Hepi Birthday Farah Sakinah, our princess...Moga terus membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh, dipanjangkan usia, berjaya dalam  pelajaran (coming soon), mudah di didik & semua yang baik-baik untuk awak, okey sayang..Mami dedi opah atok & semua love you..Muah muah..

Bila birthday Farah ni?Sebenarnya birthday dia 5hb Januari tapi mami dedi decide sambut awal sehari iaitu 4hb sebab tahun ni, birthday dia 5hb jatuh hari Isnin..Hari kerja..Aihhh tak rajin lah mami nak buat majlis di hari bekerja ni..Penattt..hehe..So aci lah yeak sambut awal sehari..

By the way, Happy New Year 2026 semua..Ya Allah, lamaaaa yea blog ni terabai..Awal tahun 2026 ni, baru mami update blog..Aihhh mami mami..Apa ke rajin sangat ni..haha..

Apa azam tahun baru ni, moga mami rajin update blog..hehe...

BIRTHDAY CELEBRATION

Tahun ni, mami dedi buat majlis meraikan birthday si kecik ni kat KL..Jemput ahli keluarga belah mami & dedi..Buat secara kecil-kecilan sajo..Tapi kemain yea mami, beria tau buat invitation card..Point buat kad jemputan, mami malas nak tulis alamat banyak kali bila tiap kali menjemput..hehe..

Alhamdulillah ramai juga yang datang ke majlis hari lahir Farah..Tima kasih yang sudi meluangkan masa datang..Appreciate sangat..Nebes tau mami..Duk pikir ada ke yang nak datang ni..Nak masak banyak-banyak pun risau..Tapi alhamdulillah, ramai juga yang datang..Yang tak dapat datang ada lah sorang dua dari keseluruhan jemputan..



Birthday, FiezaSani
Yeay..Potong kek dengan atok..Tapi si Kinah masa sesi potong kek ni merentan-rentan yea..Eiii geram mami..haha...

Birthday, FiezaSani

Kek mangga pilihan mami..Tak nak coklat sebab si Kinah tak boleh makan coklat..so pilih kek buah..Alhamdulillah ramai yang komen sedap..Lain kali boleh beli kat kedai kek ni..First time kitaorang beli dari kedai kek ni..Dedi malas nak beli kek SR..Sebab dah selalu sangat..Tukar selera lah pulak..


Birthday, FiezaSani

Seee gerammm je mami, dia boleh buat drama masa sesi nak potong kek...


Birthday, FiezaSani

Antara tetamu awal yang datang..
Menu of the day - Mee Kari, Bihun Goreng, Spaghetti Bolognese, Hot Dog (kecik), Buah Tembikai, Bubur Kacang Hijau & Air Sirap..

Birthday, FiezaSani

Family dari side mr hubby..Adik & sepupu mr hubby...Eh family Pakcik belah mr hubby pun ada datang tapi sis tak amik gambor...

Birthday, FiezaSani

Family belah k.fiezz..Adik & adik sepupu bersama keluarga memasing..

Birthday, FiezaSani

Nampak tak si Kinah ni..Aihhhh geram je mami yeaa..Dia buat perangai di hari jadi dia..

Birthday, FiezaSani

Adik sepupu k.fiezz..

Birthday, FiezaSani

Depan - anak buah & adik ipar k.fiezz..Belakang tu anak buah k.fiezz (duduk)..Belakang kat kerusi, adik ipar & isteri...

Birthday, FiezaSani

Mak & sepupu...Yang budak kecik depan tu rasanya cucu sepupu mak ni...


Birthday, FiezaSani

Nampak tak, Si Kinah ni..Tiap kali bergambor je gini lah..

Birthday, FiezaSani

Mami, kinah & mak lang...Ada lah helok sikit si Kinah masa ni..Kalau idak, setiap gambar melalak..alaaaa anak anak..

Birthday, FiezaSani
Antara hadiah-hadiah yang Kinah dapat..Tima kaseh yang bagi..Tak expect pun dapat hadiah..Mami & dedi jemput untuk makan-makan je..Apapun tima kaseh yea yang bagi hadiah-hadiah ni..Moga dimurahkan rezeki semua..Aamiin...

Psssttt - Alhamdulillah menu-menu semua habis..Kalau yang tinggal pun sikit je...Legaaa..Risauuuu weiii berbuang..Nasib baik, idakkk..Legaaa mami..

0 Comments