Review Wardah 2 Way Cake
Wardah 2 way cake, gabungan bedak dan foundation yang buatkan tertarik k.fiezz nak cuba. Lagi senang nak tepek kat muka berbanding liquid foundation. Wardah 2 way cake ni sekali dengan span dia dalam bekas. Jadi senang nak sapu bedak kat muka berbanding kalau guna liquid foundation. Kena guna jari jemari dulu untuk dot dot foundation kat muka lepas tu baru ratakan dengan berus. 2 kali kerja di situ. Agak leceh sikit. Di rumah okey je sebab memang ada berus untuk foundation. Kat pejabat, k.fiezz tak ada berus foundation, itu yang rasa leceh nak guna liquid foundation di pejabat. Lebih praktikal guna wardah 2 way cake ni untuk lepas solat di pejabat. Cepat sikit time bermekap. Kalau idak, lama benor ngadap cermin kat surau tu..hehe..Sis seorang je dekat 15 minit conquer cermin. haha..
Kulit berminyak?Tak ada. Walaupun salah satu kandungan Wardah 2 Way Cake ni ada fungsi untuk menyerap minyak tapi k.fiezz tetap guna juga loose powder untuk serap lebihan minyak pada muka. Jadi kesan berminyak memang tak nampak sebab k.fiezz kombinasikan dua produk yang kurangkan muka berminyak iaitu Wardah 2 Way Cake ni dan loose powder.
Overall k.fiezz puas hati sangat guna Wardah 2 Way Cake ni. Selain dari yang ni, k.fiezz guna juga liquid foundation jenama Wardah tapi untuk mekap dari rumah. Di pejabat k.fiezz lebih suka yang ni, cepat sikit masa bermekap lepas solat. hehe..
Rekomen Beli? Sangat rekomen sebab tekstur bedak yang halus & bagi kesan muka nampak smooth. Boleh rujuk gambar sis atas ni. Perbezaan sebelum dan selepas.
Harga? Berpatutan. Masa k.fiezz beli ni harga dalam RM17.xx..Tak pasti samaada memang harga asal atau offer. Kebetulan masa beli Wardah 2 Way Cake ni ada promosi produk kecantikan di Watson.
Tahan Lama? Yup, rasanya boleh tahan dalam 2-3 bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan.
Nak cuba Wardah 2 Way Cake ni, korang boleh cari di drug store atau mana-mana pasaraya yang ada jual produk kecantikan juga.
SUKA GUNA PRODUK YANG JIMAT MASA MEKAP...
10 Comments
kalau tahan untuk 2 bulan memng kira bagus tu
ReplyDeleteNampak muka bebas parut. Kulitpun nampak berseri.
ReplyDeleteramai yag dah review ni..nak kna cuba jgk la..:)
ReplyDeletewah nampak berseri dan flawless fieza lepas pakai bedak ni.. boleh consider ni
ReplyDeletebagus juga hasil akhirnya sungguh bagus. sudah terlihat dari bentuk wadahnya
ReplyDeleteammi guna loose powder wardah je...tp kadang2 selalu je lupa nak tepek ahakss
ReplyDeleteFuhh memang full coverage laa . Hilang parut2 jerawatkan .
ReplyDeletemcm best aje, selepas pakai nampak muka fieza lagi toned dan flawless
ReplyDeleteSA dah beli dan as usual x sesuai ngan kulit SA, dia x melekat lama...hehehe...last2 bagi kat adik
ReplyDeleteOk nanti nak try yang ni pulak
ReplyDelete