Beli alas meja baru kat rumah. Padahal baru je beli dekat nak raya haritu untuk raya. Sebabnya bila  pakai alas meja raya yang baru tu kurang memuaskan hati. Alas meja tu tak statik setempat padahal k.fiezz dah cellotape elok kat setiap penjuru meja untuk elakkan dia lari-lari. Tapi tetap tak mau duk statik. Jenuh lah kena adjust tiap kali lari dari kedudukan asal. Mungkin sebab material dia jenis nipis tu macam susah sikit nak adjust.

Kat mana beli alas meja ni?Di Mr Diy je. Harga pun mur-mur je. 

Mana ke rupa alas meja raya yang k.fiezz beli ni?Gambar yang pertama kat bawah ni. Cantik tu memang cantik tapi asyik duk lari dari kedudukan bila tiap kali letak lauk pauk atas meja & time makan. Biasa kita bila makan letak tangan atas meja, hah masa tu lah alas meja ni duk bergerak-gerak..Jenuh yea sis nak adjust tiap kali lepas makan..

BELI KAT MR DIY JE

Alas meja raya ni k.fiezz beli kat Mr Diy je. Masa beli tu memang ada tinggal yang jenis macam ni je. Itu yang k.fiezz ambil je lah..Try & error gitu..Hat ni material dia jenis nipis sikit. Bila letak atas meja, k.fiezz cellotape kat setiap penjuru untuk elakkan dia bergerak bila duk buh lauk pauk..Tapi dah cuba pakai, memang failed. Tiap kali letak pinggan/piring lauk, dia duk berjalan sekali..Aihhh geram yea sis...

Gatal beli alas meja baru ni supaya cantik lah sikit background bila ambil gambar makanan..Sis ni kadang bila mood rajin datang, masak resipi baru untuk kongsi kat dalam blog ni. Ater harus lah kena background lawo untuk ambil gambor...Tapi sakit pula hati kita sebab alas meja tak mau duk diam..haha..Apa lagi moh lah tukar hat lain walaupun yang ni baru je beli...

Sebabkan alas meja yang jenis pertama (rujuk gambar bawah), failed. K.fiezz cari alas meja lain (rujuk gambar ke-2). Beli kat Mr Diy juga tapi material berbeza. 

alas meja mr diy

Alas meja pertama yang failed bila k.fiezz guna sebab dia tak mau duk statik...

alas meja mr diy

Ni alas meja kedua. Setakat ni memuaskan hati..Sis suka...Material dia jenis tebal sikit. Bila dah buh atas meja, dia statik tak bergerak..

Pssttt - Sejenis suka yang simple-mimple je..hehe..

0 Comments