Layan Kuew Teow Tom Yam Kat MARA
Jumaat lepas time lunch k.fiezz keluar sensorang..Macam biasa lah kan, k.fiezz ni..Lone ranger sajo..Senang nak bergerak ikut langkah kaki..hehe..K.fiezz ke MARA sebab nak cari inai..Kan dah bitau dalam entry sebelum ni, mood nak berinai tetiber onzzz..haha..K.fiezz tahu ada 1 kedai kosmetik jual barang mekap dalam Medan MARA tu. Tahu pun dari kawan k.fiezz kat KKR. Dia ada bawa k.fiezz ke situ sebelum ni. Kalau idak, memang tak tahu dalam tu ada kedai jual barang mekap..Dah jual barang mekap, harus lah ada inai juga. Lagipun k.fiezz pernah nampak masa ikut member KKR sebelum ni..Tapi masa tu mood nak berinai kuku tak datang lagi..Ni baru tetiber datang..Aihhh memacam hormon orang perempuan ni..haha
BELI LUNCH KAT MEDAN MARA
Dah kebetulan ada dalam Medan MARA tu, sebelum keluar nak tapau makan tengahari kat situ..Mula-mula round dulu dalam tu cari kedai makan yang rasa macam okey. Sebenornya okey je semua kedai makan kat situ cuma k.fiezz cari menu yang kena dengan selera untuk makan tengahari. Cari punya cari, masuk kat 1 kedai berdepan je dengan lif. Nama kedai tu BB Bistro kalau tak silap. Bukan kedai mamak tau. Nama je.
K.fiezz tengok menu..Ada set ayam penyet..K.fiezz kan suka penyet-penyet ni. Tanya kat pekerja dia ada ke set ni?Sekali dia cakap tak ada..Cuma ada goreng-goreng dengan nasi berlauk je..So k.fiezz tukar lah goreng-goreng..Pilih punya pilih, k.fiezz order Kuew Teow Tom Yam..K.fiezz punya assumption kuew teow perasa tom yam ler..Tengah tunggu order kat salah satu meja, k.fiezz terdengar pekerja kat kaunter tu cakap pada kawan dia yang tengah buat order k.fiezz, 'kuew teow asing tau'..K.fiezz yang dengar masa tu 'ahhh sudah..ni kuew teow kuah tom yam ke?..alamakkk..alamakkk..'..haha..K.fiezz duk alamak sebab kat pejabat k.fiezz mana ada mangkuk kat pantry..Camne nak makan makanan berkuah..Alaaa...
Terus cancel untuk tapau. K.fiezz makan kat situ je lah terus..Tambah order air..Kebetulan masa tu tengok orang pun tak ramai..ada 2-3 meja je yang ada orang..Sambil tunggu order siap, k.fiezz layan drama kat You Tube..Tak lama lepas tu order sampai..
Jemputtt tengok..hehe...
4 Comments
Sedapnyaaa
ReplyDeleteapesal semua nampak sedap tu. pekat tomyam tu, jenis letak santan ke
ReplyDeleteBiasanya kalo menu pakai Tomyam, selalunya sedap 😄😄😍. Apalagi kalo kuah Tomyam nya pekat , asam, gurih, pedas, beuugh mantap 😄👍. Bagus juga topping dia penuh ya kak.
ReplyDeleteSama kadang-kadang berangin badan minum teh atau kopi.
ReplyDeleteKuetiau tomyam itu harga berapa?