Order Makan Minum Antara Tugasan Baru Di Jabatan Sekarag
Kat Jabatan k.fiezz bertugas sekarang, salah satu tugasan baru yang k.fiezz belajar adalah uruskan makan/minum untuk kunjungan hormat dari Jabatan luar pada bos k.fiezz. Dulu kat Kementerian lama, part makan/minum ni memang k.fiezz tak handle. Semua bagi pada pentadbiran yang uruskan. Tapi mungkin sebab kat Kementerian, besar. Sekarang k.fiezz kat Jabatan, kecil je jadi benda yang simple macamni, PA kena uruskan.
Mula-mula nak buat tugasan baru ni, rasa ketor juga lah weiii nak handle walaupun tugasan dia tak lah teruk sangat pun. Haha. Sis yang rasa susah sebab tak pernah buat. haha. Dulu kat Kementerian lama tugasan ni tak termasuk dalam job description. Sekarang kat sini bukan setakat kena order makan/minum je tapi hari kejadian bila cafe dah hantar , susun sekali makan/minum atas meja sebab pihak cafe akan hantar & letak gitu je dalam bilik mesyuarat. Susun kat meja, sila lah buat sendiri. Jadi tugasan k.fiezz lah ni kena susun pinggan/cawan kat dalam bilik mesyuarat sebelum kunjugan hormat bermula..
TUGASAN BARU
Jadi untuk k.fiezz tugasan ni antara terbaru yang belajar kat Jabatan sekarang. Bila dah biasa buat ni, tak ada lah susah pun. Cuma mula-mula je, ketor..haha..Nak susun macamana..Sekarang?Janji pada mata k.fiezz nampak elok je susunan, sudah..hehe..
Biasa order apa untuk kunjungan hormat ni?
Ikut pada big boss. K.fiezz punya style, tanya dengan big boss nak makan apa?Ikut lah menu apa yang dipilih. Kalau bos sebelum ni, tiap kali ada kunjungan hormat dari Jabatan luar, dia akan pilih 2 ketul kuih & air saja..Bos baru ni, masa kali pertama haritu dia pilih kuih & air sajo..Untuk kali ke-2 ni, dia pilih menu berat sikit. Nasi Lemak + Ayam Goreng & Air Teh O @ Teh Tarik. K.fiezz pilih Teh Tarik..Sebab sis suka teh tarik..hehe..Tetamu tak habis minum, boleh sis perabiskan..haha..
2 Comments
Setujuuu kak. Tugas2 baru seperti ini bisa buat kita berkembang juga. Jadi banyak tahu cara mengerjakan sesuatu kan.
ReplyDeleteMenyiapkan makan minum utk acara mesyuarat, bukan hal mudah juga. Dulu saya pun lakukan hal yg sama.
Setiap kali ofis ada acara, yg arrange catering dah pasti saya. Dan terkadang saya harus tahu tamu yg datang, dan memastikan mereka tak ada alergi terhadap sesuatu makanan.
Getor jugak laa kalau nak kena serve vip ni kan ..
ReplyDelete