Happy Anniversary to both of us. Ewah...1hb Jun baru ni anniversary k.fiezz & mr hubby yang ke-16. Alhamdulillah masih bersama dalam bergaduh, masam muka (sis lah tu..hehe), bergurau-senda..Pejam celik pejam celik, dah 16 tahun kitaorang melayari rumahtangga..Alhamdulillah mr hubby masih mampu bersabar melayan karenah sis yang entah apa-apa ni..Tantiu sayang masih setia bersama & menerima segala kekurangan diri ini (yang faham, faham lah. siapa rajin baca blog sis ni tahu lah apa maksud sis yang ni)..

Apapun alhamdulillah hubungan k.fiezz & mr hubby masih lagi kukuh sehingga ke hari ini. Syukur dengan segala yang telah Allah aturkan untuk kitaorang berdua.

SAMBUT KAT MANA ANNIVERSARY

Memang tak sambut pi mana-mana pun, uolls..K.fiezz kena kerja hari Sabtu (1hb Jun) baru ni. Haha..Tak pernah-pernah kena kerja hari Sabtu, masuk kat Jabatan yang sis bertugas sekarang tak ada pilihan. Bila nama naik kena bertugas, #pasrah & saya yang menjalankan amanah je lah jawabnya.. 

Tugasan k.fiezz hari Sabtu lepas dari pagi sampai malam, uolls..Ikutkan job skop yang k.fiezz kena bertugas hari tu kena buat kerja pagi & petang (lepas lunch) saja. Tapi sis tunggu juga sampai malam sebab takut nak balik awal..Kang kena marah pulekkk..haha..Maklumlah first time joint program yang Jabatan buat..Tahun lepas masa k.fiezz masuk kat Jabatan ni, semua program besar-besar dah selesai. Tak ada lah kena joint jadi urusetia. Tahun ni memang kena. Tak ada excuse melainkan kalau ada hal. Cuma kebetulan 1hb yang lepas memang k.fiezz & mr hubby tak ada plan nak ke mana-mana..Free..So kena joint lah program Jabatan ni..

Selesai bertugas kat event tu, sampai rumah dah malam. Dari petang, mr hubby duk whatsapp tanya pukul berapa boleh balik. K.fiezz cakap lambat sikit. Tengah cari line clear nak keluar awal (kalau berjaya)..hehe..Tapi memandangkan sis ni penakut..Sis tunggu sampai malam. Itu pun tak ada pilihan terpaksa juga lari balik awal sebab kepala k.fiezz dah berdenyut (migrain). Tak tahannn..Dari petang dah berdenyut je kepala sampai bff dengan minyak cap kapak lah kejap..Dalam pukul 8 lebih, k.fiezz terpaksa juga balik awal. Lagipun part k.fiezz kena buat tugasan dah lama setel..

Fieza Sani

Happy Anniversary, sayang...Moga berkekalan, setia dengan saya & cinta kita tetap utuh..hehe...Ewah...Jiwang pulak..hehe...

Fieza Sani

Sampai-sampai rumah, tengok atas meja nampak kotak kek Secret Recipe..Alaaa...Mr hubby beli kek rupanya..Tak tau pun..Patut lah mr hubby duk tanya pukul berapa k.fiezz boleh balik dari program jabatan tu. Rupanya mr hubby beli kek ni..Dia siap set mintak orang hantar pukul 4petang. Sekali tengok k.fiezz pukul 8 lebih baru sampai rumah..Buka kotak, kek dah cair..Adeh...Tanya kat mr hubby, kek aiskrim ke?Dia cakap bukan. Mugkin lama sangat kat luar, cair lerrr kek nya...

Mr hubby tak puas hati..Siap tanya nak beli kek lain ke?Eh tak pe lah. Makan je lah yang ni..Yang penting niat tu ada nak buat surprise. Appreciate it...

Memang k.fiezz terkejut pun masa tengok kek ni atas meja..Tak sangka mr hubby buat surprise...Thank you, sayang...Ni sayang lebih ni..hehe..

DAPAT HADIAH APA TU?

Jeng jeng..Hadiah yang ni tak minta pun. Hari Isnin masa cuti hari keputeraan Agong, mr hubby & k.fiezz keluar jalan-jalan. Plan nak pi urut kaki je sebab mr hubby bising, kaki sakit..So saja lah mencari kedai urut kat dalam Giant Kinrara tu, kot ada..Cari punya cari, ada..Nasib baik buka juga walaupun hari tu cuti umum...Tanya dengan staff tukang urut tu ada ke slot kosong untuk urut kaki. Ada tapi kena tunggu dalam 20 minit. Jadi kitaorang round dulu dalam Giant tu. Nampak lah kedai emas. Mr hubby ajak masuk. K.fiezz ikut je lah sebab ingatkan nak tengok-tengok cuci mata je. Eh rupanya terus beli..Kira pakej hadiah anniversary lah ni..

Tapi kitaorang tak jadi beli kat kedai emas yang mula-mula masuk ni sebab hampir kena tipu kat situ..Depan-depan mr hubby kantoi, terus kena pangkah lah dengan mr hubby..

Kitaorang masuk ke Poh Kong yang ada kat area situ juga..Masuk Poh Kong confident sikit sebab jenama well known..

Sebab dah tengok gelang yang berkenan kat kedai sebelum tu, jadi masuk ke Poh Kong terus pilih je pattern yang sama..Tengok harga & mr hubby try kira-kira, terus jadi je..Harga lagi murah sikit berbanding dari kedai emas yang mula-mula masuk sebelum tu. 

K.fiezz pilih Si Coco Melon ni..K.fiezz pun tak tahu si coco ni glamour..Lepas dah beli...Rupanya mak mertua k.fiezz pun ada juga lepas tu member kat KKR pun 2 orang ada pattern gelang yang sama...Sehati rupanya kitaorang..hehe..

Fieza Sani

Tadaaa 2 utas gelang tangan dari pattern yang sama..Coco Melon..Satu kecil & satu besar..K.fiezz nak pakai gi kerja dua-dua tapi mak & mr hubby tak setuju. Mak kata kalau nak pakai gi kerja, pakai satu je sebab k.fiezz turun naik LRT gi kerja..Bahaya..

Kalau nak pakai ni, gelang lain yang k.fiezz tengah pakai kena buka..Aloooo beli untuk tunjuk. Tak pakai mana orang nak tahu..haha..Motipsss sangat tau k.fiezz oiiii..haha...Tapi k.fiezz tak pakai pun. Nanti lah balik kampung, raya haji ni baru suruh mak pakaikan sebab k.fiezz ni pakai gelang ke rantai ke, mak akan ikat dengan benang sebab sis sejenis careless walaupun dah tua ni..hehe...

Fieza Sani

Tepek lah gambar pi jalan-jalan sebab nak cari gambor kahwin, semua dalam CD..Mana lah nak cucuk pasang CD..haha..Dulu masa kitaorang kawin, zaman guna CD lagi...

WISH ANNIVERSARY

Happy anniversary to both of us..Moga kekal bahagia..Terima kasih mr hubby a.k.a my permanent sugar daddy masih setia di sisi & menerima segala kekurangan diri ini..Tak ada apa yang diharapkan cuma moga kita berbahagia walaupun selalu juga diri sendiri yang suka cari pasal..haha..

Berkaitan zuriat, agak dah putus asa benornya..Kadang tu terdetik je nak suruh mr hubby cari orang lain. Bukan terdetik pun, pernah cakap kat mr hubby 'kahwin lah lagi satu, mana tau dengan yang baru tu nanti bunting pelamin ke atau senang lekat."..Tapi jawapan mr hubby 'tak mau lah. dia cakap entah-entah dia yang bermasalah'...Buat masa ni, itu lah jawapan mr hubby. Akan datang tak pasti lah kalau boleh berubah..Hati ni Allah yang pegang, tetiber Allah bolak balik kan hati mr hubby berubah nak pulak pasang seorang lagi..Sis #pasrah je lah...

Buat masa ini kita jalani lah hidup seperti biasa, kalau ada rezeki Allah nak bagi zuriat kat sis & mr hubby, ada lah nanti...Harapnya..Aamiin...

Pssttt - Zuriat bukanlah jadi ukuran penentu bahagia dalam rumahtangga tapi kehadiran zuriat menambahkan lagi keturunan, keceriaan dalam keluarga dan bertambahnya umat Nabi Muhammad di dunia ini...Namun perlu diakui, Allah tak kata setiap perkahwinan akan dikurniakan zuriat..Zuriat ni amanah dari Allah untuk pasangan yang telah dipilih olehNYA untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa...Apapun kena redha dengan setiap apa yang Allah dah aturkan untuk kita...Untuk pasangan kat luar sana yang dah bergelar ibu bapa, tahniah sebab korang antara insan terpilih..Sayangi lah anak-anak korang selayaknya. Ramai lagi pasangan kat luar ni termasuk lah k.fiezz & mr hubby juga yang masih menunggu rezeki zuriat dari Allah..

5 Comments

  1. hepi anebesari fieza dan suami..:)

    ReplyDelete
  2. waahhhhhhh bestnyaaa dpt dua! happy annyberseri kak fieza & hasben! moga sentiasa diberi kesihatan yg baik & ceria selalu! effort tu yg paling penting kan hehehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga kekal bahagia. Gaduh masam muka tak bercakap tu lumrahlah. Kalau elooooook sepanjang masa mcm skrip dramalah pulek

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary kak 🎉🎉🎉🎉 semoga nanti sampai merasakan ulang tahun emas pernikahan yaaa 🤗

    Oooh JD diikat pakai benang juga supaya perhiasan tak jatuh yaa. Saya ini pun samaaa, mau pakai kalung, gelang, pasti lepas. Makanya sampai skr saya tak pakai kak, Krn takut hilang. Cuma cincin Saja

    Masalah zuriat, dah laah itu hak Allah nak kasih atau tak. Saya setuju itu bukan penentu kebahagiaan. Teman saya banyak tak punya anak, mereka happy, malah puas traveling kemana2. 👍👍

    ReplyDelete