Nasi Ayam Penyet, favourite k.fiezz..Biasa lah sekarang bila rehat je hari Jumaat atau hari biasa pun boleh lari kejap pi Sogo..hehe...Maklumlah office dekat je dengan SOGO..Bila ke SOGO ni, k.fiezz memang akan cari makan tengahari samaada kat tingkat 6, 7 ataupun tingkat bawah yang satu deret dengan pasaraya SOGO. Kalau korang yang familiar kat SOGO KL, dalam pasaraya tu ada satu stall jual makanan. Nama kedai tu Hot Pindang Kitchen..So antara menu kat situ Nasi Ayam Penyet ni..Memang pilihan k.fiezz lah menu yang ni. Ada juga nak cuba menu goreng tapi biasanya start pukul 2 petang ke atas. Sebelum tu menu yang dah siap macam ni je..Pilihan k.fiezz harus lah yang bawah ni..

NASI AYAM PENYET HOT PINDANG KITCHEN

Sedap tak?Sedap ni subjektif. Untuk k.fiezz secukup rasa. Sambal dia sedap, ada sayur (salad, timun), tempe goreng & paling penting ayam dia pun setakat ni k.fiezz beli elok masak luar dalam. Cuma ada lah sekali k.fiezz beli set nasi ayam penyet ni, buka kotak nasi nak makan kat pejabat. Sekali tengok ayam dia cinonet je weiii..haha..Rasanya pekerja dia lupa letak ayam kot. Udah di penyetnya ayam pastu dia masuk serpihan ayam sikit-sikit je..Adeh..K.fiezz pula masa tu lupa nak check dalam bungkusan sebab sebelum tu beli tak pernah dapat macam tu. Elok je dapat ayam seketul..Boleh pula kali tu dapat serpihan ayam je..haha..Jenuh makan bajet-bajet untuk cukup dengan kuantiti nasi..haha..

Sekali tu je lah. Dah terkena sekali tu, lepas dari tu bila k.fiezz beli set ayam penyet ni kat sini, k.fiezz check dulu dalam kotak tengok ayam dapat seketul ke idak...hehe..Sis bukan cerewet tau cuma dah terkena sekali so hati-hati..Biasa k.fiezz memang akan beli tapau makan kat pejabat. Nak makan kat situ, sogan sikit sebab stall jenis open. Orang duk keluar masuk nak membeli-belah dalam pasaraya tu..Kalau ada kawan, idak lah segan sangat..Tapi memandangkan k.fiezz ni sejenis lone ranger jadi memang tapau lunch , makan kat pejabat je lah sambil layan You Tube...

hot pindang kitchen, nasi ayam penyet

Harga RM14.50 - 1 set

hot pindang kitchen, nasi ayam penyet

Ni rupa belah dalam dia..Ada sayur sekali ni..Kat bawah ayam..Lupa pula nak ambil sayur tu letak belah atas masa amik gambor ni..

Biasanya bila ke SOGO, memang ni menu pilihan k.fiezz untuk lunch...Rasa dah bosan, k.fiezz tukar lah menu lain. Banyak pilihan makanan kat dalam SOGO tu. Pilih je ikut citarasa masing-masing..Berdepan dengan pasaraya SOGO ni ada satu kedai baru buka. Nyonya apa ke entah nama dia. Nanti bila-bila k.fiezz cuba menu kat situ. Sebab biasanya bila time lunch, ramaiiii semedang kat situ..Sedap agaknya..Nanti lah sis cuba & share kat sini...

Pssttt - Sis makan hari-hari Nasi Ayam Penyet ni pun boleh sebab suka sambal dia tu...hehe..Lepas tu lengkap ada sayur, sambal..Tak pening nak pilih lauk pauk...

4 Comments

  1. kadang-kadang memang suka amik yg set gini...sebab tak pening nak pilih lauk...hihihi

    ReplyDelete
  2. haah Ana pun suka mkn mcm ni sbb lgkap ada sekali sayur / ulam hehe

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak makan ayam penyet. Banyak juga nasi dan besar ayamnya. Yang penting sambal kena sesedap rasa.

    ReplyDelete
  4. Sedap .. kalau CCL akan request sambal lebih ..

    ReplyDelete