Gigih ke Setia Alam nak beli baby swing untuk anak buah sulung belah k.fiezz. Mula-mula nak cari baby swing yang jenis kiri kanan kiri kanan bila buai. Tak tahu lah korang perasan ke tak ada buaian jenis ni. Cuba lah pi tengok kat shopee, cari baby swing mesti jumpa. Lama berkenan baby swing jenis ni tau. Siap pakej berangan, nanti ada anak sendiri nak beli baby swing pattern macam ni. hehe. Haritu duk scroll dalam Tik Tok, memang kemain lama masuk dalam cart nak beli baby swing jenis buai kiri kanan ni untuk anak buah sulung k.fiezz. Tunjuk kat mr hubby, dia macam tak berapa berkenan. Aihhh..Cari kat shopee baby swing lain, jumpa mastela deluxe portable baby swing yang macam jenis biasa, ke depan belakang bila buai cuma hat ni elektronik. Tekan-tekan je butang, nanti buai tu bergerak ke depan belakang..Macam style buai masa zaman kita kecil-kecil dulu tapi hat ni pakai elektrik lah uolls..Canggih sekarang..hehe..

MASTELA DELUXE PORTABLE BABY SWING

Mula-mula ingat nak beli dalam shopee baby swing ni. Chat dengan seller tanya warna yang ada. Untuk korang  yang nak tahu nama seller jual Mastela Deluxe Portable Baby Swing ni mamakiddies. So masa tanya seller, warna yang ada pink & purple tapi dekat 3 cawangan kedai ni, warna purple dah habis. Ate anak buah sis, lelaki. Takkan nak beli warna pink pula uolls..K.fiezz tanya seller kat cawangan dia yang mana ada warna purple, kalau jauh sikit pun tak apa. Selagi dalam KL/Selangor, boleh lah walk in ke kedai. Tak ada masalah. 

Untuk infoMamakiddies ni ada 4 cawangan (Setapak, Setia Alam, Bangi Sentral & 1 Reseller di Sendayan). Seller beritahu di 3 cawangan dia, warna purple memang dah habis. Tinggal warna pink sajo..Aisehhh..Kebetulan ada 1 lagi cawangan di Setia Alam, seller ni tak response samaada available ke tak warna purple kat situ. Macam slow je seller nak jawab, k.fiezz google cari info Mamakiddies kat Setia Alam. Dapat nombor telefon, terus call direct dengan cawangan mamakiddies yang area Setia Alam ni nak tanya ada ke tak warna purple. Masa k.fiezz call tu, memang dua-dua warna ada untuk mastela deluxe portable baby swing ni. Baru restock kata staff kat situ. Alhamdulillah..

Jadi misi ke Setia Alam nak beli baby swing untuk Ayyash, anak buah sulung k.fiezz tu. Nama anak buah k.fiezz ni, Ayyash Harris. Eh tak cerita lagi pasal Ayyash kat blog k.fiezz ni. Nanti k.fiezz story yea..Sekarang cerita pasal buaian Ayyash dulu.

MAMAKIDDIES SETIA ALAM

Dari rumah k.fiezz nak ke Mamakiddies Setia Alam ni lebih kurang sejam. Sampai kat area sini, cari lokasi kedai mamakiddies. Kedai dia kat deretan rumah kedai 3 tingkat & mamakiddies ni kat tingkat 3. Nasib baik ada lif. Kalau idak, jenuh nak naik tangga tu. Rasanya memang tak jadi beli kalau kena mendaki tangga. Penat..haha..

Sampai tingkat 3, keluar dari lif terus nampak kedai mamakiddies ni. Saiz kedai dia tak besar sangat. Sedang elok letak barang-barang baby..Macam-macam barang baby ada kat sini. Rambang mata. Masa kitaorang sampai, kedai tengah ramai customer. Staff dia 2 orang je masa tu. So kena tunggu giliran sambil cuci mata tengok barang-barang baby. Sebelum tu staff dia dah tunjuk baby swing yang kitaorang nak. Jadi sambil-sambil tu tengok juga jenis baby swing yang lain. Kat situ pun banyak baby swing jenis buai kiri kanan..

mastela deluxe portable baby swing,baby swing mastela, baby swing

Ni depan kedai mamakiddies

mastela deluxe portable baby swing,baby swing mastela, baby swing

Ambil aura jap..hehe...

mastela deluxe portable baby swing,baby swing mastela, baby swing

Barang-barang baby yang ada kat mamakiddies ni...

So lepas dah setel customer lain, baru sampai turn kitaorang. Tak lama pun tunggu. Dalam 10-15 minit je lebih kurang. Terus beritahu nak baby swing mastela warna apa & staff dia pi ambil. Buat bayaran, setel...

PEMILIK BABY SWING MASTELA


So baby swing Mastela ni dah hantar pada pemiliknya, Ayyash.  Masa kitaorang hantar ni, mood Ayyash tak berapa elok. Ibu dia cakap, Ayyash tengah selsema & batuk. Dia macam meragam sikit. Walaupun tak sihat tapi ayah dia try juga lah buh dia dalam baby swing mastela ni nak tengok okey ke tak. Wah nampak selesa, suka..hehe..

Ni hadiah dari mak long & pak long benornya sebab tak bagi lagi hadiah sempena kelahiran dia..hehe..Sorry lambat sikit  yea, Ayyash..Memang saja tunggu Ayyash besor sikit. Alasan padahal bajet semedang lari..haha..

mastela deluxe portable baby swing,baby swing mastela, baby swing



Mastela deluxe portable baby swing ni menggunakan elektrik untuk bergerak tak kisah samaada boleh guna bateri atau plug in. Baby swing ni ada 7 buah lagu baby..Auchh kiut sangat...Disertakan sekali bantal kepala &  2 mainan gantung (rujuk gambar atas).

Sesuai untuk new born baby sehingga berat 11kg.  

Overall baby swing ni untuk k.fiezz mudah untuk letakkan baby bila time santai-santai &  jenis terbuka. Senang untuk kita pantau sambil-sambil buat kerja rumah.

TAZABAR NAK BELI UNTUK ANAK SENDIRI NANTI..Aamiin...hehe...

3 Comments

  1. Bestnya dapat baby swing ni. Rezeki awak Ayyash warna dia pon cantik

    ReplyDelete
  2. Ceria nampak Ayyash duduk dalam buaian. Hehe selamat rasmikan.

    ReplyDelete