Avokado smoothie..Ewahh kemain tau smoothie bagai..hehe..Dulu memang tak layan avokado ni, hah..Rasa dia tak boleh diterima tekak..haha..Tapi bila dah lama berkecimpung dengan dunia ttc ni baru lah tahu khasiat avokado yang memang bagus untuk wanita-wanita ttc. Apa kelebihan avokado ni untuk yang ttc, boleh baca > KHASIAT AVOKADO <.

CARA BUAT AVOKADO SMOOTHIE

So meh k.fiezz share cara buat avokado smoothie ni. Sebelum ni k.fiezz pernah buat jus avokado tapi bila blend tekstur avokado tu jadi kasar-kasar. Jenuh nak bagi perabis. So kali ni k.fiezz guna sebelah dulu. Bila blend baru lah tekstur avokado tu jadi halus. Dah macam smoothie pula rupa dia. Itu yang k.fiezz panggil avokado smoothie. Bila minum pun laju je masuk kat tekak. Sekejap je nak perabiskan. Yang sebelum ni punya, jenuhhh..haha..Tak pasti yang sebelum ni k.fiezz guna sebiji kot..Kali ni untuk penjimatan k.fiezz guna sebelah je dulu..Maklumlah avokado kan mahaiii..haha..

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 biji buah avokado
  • 1 cawan susu segar (k.fiezz anggar guna satu cawan)
  • Sikit madu

avokado smoothie
CARA BUAT :-

  • Potong avokado kecil-kecil (k.fiezz potong dadu). Lepas tu masukkan avokado & susu dalam blender.
  • Kisar bahan-bahan. Dah siap kisar, masukkan dalam cawan. Baru masukkan 1 sudu madu. Kacau-kacau. 
  • Nak sedap, buh kejap dalam peti ais. Dah sejuk baru minum..

Hasil kisar yang ni tekstur avokado lebih halus & senang nak telan. Macam smoothie gitu..Sedap je lalu kat tekak. Tak pasti lah yang sebelum ni k.fiezz buat kenapa tekstur avokado tak lumat halus. Jadi kasar pula. Kali ni baru elok halus. Mungkin yang ni k.fiezz guna setengah biji je. Senang nak kisar. 

Overall sis suka avokado smoothie ni. Sedap...K.fiezz letak madu 1 sudu besar & rasa dia tak manis sangat pun. Just nice. By the way k.fiezz guna madu asli sebab memang kebetulan ada stok kat rumah..

Harap-harap usaha sis ni membuahkan hasil..Aamiin...

3 Comments