sekolah...
0 Comments