Pizza roti mudah di buat...eh gitu nama dia..Lama tak kongsi resipi dari dapur fieza sani.. Meh k.fiezz nak kongsi satu resipi untuk sarapan pagi. K.fiezz terjumpa resipi ni kat Instagram. Macam senang je nak buat..So moh lah kita cuba..

ROTI PIZZA MUDAH

Sis bila ternampak resipi yang senang dan mudah ni, memang suka bebenor..haha..Sejenis malas nak duk lama-lama kat dapur..Panas..Udah macam bersenam bila duk kat dapur..Itu yang nak masak, cari resipi hat senang je..Ehhh udah lah tu membebel..Jomsss check it out bahan & cara untuk buat roti pizaa mudah di buat ni..

Bahan-Bahan :

  • Roti (kuantiti terpulang lah yea. k.fiezz guna baki roti ada 3 keping)
  • 1 Biji Telur
  • 2-3 Sudu Sos Bolognese Prego (atau boleh di tukar kepada sos kegemaran masing-masing)
  • Crabstick, Sosej, Cendawan butang, Cili Merah & Cheese Cheddar (k.fiezz guna cheese keping & carik-carikkan jadi kecil)..
  • Kepingan dada ayam (potong kecil & rebus dulu). [K.fiezz tak letak yang crabstick & lain-lain atas ni sebab tak ada stok kat rumah. Guna apa yang ada je].
  • Sos & Mayonis
Cara Masak : 

  1. Potong roti & gaul dengan telur. 
  2. Masak roti atas pan (tekan & masak guna api kecil sampai separuh masak)
  3. Lepas tu keluarkan roti dari pan. Sapu sos bolognese. Diikuti semua topping. (K.fiezz cuma guna cheese & ayam je. Ayam tu potong kecil-kecil & rebus dulu.)
  4. Kemudian tambah sos & mayonis
  5. Bakar dalam air fryer (suhu 180 & masa anggaran 5 minit lebih kurang)
  6. SIAP


roti pizza mudah

Ni hasilnya..Rasa tak pasti tapi mr hubby cakap sebab dah sejuk, rasa dia kurenggg..haha..

SESUAI MAKAN PANAS-PANAS

Jadi kalau korang nak buat roti pizza mudah ni, sila pastikan lepas masak terus makan. Jangan biarkan lama. Macam k.fiezz ni masak awal sebab buat sarapan untuk mr hubby sebelum dia pi kerja. Memang rutin k.fiezz masak sarapan pagi hari kerja untuk mr hubby awal sebelum k.fiezz keluar gi kerja..Selalu k.fiezz sediakan sarapan mr hubby ni pukul 5.45 pagi lebih kurang.. Mr hubby makan dah pukul 7- 8 lebih..Ater memang tak sedap le..Roti tu pun dah lemau..haha..\

So lesson learn, lain kali nak buat ni lepas masak je terus makan. Tak boleh nak simpan dulu bagi sejuk..Rasa dia tak sedap...

Pssttt - Resipi ni sesuai untuk yang selalu tak habis roti kat rumah tu & dah expired tapi roti elok lagi. Dari berbuang baik lah buat resipi ni. Idak membazir...Cuma pastikan masak untuk terus di makan masa panas-panas. Bukan simpan dulu...

1 Comments