Tak perasan k.fiezz dah jadi pengguna setia Wardah Liquid Foundation ni. K.fiezz saja scroll kat blog nak tengok sejak bila guna Wardah Liquid Foundation ni. Rupanya dari 2019 lagi uolls..La sedar tak sedar dah 4 tahun k.fiezz setia dengan Wardah Liquid Foundation. 

Mula dari saja nak cuba je, terus jadi pengguna setia sampai sekarang. Tak expect pun k.fiezz stick dengan foundation yang sama ni. Sebab k.fiezz ni jenis suka tukar-tukar benornya tapi entah macamana pula boleh jatuh cinta dengan jenama Wardah ni je..

JATUH CINTA DENGAN JENAMA WARDAH

K.fiezz suka dengan foundation Wardah ni sebab nampak hasil dia smooth & boleh tutup parut-parut dan jerawat kat muka. Itu yang jadi suka &  jatuh cinta dengan Wardah Liquid Foundation sampai sekarang. Selain dari yang ni, k.fiezz guna 2 lagi foundation dari jenama yang sama..hehe..Hasilnya sama juga macam ni (rujuk gambar). Nampak mekap sekata & tahan lama. 

Two Way Cake Wardah & Wardah Lightening Liquid Foundation ni, k.fiezz letak kat pejabat pakai lepas solat. Gilir-gilir guna. Rasa nak cepat pakai yang Two Way Cake Wardah. Kalau rasa mood rajin, guna Wardah Lightening Liquid Foundation. Dua-dua ni k.fiezz guna  ikut masa  lepas solat, ramai ke idak orang kat surau. Kalau tak ramai, k.fiezz pakai yang Iightening liquid, kalau ramai k.fiezz malas nak lama-lama depan cermin, pakai two way cake..Tak mau ganggu orang lain nak bersiap/mekap..Lagi satu takkan sis je nak guna cermin, ater orang lain tak nak guna ke?Jadi kalau tengok orang tak ramai, baru boleh berdiri lama sikit depan cermin..Senang cerita, k.fiezz guna dua ni gilir-gilir bergantung kepada situasi dalam surau masa sis solat...

Lightening Wardah Foundation

Untuk Wardah lightening liquid foundation ni k.fiezz guna kod 04. Natural juga sama macam liquid foundation & two way cake. Setakat ni pakai tiga-tiga, nampak masuk ton ni senada dengan warna kulit sis..Jadi memang repeat beli kod yang sama je.

Two way cake Wardah, k.fiezz pernah review sebelum ni. Baca > SINI <

So meh nak share Wardah Lightening Liquid Foundation pula. Yang ni sesuai untuk guna setiap hari  sebab ringan. Tak rasa macam pakai foundation. Tahan lebih kurang 12 jam. Dalam masa yang sama boleh mencerahkan & jadikan kulit kita lebih halus, ada oil absorber untuk bantu serap minyak. Ada SPF 30 PA++ juga, kalau malas atau terlupa sunscreen, jangan risau dalam lightening liquid foundation dah ada SPF.  Selain tu dia kekalkan kelembapan kulit sebab ada vitamin E & sesuai untuk semua jenis kulit.

Setakat ni k.fiezz guna lightening liquid foundation memang nampak hasil dia sama macam gambar ke-2 bawah ni. So sis loike it...

wardah liquid foundation, two way cake wardah, wardah lightening liquid foundation

Lightening liquid tu tak silap masa ada sale kat Guardian, dalam belas-belas ringgit je..Silap tak amik lebih buat stok..Sejenis berkira..Dah lepas baru nak nyesal..haha...Two Way Cake masa k.fiezz beli dalam belas-belas juga..

wardah liquid foundation, two way cake wardah, wardah lightening liquid foundation

Hat ni testimoni sis guna Wardah Liquid Foundation..Nampak tone sekata je kan..Lepas tu dapat tutup parut-parut jerawat kat muka..Eyebag pun cover sekali..hehe..love u lah Wardah Liquid Foundation...

wardah liquid foundation, two way cake wardah, wardah lightening liquid foundation

Wardah Liquid Foundation. Hat ni harga RM3x.xx..

wardah liquid foundation, wardah lightening liquid foundation

Ni testimoni k.fiezz guna Wardah lightening liquid foundation..
Cantikkan hasil dia..Smooth & cover up bekas-bekas jerawat kat muka sis...Kod Natural, memang senada dengan ton kulit k.fiezz...

Cuma baru k.fiezz perasan 2-3 minggu lepas masa mencari Wardah Liquid Foundation atas ni kat Watson/Guardian yang bukan dalam mall tak ada dijual yea. K.fiezz masuk ke Pavillion Bkt Jalil, cari Guardian/Watson baru nampak ada jenama ni di jual kat situ..Jadi maksudnya kalau nak cari jenama Wardah ni kena masuk kat Watson/Guardian yang dalam mall..Next time bila masuk Guardian/Watson yang kat dalam mall, k.fiezz kena beli lebih untuk buat stok..

Untuk yang nak cari jenama Wardah ni cari lah kat dalam mall yea..

So overall memang k.fiezz puas hati sangat dengan jenama Wardah ni. Berbaloi dari segi harga & kualiti dia.Harus  k.fiezz stick dengan jenama Wardah je sekarang. Lipstick pun dah tukar jenama yang sama juga..hehe..

LOVE WARDAH...

7 Comments

  1. Saya pun pakai foundation Wardah jugak kak. Tapi saya pakai foundation Colorfit tu. Memang in love terus dengan foundation Wardah ni. Sebelum ni saya pakai Mika Foundation tapi lepas cuba colorfit ni hasilnya sama je macam pakai Mika. So terus saya stay je dengan Wardah siap beli stok utk 3 bulan. Lipstick Wardah pun saya guna juga sebab rasa ringan saja di bibir

    ReplyDelete
  2. wow mmg nampak beza la fiez, nampak sekata dan flawless

    ReplyDelete
  3. Cuya tak pernah try wardah lagi..mungkin next time boleh cuba

    ReplyDelete
  4. Saya ada niat cari krim pelindung cahaya matahari jenama Wardah tapi tidak nampak.
    Tq bagi tips kata Wardah ada dalam farmasi pusat beli-belah.

    ReplyDelete
  5. Ccl pengguna wardah juga & memang suka pakai liquid foundation tue . Ringan je nk apply .

    ReplyDelete
  6. mmg nampak ada bezanya tu fiez, nampak peloles dan natural aje

    ReplyDelete
  7. Mrs. A pun guna liquid foundation wardah jugak kod 01. Mrs. A suka wardah dan dah lama guna. Nanti nak cuba jugaklah yang lightening tu

    ReplyDelete