Terima Anugerah Dekan Untuk Semester Satu
Alhamdulillah, tahniah mr hubby berjaya dapat anugerah dekan untuk semester 1 yang lepas..I know you can do it..Keep it up..
Sabtu lepas ada penyampaian sijil untuk penerima anugerah-anugerah dekan di Universiti tempat mr hubby sambung belajar ni.
So ke UNITAR lah kitaorang, Sabtu lepas...Bangga sis, suami tersenarai antara penerima anugerah dekan.hehe..Suami yang dapat, sis yang over..haha..Kena lah bangga..Suami sendiri kan..Bukan suami orang lain..hehe..
Kembang kempis tengok ni tau..hehe..Kalau sis yang dapat, tak tau lah over dia macamana..haha..Nasib baik suami yang dapat..Eh tapi kalau sis ni, tak mampu rasanya nak dapat anugerah Dekan..Sejenis malas nak belajar..haha..
Dalam auditorium..Sebelah tu kawan sekerja mr hubby..Hanya pelajar-pelajar saja yang boleh masuk dalam ni..Ahli keluarga tunggu kat ruang legar. Pihak UNITAR ada letak skrin kat luar untuk tengok majlis penyampaian sijil. Tapi itu lah skrinnya cinonet..Haha..Jenuh nak tengok...K.fiezz ingatkan nanti bila majlis dah mula, pihak UNITAR akan besarkan skrin sekali idak yea...Sampai ke sudah, gitu je lah saiznya..Adoiii..Tapi dapat juga lah k.fiezz snap moment mr hubby naik ke pentas untuk terima sijil...
Tahniah kat mr hubby & Noel..Kawan sekerja..Diaorang masing-masing sambung belajar kat sini..Noel dah semester 6 atau 7 tak silap..Mr hubby baru semester 2..Mr hubby ambil Diploma..Noel ambil Ijazah..Mr hubby tak mau ambil Ijazah sebab dia risau jadi macam dulu, belajar sekerat jalan je..
Proud wife..hehe...Kena lah bangga kan..Bukan senang tu nak score dapat dekan..Tema kelabu untuk majlis terima anugerah ni Sabtu lepas...
To mr hubby, keep it up..Moga boleh dapat anugerah dekan setiap semester..I know you can do it very well..Antara mr hubby & k.fiezz ni, mr hubby lagi pandai belajar..K.fiezz..Errrr..Sejenis malas sikit..Bukan sikit.. Banyakkkk..haha...
Mr hubby belajar ni secara separuh masa..Total belajar 2 tahun setengah (kalau tak silap)..
3 Comments
waahhhhh tahniahhh utk hasben akak! hehehe
ReplyDeleteCongraaaaats kak 🎉🎉. Semoga ke depannya lagi banyak penghargaan yg didapat suami kakak yaa 😄.
ReplyDeleteSamalah kita, sayapun tipe yg malas nak belajar 🤣. Makanya selesai Bachelor, malas nak ambil master. Biar suami saja yg ambil 😄
Tahniahh.
ReplyDelete