Cuti hari wesak minggu lepas, k.fiezz & mr hubby jalan-jalan ke salah satu cawangan Sofa Library di Puchong. Mula ingat nak yang ke cawangan di PJ tapi tengok jarak km dari rumah, paling dekat di Puchong. Jadi ke Puchong lah kita..

SOFA LIBRARY @ PUCHONG

Sebelum ke sini, memang dah tengok dulu kat website Sofa Library jenis-jenis sofa yang ada kat sini. Nak lagi puas hati tengok depan-depan, boleh try duduk & pegang sendiri jenis sofa yang ada. 

Bangunan Sofa Library ni 3 tingkat. Memang bermacam jenis sofa yang ada. Nama pun sofa library kan. Tapi ada juga terselit jual kerusi makan, meja kopi. Cuma prioriti kat sini adalah sofa. 

Dari tingkat bawah sampai ke tingkat 3, kitaorang cuci mata. Ada lah try duduk kat 1-2 sofa sebab nak tengok yang mana selesa..

sofa customized, sofa library

Dari arah depan

sofa customized, sofa library

So hasil penelitian jenis-jenis sofa yang ada, k.fiezz & mr hubby berkenan design yang ni..

Ni jenis fabrik..Cantik..Sis suka jenis fabrik macam ni cuma kelemahan dia kalau kata makanan terjatuh
ke apa, memang akan melekat lah kotoran tu kat sofa...

sofa customized, sofa library

Design yang sama macam atas ni tapi ni jenis kulit..

Kat sini sofa dari jenis kulit, memang 100% kulit..So dia takkan rasa panas bila duduk lama..Sebab biasa kalau sofa jenis kulit ni duk lama je dah rasa haba panas..Tapi kat sofa library ni, tak perlu risau takkan rasa panas tu sebab kulit yang digunakan 100% kulit tak ada campuran..Cuma kena pastikan kipas sentiasa buka..

sofa customized, sofa library

Boleh pilih nak warna apa mengikut citarasa sendiri..


SOFA CUSTOMIZED


Wah boleh customized bagai ni..Harga mesti ado-ado..hehe..Untuk k.fiezz, memang harga kat sini kategori ado-ado..Harga sofa yang kitaorang berkenan atas ni, 5K lebih (fabrik & kulit. tak jauh beza harga dia)..hehe...Walaupun mahal tapi berbaloi sebab sofa customized ikut saiz yang kita nak & boleh pilih warna ikut citarasa masing-masing..

Tempoh untuk booking sofa ni & siap dalam masa 2 bulan. Deposit separuh dari harga sofa..Caj penghantaran untuk kawasan Lembah Klang, RM200 satu trip..

So dah booking ke tu?Belum lagi..Kitaorang baru usya-usya dulu sebab nak kira bajet. Sofa ni untuk rumah baru k.fiezz & mr hubby yang dijangka dapat kunci hujung tahun ni..Jadi nak tengok dulu jenis perabot & harga..Nanti baru pilih..Tapi rasanya macam dah berkenan yang ni..

Pssttt - Ni kalau tak selesa tak tau lah..Harga ado-ado tu..haha...

0 Comments