First time weiii buat serunding ikan. Proses dia nak kata senang tak juga, susah pun tak juga..Sedang-sedang gitu. Yang pasti lenguh tangan nak mengacau bahan dalam kuali untuk bagi sampai kering..hehe..Macam biasa, idea dari mr hubby yang suruh buat serunding ikan ni. Mula-mula mr hubby tanya k.fiezz okey tak buat serunding ikan?Nak buat stok untuk bulan puasa..Sebab kita ni  bila bulan puasa, time sahur tak berapa nak lalu makan berat-berat..Ada serunding ikan ni, senang sikit..Agak tak lalu nak makan lauk, makan nasi dengan serunding pun layan..

K.fiezz ni macam 'errrr..' serius ar suruh buat..Tak pernah buat serunding ikan ni. Biasa beli dah siap je...Mr hubby cakap tak cuba tak tahu katanya..Yalah yalah..meh lah kita cuba buat serunding ikan. Resipi serunding ikan?Macam biasa, google je..hehe..Risau juga tau sebab takut tak jadi & tong sampah yang kenyang..hehe..Tapi macam mr hubby cakap, tak cuba tak tahu...

RESIPI SERUNDING IKAN

Secara jujurnya bahan-bahan untuk buat serunding ikan ni, tak susah..Semua yang memang dah ada kat dapur atau kalau tak ada, kita boleh pi cari kat kedai/pasar..

Bahan-Bahan :-

  • 2kg atau lebih ikan selayang/sardin (k.fiezz guna ikan sardin - 1.5kg)
  • 3 biji bawang merah besar (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 sudu besar cili kering yang dah siap di kisar (ikut resipi asal 15 tangkai cili kering tapi k.fiezz ni jenis cili kisar dah siap blend buat stok). Jadi anggaran k.fiezz guna 3 sudu besar untuk buat serunding ikan ni. Tgk lah pada kuantiti ikan. Kalau banyak, lebihkan lagi.
  • 1 - 2 sudu besar serbuk cili (tambahan. tak ada dalam resipi asal). 
  • 1/2 kg pati santan/santan pekat (k.fiezz beli santan kat pasar. 1 plastik yang saiz besar & 1 plastik saiz kecil).
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 keping gula melaka (k.fiezz guna gula nise Kelantan)

resipi serunding ikan, serunding ikan

Hasilnya selepas beberapa jam..Jenuh weiii mengacau nak jadi macam ni..Nasib lah mak, abah k.fiezz ada sekali masa buat ni..Jadi gilir-gilir lah mengacau nak bagi sampai kering..


CARA BUAT SERUNDING IKAN

Cuma untuk proses buat serunding ikan ni, part awal penyediaan bahan senang je..Tunggu part masak yang kena gigih sikit..hehe..

1. Bersihkan ikan & basuh bersih. Lepas tu rebus ikan bersama garam & asam keping sampai masak.

2. Lepas dah siap masak, toskan sekejap bagi sejuk. Kemudian proses asingkan isi & tulang.

3. Selepas selesai asingkan isi & tulang ikan. Ramas atau kisarkan isi ikan hingga halus. Ketepikan sekejap. (K.fiezz kisar isi ikan dengan santan).

resipi serunding ikan, serunding ikan

Ikan yang dah asingkan isi & tulangnya..Ramas-ramas

4. Bahan kisar (bawang merah, bawang putih & halia) k.fiezz kisarkan bersama santan. Mak mertua k.fiezz bagi tips sebab dia pernah cuba kisar bahan-bahan ni guna air sebab bila nak kisar kan kena letak air, hasilnya serunding ikan mak mertua k.fiezz tak jadi. So maksudnya tak boleh guna air langsung. Jadi untuk kisar bahan-bahan, kitaorang guna santan saja. Lagipun santan nak masuk juga nanti..Jadi kitaorang dah siap-siap kisar dengan santan.

5. Dah siap kisar semua bahan, dalam kuali (k.fiezz guna pressure cooker), masukkan semua bahan kisar, asam keping, gula nise kelantan & garam. Masak kejap, masukkan pula isi ikan sardin yang telah di kisar/ramas halus. Masak seketika (guna mode manual) & set dalam 10-30 minit sampai bahan sebati, Masa ni boleh lah try rasa, kalau kurang apa-apa, adjust ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Lepas tu kitaorang tukar & masak guna mode meat sebab masa ni dah start meletup-letup bahan dalam periuk.  Habis terpercik..Jadinya kitaorang masak dalam mode meat untuk 1 jam lebih kurang.

**mr hubby & adik k.fiezz tolong kacau masa bahan masih dalam pressure cooker masak guna mode  manual. Lepas dah transfer bahan kat kuali & kena masak kat dapur gas, diaorang tak tolong dah sebab dapur kecil. Tak muat nak masuk..haha...

6. Sebabkan baru first time buat, jadi lepas sejam kitaorang tengok bahan-bahan masih tak kering. Jadi kitaorang tukar mode bake & set dalam 45 minit lagi..Kenapa tukar mode bake sebab biasa kita buat kek, untuk bagi kek kering. Jadi ikut logik, kitaorang guna mode bake sebab yang sama..

7. Selepas cukup 45 minit, bahan masih belum kering sepenuhnya. Jadi masa ni kitaorang transfer bahan ke kuali masak guna dapur gas pula. Anggaran masa lebih kurang 45 minit untuk betul-betul kering. Masa ni guna api sederhana je, jangan terlalu kuat sebab takut hangit. Masa ni lah proses melenguhkan tangan yea..haha..Kena kacau secara berterusan & tak berhenti sampai nampak bahan betul-betul kering. Part ni memang kena tolong menolong dengan ahli keluarga yang lain untuk bergilir-gilir kacau. K.fiezz, mak, abah bergilir kacau sampai kering.. Habis je proses ni, terasa sasa tangan jap..haha..Oo bila dah siap serunding ikan ni, jangan cari asam keping sebab masak guna pressure cooker, memang dia hancur & akan meresap dalam bahan.

8. Serunding dah kering biarkan sejuk, lepas tu boleh masukkan dalam bekas/botol.

KOMEN AHLI KELUARGA SEDAP KE TIDAK SERUNDING IKAN HOMEMADE NI?


Serius sedap weiii..haha..Tak tipu..Kitaorang buat serunding ikan ni hari Sabtu minggu lepas. Semalam (Isnin) dah habis..haha..So faham-faham lah sendiri kalau macam tu sedap ke idak.. hehe

Bergilir semua makan nasi, bihun letak serunding ikan ni..Berbaloi lah buat sebab semua cakap sedap walaupun k.fiezz sentap kejap dengan mr hubby sebab penat mengacau bahan dalam kuali kat dapur..Lenguh kaki berdiri & tangan mengacau bahan dalam kuali sampai kering..haha

Minggu ni plan nak buat lagi. Mr hubby suruh buat stok untuk bulan puasa minggu depan. Hat yang ni try & error tengok menjadi ke idak. So menjadi, kita ulang buat..Proses mensasakan tangan lagi..haha..

Overall dah buat sendiri serunding ikan ni, baru lah tahu proses nak mengacau dia sampai kering tu yang penat..Patut lah orang jual mahal..haha..Proses nak menyediakan bahan-bahan dia tu, k.fiezz rasa tak renyah cuma part untuk kacau sampai kering tu yang  mencabar..But overall worth it untuk buat kalau korang jenis rajin..Macam k.fiezz ni tak rajin juga benornya tapi mr hubby jenis suka mencuba jadi bini dia ni kena lah rajin secara terpaksa..haha..

KADANG KITA BISING KENAPA BARANG TU MAHAL, BILA DAH BUAT SENDIRI BARU LAH TAHU SEBABNYA...

11 Comments

  1. berjaya lulus alhamdulillah mesti buat
    stok utk blan puasa

    ReplyDelete
  2. Haha Puan Fieza terpaksa beraksi lagi. Hehe banyak betul cara memasak dari mod manual dan akhirnya ke kuali masak di dapur.

    ReplyDelete
  3. cobaan yang berhasil tu Fiez kak ana suka makan serunding ikan ni tapi selalu beli je huhu :)

    ReplyDelete
  4. rajin dia buat..cik nor bli jer..hihi

    ReplyDelete
  5. jenuh nak menyiapkan serunding kering macam ni kan..

    ReplyDelete
  6. Hahhh apa lagi kak. Boleh dah buat bisnes jual serunding ikan..hehehe

    ReplyDelete
  7. gigih fiez buat sendiri tapi tentulah yg home made lagi puas hati

    ReplyDelete
  8. uish kalau Cuya takde rajin macam ni nak masak sendiri, relakan diri beli je...eheks

    ReplyDelete
  9. Kaaaaak , I feel youuuu 🤣🤣🤣🤣. Mama saya yg sukaaaa sangat bikin abon. Di sini disebut abon, tapi ada juga yg sebut serundeng. Cuma Krn kami tak terlalu suka ikan, jadilah diganti ayam. Atau sapi sesekali.

    Tapi samaaaa, proses mengaduk sampai kering itu yg bikin tangan berotot 🤣. Tak payah lah angkat beban hahahahah .

    So far saya tak pernah buat sendiri. Selalu bantu mama aja. Dan kdg mama yg bikin sendiri, kirim ke Jakarta 😄

    ReplyDelete
  10. gigihnya fiez buat serunding ikan. perlu kesabaran ooo

    ReplyDelete