Gedik lah nak inai kuku pulekkk kakak fiezz ni. haha..K.fiezz ni dulu sebelum kahwin memang rajin lah berinai. Suka tengok jari-jemari merah je..Tapi lepas dah kahwin ni, kurang rajin sebab banyak aktiviti kena basuh pinggan, masak, basuh baju & segala aktiviti yang melibatkan air. Jadi inai tak tahan lama. Itu yang jadi malas nak pakai inai..

INAI KUKU

Tapi sekarang kan trend inai kuku je. Macam-macam jenama ada kat pasaran. Pilih je nak yang mana..Ada juga k.fiezz cuba inai kuku tapi jadi kurang confiden sebab duk pikir pewarna kuku yang ada ni tak pe ke bila kita nak makan. Maklumlah kita makan guna tangan, udah pewarna kuku tu kat kuku harus lah masa makan terkena dengan makanan, yea tak..So risau pewarna inai kuku tu tak sesuai atau kandungan dia tak elok. Nampak tak perangai sis..Was-was sangat tau...Heeee..Masalah betul..Tapi ramai je kawan-kawan k.fiezz yang suka pakai inai kuku..Sis ni je sifat was-was tu tinggi..hehe..

Ni tetiber mood nak ber inai kuku mai..hehe...Syuhhhhh ko 'si was-was'..haha...

ENAI RED CHILI

K.fiezz pilih jenama Enai Red Chili ni sebab hari Jumaat lepas, pi kat satu kedai kosmetik dalam MARA. Nampak deretan inai yang ada kat rak. K.fiezz tertarik dengan Enai Red Chili ni sebab packaging dia nampak bersih & tak berhabuk. Ada satu lagi kat rak, botol inai nya dah berhabuk..Jadi was-was sis nak ambil yang itu. 

Masa duk pilih ni, ingatkan enai red chili ni ada warna merah je. Tengok nama macam tu lah kan. Sekali adik yang kerja tu beritahu jenama ni ada 2 warna yang ada stok kat situ. Merah & Dark Maroon. Dia tunjuk lah kat mana yang ada tulis warna. Lerrr..Nasib adik tu beritahu..K.fiezz pilih dark maroon...

inai kuku, enai red chili

Dia ada tunjukkan sekali cara pakai inai yang betul...K.fiezz baca dulu sebelum pakai...

inai kuku, enai red chili

Tadaaa hasilnya...

Pakai enai red chili ni 45 minit je. Lepas tu lap dulu dengan tisu. Tunggu 10 minit baru bilas dengan air pula. Lepas dah cuci dengan air, warna merah kat kuku ni duk keluar juga lagi..So lepas pakai inai kuku ni, k.fiezz makan guna sudu buat sementara..Esoknya baru elokkk kering warna kat kuku..

Dari yang k.fiezz baca enai red chili ni warna dia takkan pudar atau hilang selagi tak potong kuku. Warna dia pun elok lagi pekat kat kuku walaupun k.fiezz ni duk basuh pinggan lah, masak lah, basuh baju, pas tu entah apa lagi di basuh..Kiranya duk main dengan air lah..Warna dia masih pekat lagi..So lulus untuk k.fiezz.. 

Siapa yang kuku panjang, lagi cantik pakai inai kuku ni. K.fiezz tak berapa minat simpan kuku panjang. Rimasss..Biar lah nampak tak cantik pun tapi pada mata k.fiezz tetap cantik je jari sis bila berinai kuku ni..hehe...

Pssttt - Tetiber mood rajin nak ber inai kuku...Sebenornya jeles tengok member ofis yang duk pakai inai kuku...haha..Cantik je tengok..

6 Comments

  1. Sekarang ni bermacam jenis inai .. risau kalau salah pilih inai kang xsah solat pulak ..

    Cantik warna inai kuku sis fieza .. warnanya pun pekat . CCL pun ada beli inai tapi belum pakai lagi . Kena cari masa yang sesuai dulu

    ReplyDelete
  2. Tengok post Inai ni.....teringat inai yang masih ada lagi ni pemberian adik dan kawan......

    ReplyDelete
  3. pakai inai sekali je sepanjang usia 45 tahun ni...masa kawin tulah.
    mmg sejenis tak suka berinai dari kecik

    ReplyDelete
  4. suka tgk org pakai inai...dlu2 mmg suka pakai inai tp inai daun ..skarang guna yg instant ni lebih mudah...pernah pakai yg rozita che wan jual...cantik

    ReplyDelete
  5. rabia pun pakai inai jgk rasa nk kuku warna sikit

    ReplyDelete
  6. cantik warna dia.. mama mmg suka kalau warna merah gelap macam tu. inai ni kalau lama2 akan jadi orangy tak? nak cari yg tahan lama. mama suka juga pakai inai

    ReplyDelete