Perfomance Blog Bulan Februari 2023
Eh lupa nak kongsi perfomance blog ni untuk bulan Januari yang lepas. Okey tak pe, k.fiezz share yang bulan Februari punya terus lah...Alaaa, perfomance blog untuk bulan Februari ni jatuh sikit..Aisehhh..Faktor usia sekarang ni, malas nak update blog..
So lepas ni kena rajin lagi up entry kat blog...
Benornya sis jadi malas ni sebab kepenatan memandangkan sekarang ni kena turun naik bas & lrt untuk ulang alik gi kerja. LRT ada masalah sikit sekarang sebab laluan yang menghala ke Bandaraya (SOGO), struktur jambatannya mengalami kerosakan berpunca dari satu bangunan yang berdekatan dalam proses pembinaan. Tu yang k.fiezz jadi letih sikit sebab kena turun naik bas & lrt...Letak je kepala kat bantal, Zzzzz..haha..Penat betul. Sampai nak buka lappy pun jadi penat..
Lepas ni kena paksa juga diri jangan ikutkan sangat penat tu..Aihhh..Biasa lah dah makin berusia ni..hehe...
SILA RAJIN SEMULA SIS...
2 Comments
Cara beli di tik tok shop…eh, saya pun tak tau macam mana 😄. Kalau search agaknya jumpa blog Fieza.
ReplyDeletewah..tinggi jgk cariannya..tahniah..:)
ReplyDelete